Orang kata, nak berjaya kena ada mentor yang berilmu, pasukan yang mahu sama-sama berjaya dan usaha yang tak kenal lelah - Bukan sesuatu yang mudah tetapi bukan juga mustahil apa bila sekali lagi Richworks berjaya melahirkan 777 usahawan dengan pendapatan lebih RM 2,000,000,000,000.00 sepanjang tahun 2020 ni.
Fuhhhh-- Nak menulis kosong dibelakang dua tu pun nervous. Hahahaha~
KUASAI MARKETING 2021 - FORMULA ZERO KOS MARKETING
Seramai 777 usahawan daripada perusahaan kecil dan sederhana ( PKS ) dalam dan luar negara yang telah mengikuti Program Mentoring RichWorks berjaya menjana hasil jualan lebih dari RM2 bilion sepanjang tahun 2020. Walaupun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi, usahawan-usahawan yang terdiri daripada Spire - 466 usahawan dan Titanium - 311 ; menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10% berbanding tahun lalu.
Dari jumlah keseluruhan RM2 bilion itu, Spire berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM 211 juta dengan jumlah kenaikan s17.5% pada tahun 2020 berbanding RM 155 juta pada tahun 2019. Titanium pula mencatatkan kenaikan sebanyak 9% iaitu RM 1.8 bilion jualan pada tahun ini berbanding RM 1.5 bilion pada tahun 2019.
Kenaikan ini menunjukkan bahawa hasil latihan dan bimbingan yang disediakan RichWorks terbukti dapat membantu usahawan-usahawan agar bisnes terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
Mentoring Spire yang berlangsung selama 12 bulan merupakan program bimbingan untuk membantu usahawan mencapai jualan perniagaan sehingga RM 1 juta dalam tempoh enam bulan hingga 1 tahun. Setakat ini, seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai RM 1 juta pertama. Sama seperti Spire, Titanium juga berdurasi 12 bulan tetapi Titanium akan mendapat bimbingan secara terus daripada MenThor Azizan Osman.
Sekali lagi.
RichWorks akan menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing yang akan berlangsung selama tiga hari untuk membantu usahawan atau bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes untuk tahun 2021.
Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, seramai 1.1 juta usahawan telah dibantu untuk mengubah hidup dan jalan perniagaan mereka supaya menjadi lebih baik. Peluang sentiada ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia bangkit berniaga dengan step-up untuk tahun 2021 menggunakan teknik pemasaran yang betul. Seterusnya dapat melonjakkan hasil jualan dan bisnes berkali-kali ganda dari sebelumnya.
RichWorks International berbesar hati membuka peluang untuk usahawan ataupun bakal usahawan yang komited untuk dibantu dengan Formula Gandakan Sales serta pendapatan bermula dari ZERO kerana masih berpaksi untuk melahirkan lebih ramai Usahawan Jutawan dari Zero ke Million untuk tahun 2021.
RichWorks telah bantu ramai usahawan untuk mula berniaga dan usahawan-usahawan yang terkesan dengan keadaan semasa tetapi mahu menyelamatkan bisnes yang telah diusahakan.
Nak Kuasai Marketing 2021 ? Berapa banyak ZERO yang nak di GANDAKAN ? Ingat lagi sales pernah RM KOSONG ? Ingat lagi sales bila capai RM 100.00 yang pertama ? Ingat lagi perasaan capai sales RM 1,000.00 yang pertama ? Dah lupa perasaan capai RM 10,000.00 yang pertama ? Dah pernah capai RM 100,000.00 pertama dan pernah jatuh ? Dah capai RM 1,000,000.00 yang pertama ?
What's NEXT ?
Ilmu pemasaran berubah, pasaran berubah dan RichWorks sentiasa percaya dengan RESULTS sebab RESULTS MATTERS - dengan ini RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% secara PERCUMA !!
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan capaian 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks untuk Inspire, Educate dan Add Value kepada komunitidi seluruh dunia.
Ilmu yang penuh manfaat harus kita isi untuk lebih memantapkan strategi dan kaedah kita melangkah kejayaan. InsyaAllah... Satu program yg baik untuk kita turut serta.. LeYa pun dah join and nak join lagi. Jom kawan-kawan...
Ilmu yang penuh manfaat harus kita isi untuk lebih memantapkan strategi dan kaedah kita melangkah kejayaan. InsyaAllah... Satu program yg baik untuk kita turut serta.. LeYa pun dah join and nak join lagi. Jom kawan-kawan...
ReplyDeletewaaaa ! best klu org yg minat bisness join ni kan
ReplyDelete