BEACONHOUSE MALAYSIA KONGSI TIPS DAN CARA MENANGANI MASALAH MENTAL DAN EMOSI DIKALANGAN PELAJAR NORMA BAHARU

Dah tiba masa untuk anak-anak kita kembali ke sekolah dalam era serba baharu dan ia sedikit sebanyak memberi kesan kesihatan pada mental dan emosi anak-anak. Sebagai ibu dan ayah, sokongan dan tunjuka ajar perlu dipergiatkan supaya anak-anak tidak merasa ia adalah satu beban perjalanan kehidupan.


Tips Mendidik Anak Bawah 5 Tahun

Dengan kerjasama dari Beaconhouse Malaysia, kakak diberi peluang untuk menyertai perbincangan dengan lebih lanjut dan teliti tentang kestabilan emosi dan mental anak-anak semasa fasa persekolahan baharu.


BEACONHOUSE MALAYSIA



Bukan sahaja perlu peka dengan perubahan semasa, sebagai guru, ibu dan ayah wajib memainkan peranan penting dalam persediaan mental dan fizikal anak-anak sebelum serta semasa sesi persekolahan. Dengan norma baharu mungkin ada anak-anak yang tidak rasa seronok lagi untuk kesekolah. Bukan sahaja melibatkan persekitaran tetapi merangkumi rutin harian yang berubah secara drastik – Sudah tentunya ia memakan masa yang agak lama untuk mereka menyesuaikan diri semula.


Mengambil tanggungjawab untuk memberitahu dan mendidik ibu ayah tentang itu – Miss Sherlin Chang yang merupakan Penolong Pengurus Pendidikan Awal Tahun di Beaconhouse Malaysia dan Miss Rachel Khong – Timbalan Pengetua BNEY Ampang membuka peluang untuk kakak belajar dan fahami tentang Kesihatan Mental dan Emosi anak-anak pada era ini.


Beaconhouse Malaysia


"Kanak-kanak kini baru kembali ke sekolah setelah hampir satu tahun belajar dari 
rumah dan walaupun terdapat banyak perbualan mengenai keselamatan fizikal mereka, 
lebih banyak yang harus dikatakan dan dilakukan berkaitan dengan kesihatan 
mental dan emosi mereka. Kanak-kanak telah mengalami banyak hal selama setahun 
terakhir dan ini memberi kesan buruk kepada keadaan mental dan emosi mereka. 
Waktu berpanjangan di rumah ditambah dengan peralihan tiba-tiba kembali ke 
sekolah sepenuh masa boleh memberi kesan buruk kepada keadaan mereka."

- Miss Sherlin Chang ; Penolong Pengurus Pendidikan Awal Tahun, Beaconhouse Malaysia.



Cenderung rasa terasing dan kurang selesa dengan persekitaran baharu setelah lama terperap di rumah, anak-anak perlu belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baharu disamping belajar berjauhan dengan ibu ayah sekali lagi untuk menuntut ilmu.


Kalau sebelumnya, selama setahun lebih rutin harian dengan tidak mengendahkan waktu tidur, makan, berehat semasa dirumah – Kini perlu kembali ke sekolah dengan jadual yang sedia tersusun. Sebab itu lah sangat penting untuk ibu dan ayah dengan bantuan guru-guru memerhatikan tanda-tanda awal yang berkemungkinankan anak-anak mengalami simptom tekanan mental ataupun emosi dek perubahan persekitaran.




"Kanak-kanak biasanya bebas bergaul tetapi dengan keadaan pandemik, 
kita harus mengambil langkah berjaga-jaga yang bertentangan dengan sifat 
kanak-kanak ini. Mereka mesti berada dalam jarak satu meter dan ini sukar 
terutama bagi anak-anak yang lebih muda - peringatan berterusan diperlukan. 
Ini juga mempengaruhi perkembangan mereka secara keseluruhan 
kerana salah satu cara utama kanak-kanak berkembang adalah melalui sentuhan sosial.”

- Miss Rachel Khong ; Timbalan Pengetua BNEY Ampang



Antara tips yang memang kakak dan suami titikberatkan sepanjang perkembangan anak-anak adalah meluangkan sedikit masa yang berkualiti untuk mendengar segala luahan hati anak-anak. Tak kiralah ianya sedap didengar ataupun sebaliknya – LKomunikasi seperti itu mungkin dapat menyelamatkan anak-anak kita dan menjadikan ia satu perhubungan yang sangat baik antara ibu, ayah dan anak-anak.


Kesihatan Mental Dan Emosi Anak-anak
Sekolah Tadika Swasta

Di Beaconhouse – Keseluruhan tentang perkembangan anak-anak adalah sangat penting kerana mereka yakin silibus yang dapat menggabungkan karekter ke dalam kurikulum dan juga kokurikulum seharian. Mengambil peranan strategik, Beaconhouse juga sangat mengambil berat tentang perubahan berkala pada kelakuan dan emosi anak-anak. Dengan memberi sokongan, setiap perubahan perlu diselesaikan dengan hemat dan tidak terburu-buru supaya anak-anak tidak terkejut serta dapat menerima perubahan dengan mudah.


Kakak masih suka dengan frasa “Anak ibarat kain putih, ibu dan ayah adalah pelukis yang mencorak kain tersebut” ; Memberi gambaran keseluruhan pendidikan emosi dan mental anak-anak perlulah bermula dari rumah. Guru-guru di sekolah cuma boleh membantu meningkatkan lagi kredibiliti dan kelebihan dalam diri anak-anak.


Parenting Tips
Sedikit sebanyak perkongsian dari dua ikon ini membuka mata dan hati kakak untuk terus menjadi yang terbaik kepada anak-anak. Walaupun ia nampak ringan tetapi semuanya berkait rapat antara satu dengan yang lain – Tingkah laku, emosi, disiplin, fizikal, mental dan juga tindakbalas adalah saling berkait rapat dalam proses tumbesaran anak-anak kita.


Menarik kan ? Hee~
Sebenarnya banyak lagi isu tentang tumbesaran anak-anak yang boleh kita bincang dan belajar, dan mungkin www.beaconhouse.edu.my boleh membantu.


1 comment:

Powered by Blogger.