SENSASI KRAVE KOFFEE BUKAN HANYA PADA TEKAK TAPI MELENGKAPI

Bila bercakap pasal kopi, memang tak sah lah kakak nak berdiam diri. Hahahah~ Nikmati meneguk setiap dari satunya adalah sangat penting bagi mereka yang sangat meminati minuman jenis kafien ini. Sama macam meneguk Krave Koffee.


Krave Koffee

Baru-baru ni kakak sempat rasa produk keluaran terbaharu iaitu Krave Koffee. Ibarat cinta pandang pertama – kakak terpana. Kah !!


KRAVE KOFFEE



TAKKKKKKKKKKK !!

Tak syembang !! Serius terpana. Pertama kali dan rasa tu menjadi igauan. Faham tak ? Ko minum tapi ko rasa sensasi biji kopi tu. Dia ada end taste yang ko tak boleh nak lupakan. Haa. Susah lah nak explain pasal rasa melalui tulisan. Hee~

Buat masa ni Krave Koffee cover sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur SAHAJA dan penghantaran akan dibuat sebaik sahaja korang buat pesanan. Dorang terima je pesanan, terus bancuh dan hantar. Tak de istilah kopi semalam atau kopi kelmarin dalam kamus Krave Koffee. Walaupun menawarkan jenis-jenis kopi premium – Harga dorang tak de lah mahal sangat. Kira berbaloi dan sesuai dengan kehendak pasaran pada kualiti yang setanding.

Kalau tanya kakak, mana satu lagi sedap – Semua sedap dan semua ada kelebihan rasa dan di’blend’ dengan baik. Kita start dari yang mula-mula kakak try okay ?


1. SUPER BLACK COFFEE


Kat label sendiri ada nyatakan : EXTRA STRONG CONTAINS HIGH DOSAGE OF ESPRESSO. Nah !! Untuk pencinta kafien dan penggemar minuman kopi tanpa gula – Ini adalah jenisnya !! Pahit ngam dam hujung hujung rasa dia tak terasa habis. Macam sentiasa ada kat anak tekak.

Kalau nak kata kesegaran mata dan badan lepas tu, memang positif lah. Hee~


2. SUPER LATTE COFFEE


Rasa unik dia tu buat korang termimpi !! Hahahaha~ Kalau dalam mood santai dan kalau korang penggemar kopi bersusu – YA !! Boleh cuba. Sebotol ini dibancuh dngan dua kali jumlah Espresso bersama susu manis. YA !! Resepi rahsia Krave Koffee sudah tentunya.

Sedap.

Kakak tak de nak komplen apa tentang Super Latte ni sebab kakak minum kakak berjaga sampai super late night. Hahahaha~

Kalau korang perasan kat IG Story kakak, tiap kali kakak menghadap laptop tiap kali tu juga kakak share pasal dua jenis kopi dari Krave Koffee ni. Kakak tak letak expectation tinggi. Serius !! Tapi hasil dorang memang super terbaik lah !!


3. CAFFE’ LATTE’ dan CAFFE’ MOCHA


Untuk korang yang gemarkan kopi dihidangkan dalam keadaan panas, boleh cuba dua jenis ni. Penyampaian rasa yang buat jam biologi korang terhenti seketika.


Latte’ – Kopi

Mocha – Coklat


Krave Koffee

Faham ? Kedua-duanya rasa tak sama tapi ada keunikan rasa yang yang buatkan korang lega dan lapang rasa. TAKKKKK !! Tak manis pun. Cukup manis cukup rasa dan tak perlu tokok tambah resepi yang bukan-bukan kat dalam cup tu.



4. KOFREEZE



Wellllllll-- Hahahaha~ Korang tak payah beli cold brew kat tempat lain sebab kakak dah try kat banyak tempat, tak sesedap yang INI !! Aduh !! Memang bunyi macam overclaimed tapi serius sedap gais !! Didatangkan dalam dua versi iaitu WHITE dan BLACK. Tanpa gula. Biji kopi dipanggang helok sehinggalah terhasilnya puffffffff—Tak cukup dua, korang kena buat stok kat rumah sepanjang PKP ni.

Menurut kajian yang pernah dilakukan, cold brew lebih ringan kandungan asidnya iaitu sekitar 67% dan rasanya lebih halus. Kurang pahit dan well. Lebih sedap.


Best Cold Brew In KL

Jangan claim diri korang pencinta kopi kalau korang tak pernah cuba togok si kecik ni. Hahahaha~ Kakak suka lah borak pasal kopi. Seronok. Mood kakak pun baik tiap kali borak pasal kopi.


5. DOUBLE ESPRESSO ELIXIR COFFEE


Korang pernah minum / makan / hirup affogato ? Ya !! Kakak nak ajar ni !! Amik satu scoop ice cream vanilla dan tuang Elixir Coffee ni. Wallah !!

Rasa pahit dan pekat sangat simbang sehinggakan mata yang mengantuk boleh segar dan badan yang lemau kembali bertenaga. Hahahaha~ Serius wey. Tu sebotol kat bawah ni dah tinggal separuh sebab kakak kena bekerja lebih masa sikit untuk siapkan beberapa artikel. Memang sedap dan puas hati.


Best Espresso

Tapi itu lah.

Kakak lebih suka tambahkan susu rendah lemak dan sebotol Elixir ni. Kalau korang bukan peminat kopi atau mungkin badan korang tak kuat untuk menampung jumlah kafien dalam badan – Kakak nasihatkan korang jangan cuba ambil Elixir terus dari botol ya.

Kalau tanya mana satu kegemaran kakak, kakak akan pilih Super Black Coffee. Jangan tanya kenapa, korang sendiri kena try.


Grab Food : http://bit.ly/grab_kravekoffee
Food Panda : https://bit.ly/foodpanda_kravekoffee
Online Store : https://bit.ly/kravekoffee


Fitness Blogger Malaysia

Keseluruhannya untuk Krave Koffee, kakak ikhlas bagi LIMA bintang dari segi rasa, presentation, penghantaran dan layanan baik dari mereka. Siapa je tak jatuh sayang kat penjual yang berjaya menghasilkan rasa sesedap ini.

Akan repeat ?

Sudah tentu !! Tak payah tanya pun korang akan tahu. Sepanjang kakak menaip ni, kakak tersenyum tau. Sebagai seorang ibu rumahtangga, isteri, penulis blog dan juga usahawan – Kopi adalah sebahagian dari hidup kakak. Dan kakak nikmati kopi sama macam kakak nikmati kehidupan. Seimbang dan sangat serasi.


LOVE ;
ATIE ADNAN



5 comments:

  1. Bersihnya ice box dia hehehe

    ReplyDelete
  2. Aduh saya yang peminat kopi pun tergoda hendak cuba. Malangnya duduk Melaka.

    ReplyDelete
  3. menggodanyaaaa tapi kena kontrol kopi dulu sekarang huhhuuuu...

    ReplyDelete
  4. Dah berpeluang rasa baru-baru ni. Kena dengan selera akak.

    Selamat berkenalan, Atie. Done follow sini #286.

    ReplyDelete
  5. kopi sebagai teman dikala ngantuk sedang melanda diri

    ReplyDelete

Powered by Blogger.