JUALAN AKHIR TAHUN BIG BANG LULU HYPERMARKET MENAWARKAN DISKAUN SEHINGGA 50%

Bila sebut je pasal hujung tahun, merata lah jualan murah dan kebanyakannya menawarkan diskaun tak masuk akal !! Sama macam LuLu Hypermarket, KL ni lah. Berani betul dorang bagi diskaun sehingga 50% pada hampir keseluruhan barangan jualan dorang. Aduh !!


LuLu Hypermarket KL

Antara department yang mengambil bahagian termasuklah bahagian elektrik dan elektronik, fesyen dewasa dan kanak-kanak, barangan hiasan rumah, kelengkapan dapur dan juga barang runcit yang rata-rata melibatkan lebih 80 jenama. Menjanjikan antara harga yang terendah di pasaran, LuLu Hypermarket sangat memberi komitmen untuk memuaskan hati para pelanggan dengan berbesar hati menjalankan promosi akhir tahun berupa :


  • Diskaun sehingga 50% untuk hampir semua jenama yang berlangsung dari 29hb Disember 2020 hingga 03hb Januari 2021
  • Diskaun sehingga 50% diseksyen pakaian mulai 01hb Januari 2021 hingga 03hb Januari 2021
  • Diskaun 35% untuk pelbagai fabrik pakaian sari, sut punjabi dan lengha mulai 01hb Januari 2021 hingga 03hb Januari 2021


Promosi Jualan Murah KL
Kain Sari Murah


Kos sara hidup makin meningkat tetapi LuLu Hypermarket yang kini ada dua cawangan di Capsquare, KL dan juga 1 Shamelin, Cheras memberi inisiatif lain buat para pengguna dengan menawarkan pelbagai promosi berkala untuk pelbagai barangan keperluan harian. Tidak mengecewakan, sehingga ke hari ini - LuLu Hypermarket menerima pelanggan tidak putus-putus walaupun pada hari bekerja.


Status Barbican
Coklat Murah KL

Ada banyak pilihan stok makanan di LuLu Hypermarket pada harga yang sangat mampu beli. Sementara anak-anak cuti sekolah ni, memang sesuai lah nak buat stok kunyah kunyah sambil menonton televisyen bersama keluarga.


Lemon
Harga Bawang MErah Terkini
Produk Tenusu Murah Kl
Kedai Karpet Murah KL
Set Pinggan Mangkuk Murah Hadiah Kahwin

Pelbagai peralatan elektrik dan elektronik dari pelbagai jenama ada di LuLu Hypermarket yang sudah pastinya jauh lebih murah dan berbaloi berbanding harga di pasaran luar. Nah !! Televisyen jenama LG 65 inci cuma berharga RM 3,199.00 - harga asal ialah RM 4,349.00 !! Murah banyak tu. Kat tempat lain mana nak dapat ? Hee~

Ada pelbagai jenis telefon pintar, komputer riba, earphone dan juga printer untuk kegunaan pejabat dan juga di rumah pada harga yang sangat berbaloi !!


TV Murah Kl


Naik je Tingkat 2, LuLu Hypermarket mesti korang rambang mata tak tentu arah bila pemandangan pelbagai poster diskaun bergantungan. Hee~ Sepanjang promosi Big Bang ni, korang boleh berjimat banyak !! Dah lah harga asal pun murah, kena pula diskaun 50% !!

Berjimat teruk !!


Fesyen Lelaki
Fesyen Wanita Muslimah
Pemborong Baju Budak Murah

Kalau ada baju, mesti nak kena ada kasut dan handbag !! Kan ? 


Fesyen Lelaki
Hello 2021 Sale
Goodbye 2020

Rata-rata ruangan fesyen ini mempunyai hampir ke semua tona warna yang mungkin korang cari. Dari segelap-gelap warna sehinggalah ke warna yang terang. Pilih saja mana yang berkenan di hati, harga pun tak mahal mana. Pasti puas hati.


Year End Sale KL

Peminat kain sari pasti takkan lepas peluang sementara LuLu Hypermarket beri diskaun ni. 35% dari harga asal pada semua jenis kain sari, lenga dan juga sut punjabi yang ada - pasti korang puas !! Gayakan lah ikut kreativiti dan kesukaan korang, confirm elok terletak pada tuan badan. Boleh lah standby untuk musim perayaan 2021 akan datang. Kan ?

Sambil kakak menaip ni, sambil kakak menghitung berapa RM yang kakak dah habiskan kat LuLu Hypermarket tadi. Hahahaha~ Memang dah kalau nama pengurus rumahtangga, masuk pula pusat beli-belah yang menawarkan harga patut patut. Tak pandang kiri kanan lah jawab nya.


LAMANWEB : http://uae.luluhypermarket.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/luluhypermarkets


Kalau korang belum sempat beli barang dapur lagi, mungkin ini lah masa yang sesuai.

Kan ?


LOVE ;
ATIE ADNAN




Share:

1 comment :

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes