MASAK MACAM CHEF PROFESIONAL DI DAPUR SENDIRI DENGAN KIMBALL®

Rutin memasak memang sangat penat manakan tidaknya, nak memenuhi kehendak sorang sorang dalam rumah ni dengan selera yang berbeza – boleh tahan letih jugak lah. Bertambah letih bila ada yang komen masakan tak cukup rasa dan rasa tak sampai. Aduh !! Jangan risau sebab semua boleh jadi Chef Profesional di dapur sendiri dengan Kimball®.


Kimball Malaysia

Kimball® menjadi jenama pembantu masakan yang sangat popular sedari tahun 70-an dengan mengeluarkan Kimball® Sos Tomato dan diikuti dengan Kimball® Sos Cili – sehingga ke hari ini, Kimball® menjadi salah satu jenama paling dipercayai di Malaysia.



KIMBALL® MALAYSIA



Diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi, di bawah garis panduan pengeluaran yang ketat, produk Kimball® menampilkan standard kualiti antarabangsa dan masih konsisten dari segi rasa walaupun sudah beberapa dekad lamanya. Sama seperti setiap budaya yang ada di Malaysia, yang menyatukan kita adalah perpaduan – termasuk dalam setiap hidangan, Kimball® merupakan kawan baik pada setiap hidangan yang dihidangkan oleh tukang masak. Tak lengkap hidangan tanpa  Kimball®.


Resepi Ayam Masak Merah

Mempunyai 35 jenis produk yang terdiri daripada sos cili, sos cili thai, sos tomato, sos tiram, sos barbeku, sos lada hitam, sos pasta, pelbagai jenis pasta, mayonis, kacang dalam tin, tomato puri dan juga sup tomato - Kimball® sentiasa mahukan yang terbaik buat pengguna dengan mempelbagaikan produk bagi memenuhi kehendak pasaran semasa.



RESEPI AYAM MASAK MERAH TIGA RASA KIMBALL®



Tak boleh tidak bila memasak tanpa menggunakan produk Kimball® terutamanya pada makanan kegemaran kakak sekeluarga. Hee~ Ayam masak merah tiga rasa – kalau tak de sos-sos dari Kimball® memang tak rasa apa.


  • Setengah ekor ayam
  • Sedikit serbuk kunyit dan garam untuk menggoreng ayam
  • Minyak masak untuk menggoreng ayam dan menumis
  • Tiga biji bawang merah di potong bulat
  • Dua sudu makan cili kering kisar
  • Dua sudu makan Sos Tomato Kimball®
  • Dua sudu makan Pati Tomato Kimball®
  • Satu sudu makan Sos Tiram Kimball®

Resepi Ayam Masak Merah Mudah Kimball

Cara-caranya :

-- Goreng ayam sehingga separuh masak dan asingkan. Panaskan minyak baharu, tumis bawang besar sehingga naik bau dan masukkan cili kering. Tumis kedua-dua bahan tadi sehingga pecah minyak dan masukkan ketiga-tiga sos - Sos Tomato Kimball®, Pati Tomato Kimball®, Sos Tiram Kimball® dan masak sehingga pekat dan likat. Pastikan api sederhana besar supaya tidak hangit.


Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata !!


Hey !!

#KompemGayaMalaysia kan sebab pedas, manis, masam semua dalam satu hidangan. Sesuai untuk semua jenis perayaan dan serius memang sedap bila makan dengan pelbagai hidangan. Hee~ Waktu kakak menaip ni pun kakak terliur membayangkan hidangan ni. Bertambah nasi sampai mak mertua lalu pun tak perasan ha.



Tak cukup satu resepi ?


Tak pe !! Kimball® dah sediakan banyak resepi untuk korang jadikan panduan memasak. Semuanya sedap belaka dan kompem tak menyesal cuba. Boleh klik link -- https://kimball.com.my/recipe.html dan untuk maklumat lanjut tentang produk Kimball®, boleh terus ke -- https://kimball.com.my ~~


Kimball Malaysia
Semua pun boleh jadi tukang masak sehebat chef ternama dengan Kimball® !!

#KompemGayaMalaysia #GayaMalaysia 


No comments:

Powered by Blogger.