THE HAVEN RESORTS, IPOH – LEPAK, TENANG LARI DARI SIBUK KUALA LUMPUR

IPOH !! Kami kembali dengan bahagianya !! Hee~ Setahun dua kali confirm Ipoh menjadi salah satu destinasi percutian kami sekeluarga dan kali ini The Haven All Suites Resort menjadi pilihan dek kerana mahukan ketenangan.


The Haven All Suites Resort, Ipoh


Tenang ? Ya !! Subjektif – Tapi pada kakak, tenang bila menghadap hutan rimba kehijauan alam tanpa perlu memikirkan hiruk pikuk kesesakan bandar dengan lamabakan kerja. Ah !! Waktu menaip tentang hiruk pikuk ni sendiri kakak serabut. Hahahaha~


THE HAVEN ALL SUITES RESORT



Dinobatkan sebagai 2020 Travellers Choice Winner selama lima tahun berturut-turut menjadikan The Haven All Suites Resort antara pilihan terbaik untuk percutian bersama keluarga. Berlatarbelakangkan keindahan batu kapur, hutan menghijau dan juga tasik yang masih terpelihara supaya generasi baharu dapat menikmati keindahan alam semulajadi.

Menjanjikan penginapan setara dengan bintang, The Haven mereka suite siap dengan balkoni besar menghadap tasik secara keseluruhannya. Tidak ada satu unit pun terlepas dari pemandangan ni. Puas hati !!

Sampai je pintu masuk The Haven ni, korang akan disapa oleh seorang uncle dengan segala info tentang The Haven. Kagum !! First impression - dekat gate pun korang dah dilayan sebaik itu, kat dalam lagi lah !! Tak lekang senyuman dari warga The Haven. Mesra wey !!



Kakak bagi LIMA BINTANG kat Uncle Thayalan.


Best Hotel In Perak

Pemandangan inilah yang korang akan dapat untuk semua unit di The Haven !!
Bayangkan.
Just bayangkan.

Bangun tido, selak langsir dan INI yang menjadi jamuan mata. Weyh !! Best weyh !! Sebagai orang yang lahir - membesar - hidup - cari makan - berumahtangga di hutan bandar dan dapat pemandangan macam ni ; bergenang jugak lah airmata mengagumi keindahan ciptaan Dia.

Satu bilik dah tak boleh dah, jadi untuk percutian kali ni kakak ambil 2 + 1 Bedroom Lakeview Central Suite yang boleh memuatkan sehingga lima orang dewasa. Konsep pandai-pandai lah nak sumbat cemana pun sebab kami berempat je pun ha.

Setiap unit akan diberikan dua keping kad akses sepanjang tempoh penginapan. Well. Selera setiap dari kita tak sama, sama juga macam kakak dan suami. Adakala nya kakak akan keluar bersendirian ke jogging track dan tinggalkan Encik Suami di bilik bersama anak-anak. Logik lah setiap unit diberi dua kad akses. Hee~

Simple yet elegant !!
Kakak suka !!


Where To Stay At Ipoh

Ruang tamu lengkap dengan perabot dan tv besau !! Hahahaha~ Kalau korang memang nak rehat dan tak nak keluar bilik, bawak lah PS 5 tu - kalau nak makan boleh je mintak room service. Hidup ni kita yang nikmati, tak de sape salah dan tak de sape betul. Chill.

Susun atur yang sangat ringkas dan minimalis memberikan suasana seperti di rumah sendiri. Argh !! Suka betul !! Dengan sliding door terus menghadap pemandangan saujana mata memandang, habis terubat segala penat lelah bekerja. Fokus nak bercuti saja. Hee~


Perak Tourism

Pemandangan dari dalam kamar mandi Bilik Tidur Utama. Hahahah~ Berani nak mandi kalau cermin kaca segini rupa ? Adei. Tapi serius nice lah !! Tak payah sibuk-sibuk nak bawa kelengkapan mandian, di The Haven semua ada !!


Parenting Blogger MalaysiaBilik Tidur Kedua

The Haven Resorts, Ipoh, Perak
Bilik Tidur Ketiga

Bilik Tidur Kedua pun ada bilik mandi sendiri dan ada satu bilik mandi disebelah luar, kita anggap ianya bilik mandi untuk Bilik Tidur Ketiga je lah. Hee~ Dia je tak de bilik mandi dalam bilik - jadi kita bagi dia. Kalau nak kata selesa, memang habis selesa lah. Tak dapat nak dinafikan.


