JELAJAH KOREA DARI MARRYBROWN ; 5 BINTANG UNTUK SET AYAM GANGJEONG
Kita kembali lagi dalam rancangan – Makan apa kat Marrybrown hari ini ? Hahahaha~ Disebabkan Marrybrown keluarkan menu baharu lagi, kakak tak lepaskan peluang untuk mencuba sebab KATANYA menu kali ni khusus untuk mereka yang tak dapat nak pegi Korea.
Orang tu kakak lah.
Hee~
AYAM GANGJEONG MARRYBROWN
Dengan tagline Something Different, Marrybrown telah berada dipasaran selama 40 tahun dan masih utuh memberikan yang terbaik kepada pencinta pelbagai variasi makanan berasaskan ayam. Tak pernah padam – Fenomena Korea yang melanda Malaysia masih relevan, sebab tu Marrybrown berani mempertaruhkan resepi Ayam Gangjeong.
Didatangkan dalam tiga set berlainan iaitu :
- Kombo Nasi Gangjeong
- Bermula dari harga RM 11.90.
- Gabungan nasi kukus bersama kepingan isi ayam yang telah diperap sos manis dan pedas.
- Didatangkan satu set dengan potato wedges dan minuman bergas Coca-Cola®.
- Kombo Ayam Gangjeong
- Bermula dari harga RM 17.90.
- Set dua atau tiga ketul ayam goreng didatangkan bersama potato wedges asli dan juga minuman bergas Coca-Cola®.
- Kombo Burger Gangjeong
- Bermula dari harga RM 15.90.
- Set burger yang menggunakan charcoal bun dengan isi burger yang diperbuat dari isi ayam sebenar diperap bersama sos pedas manis. Set Kombo Burger Gangjeong juga didatangkan dengan potato wedges dan minuman bergas Coca-Cola®.
Rasa dia tak habis sekali gus. Hee~
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/marrybrownmy
LOVE ;
ATIE ADNAN
untung la dapat makan makanan korea..:)
ReplyDeleteaaa burger tu 😋😋 nak pi try la!
ReplyDeleteyummy!!! sedapnyaaa!
ReplyDelete