Tarikan Pelancong Di Perak
Pecandu kafien ? Hahahah~
Jangan bimbang. The Haven sangat memahami kita !!
Buat secawan kopi, lepak kat balkoni sambil menghirup udara hutan. Peh !! Kenyu filit ? Bcos i ken.


Apa Nak Buat Di Ipoh, PerakBukan setakat mesin air Coway ada di The Haven tapi untuk setiap unit juga disediakan peti sejuk yang besar tu, ada pula microwave, set pinggan mangkuk mengikut jumlah penghuni. Nah !! Bayangkan lah makan tido je korang kat dalam bilik sebab semua dah ada.


Tempat Makan Best Di Ipoh, Perak
Peka !! Korang cuma bawa alatan solat seperti sejadah dan telekung je. Jangan risau tentang arah kiblat, kalau tak bawa kompas pun okay.

Sebenarnya banyak je aktiviti menarik yang The Haven sediakan seperti memanah, berbasikal, pet feeding sebab dorang ada petting zoo dan juga pony feeding. Buat masa ni dorang ada dua ekor pony dan merancang untuk tambah lagi nanti-nanti. Kira okay lah ni sebab sepanjang masa pun anak-anak lebih suka lepak swimming pool. Berkubang macam ikan duyung.


Nice Hotel In Ipoh, Perak
Best Hotel To Stay in Perak
Trademark The Haven ?
Ya !! Satu-satunya kolam renang berbentuk kuda laut !! Memang menarik perhatian sungguh. Besar dan luas, sangat selesa untuk anak-anak serta ibu atau ayah kepada anak-anak. Walaupun ada lifeguard, jangan lupa utamakan keselamatan juga. Jangan bukan-bukan terutamanya yang mandi kat bahagian hidung kuda laut menghadap ke tasik tu.

Kakak tau, kakak cepuk korang.
Behave ya anak-anak !!


Tips Anak Pra-Remaja
Ipoh, Perak
Instawothy !!
Suka lah kakak minta anak-anak posing kat setiap genap sudut. Hahahaha~ Dan mereka pun redha. Platform yang Nur Aiman dan Nur Aina berdiri ni betul-betul menghadap bilik kami. Fuh !! Nice sungguh pemandangan. Oh !! Nak lagi layan ? Boleh tengok di -- THE HAVEN


Aktiviti Menarik Di Ipoh
Dua hero kakak. Hee~ Sorang dah berpunya dan sorang lagi baru nak kenal dunia. Bapa borek, anak rintik.


Parenting Blogger
Fuh !! Bagaikan impian anak-anak punyai bilik lengkap dengan pelbagai permaianan. Dari boardgames, mainan digital dan juga koleksi buku yang pelbagai - Duduk berjam-jam kat dalam ni pun anak-anak okay. Serius !! 

Spa Murah Ipoh, Perak
Nice Place To Stay In Ipoh, Perak
Wajib !!
Spa dengan tawaran harga serendah RM 160.00 untuk full body massage !! Mana nak dapat wey ? Hahahah~ Nak pindah duduk Ipoh !! Adei. Nak ikutkan memang tak cukup sekadar bercuti 3 hari dan 2 malam di The Haven ni, al-maklumlah – Badan dah bekerja berhempas pulas hampir setahun dan baru nak rehat kena kembali ke hutan batu memulakan rutin. Haih. Tapi tak pe.

Ada rezeki mesti repeat !!


LAMAN WEB : https://www.thehavenresorts.com/the-haven-ipoh.html
FACEBOOK : https://www.facebook.com/thehavenresorts
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/thehavenresorts


Jangan lupa follow Instagram kakak untuk dapatkan diskaun 10% dengan sebarang pembayaran harga bilik semasa checkout di laman web The Haven !! Link ada kat atas tu, dan !! Jom lah bercuti !! Tak penat ke kerja je kerjanya ? Hahahaha~


LOVE ;
ATIE ADNAN

Share:

3 comments :

  1. All in one. Jom lah. Penat pulak keje. Next please

    ReplyDelete
  2. waaa.. biasanya LALU je ipoh tu kalau nak balik kampung.. tak sangka ada tempat best & menarik cam gini...

    ReplyDelete
  3. waaa.. selalunya LALU je ipoh tu kalau nak balik kampung.. tak pernah tau ada tempat best cam gini.. boleh la nanti singgah sini..

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes