MENGATASI GIGI SENSITIF DENGAN SENSODYNE; JENAMA UBAT GIGI SENSITIF NO. 1*

Gigi sensitif berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi iaitu enamel terhakis dan menyebabkan pendedahan lapisan dentin. Sampai bila nak menahan saja ? Hee~ Kakak sudah berubah ke Sensodyne untuk mengatasi masalah gigi sensitif yang kakak sendiri alami.


Mengatasi Gigi Ngilu


Salah satu cara untuk mengatasi masalah gigi sensitif adalah menggunakan ubat gigi khusus boleh membantu melegakan ketidakselesaan gigi akibat lapisan dentin yang terdedah dan bersentuhan dengan makanan atau minuman yang sejuk, panas atau terlalu manis.


Kebanyakan masalah gigi sensitif adalah berpunca dari masalah biasa seperti penipisan gusi dan pengikisan enamel gigi. Ia boleh mula berlaku apabila bahagian dalam gigi yang lebih lembut yang dipanggil 'dentin' terdedah disebabkan oleh penipisan gusi dan pengikisan enamel gigi. Dentin terletak di bawah enamel dan gusi. Selepas itu, pencetus luaran (minuman dan makanan panas atau sejuk) boleh merangsang sensasi di dalam gigi dan mengakibatkan ciri-ciri sensasi pendek dan tajam bagi sensitiviti gigi.



UBAT GIGI SENSODYNE REPAIR & PROTECT DEEP REPAIR



Menerusi  kempen #ReclaimLifeSmallPleasures, Sensodyne mengambil peranan mengembalikan keseronokan kepada mereka yang mengalami masalah gigi sensitif. Sensodyne memperkenalkan ubat gigi Repair and Protect Deep Repair untuk membantu mengatasi masalah gigi sensitif. Kempen yang dianjurkan sepenuhnya oleh Sensodyne mendidik pesakit gigi sensitif untuk bertindak secara proaktif bagi melegakan rasa ketidakselesaan gigi semasa pengambilan makanan serta minuman harian.

 

Ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair menggunakan teknologi NovaMin® yang menembusi jauh ke dalam gigi bagi membaiki punca** gigi sensitif dan membentuk lapisan perlindungan yang terbukti secara klinikal dapat melegakan masalah gigi sensitif. Ia turut mengandungi fluorida yang membantu menguatkan enamel dan memberikan perlindungan harian untuk gigi sensitif, di samping menjaga kesihatan gigi dan gusi.


Merawat Masalah Gigi Ngilu

Kajian terbaru yang dijalankan oleh GSK Consumer Healthcare dan Ipsos mengenai impak COVID-19 ke atas tabiat penjagaan kesihatan mulut di kalangan pengguna mendapati bahawa pengurangan kekerapan kunjungan ke klinik gigi semasa pandemik menjadi punca utama perubahan tabiat penjagaan kesihatan mulut di kalangan pengguna di Asia Tenggara semasa tempoh ini1. Kajian itu turut mendapati bahawa kurang daripada suku responden (23%) mengakui menggunakan ubat gigi khusus bagi menangani masalah kesihatan mulut tertentu yang dihadapi oleh mereka1.

 
Kajian Kuantitatif Asia Tenggara & Taiwan (SEAT) yang dijalankan oleh GSK Consumer Healthcare turut mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 rakyat Malaysia menghidap masalah gigi sensitif2. Di kalangan mereka yang menghidap masalah gigi sensitif di Malaysia, 39% menyedari masalah yang mereka hidapi, manakala 32% yang lain mengalami gejala sensitiviti tetapi tidak menyedari masalah yang dihidapi oleh mereka2.

 
Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan rasa tajam atau ngilu pada gigi bagi mereka yang menghidap masalah gigi sensitif3. Kajian Kuantitatif Asia Tenggara & Taiwan (SEAT) turut menunjukkan bahawa kebanyakan penghidap gigi sensitif mengalami ketidakselesaan pada gigi mereka apabila mereka memberus gigi (38%), daripada makanan yang terperangkap di antara gusi dan gigi palsu (33%), mengambil makanan dan minuman yang sejuk (58%), panas (23%), manis (31%), berasid atau masam (29%) dan pedas (15%)2.

 
Dalam usaha meningkatkan kesedaran masalah gigi sensitif di seluruh negara, kempen #ReclaimLifeSmallPleasures akan dilancarkan secara berperingkat mulai bulan Januari 2022 dengan pelbagai  kandungan hiburan bermaklumat dan pendidikan yang melibatkan pelbagai pihak professional penjagaan kesihatan termasuklah doktor, pakar perubatan dan juga pempengaruh media sosial; yang disampaikan menerusi pelbagai platform termasuk portal dan saluran media sosial Sensodyne Malaysia, platform media tradisional dan digital.

 
“Kami memahami bahawa ketidakselesaan yang disebabkan oleh gigi sensitif boleh menghalang kita daripada merasai nikmat kehidupan sepenuhnya. Ketika Malaysia mulai kembali normal dalam era pasca pandemik, kempen #ReclaimLifeSmallPleasures ini menyasarkan untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengutamakan penjagaan mulut dan menikmati setiap detik indah yang mereka lalui, tidak kira sama ada menerokai, mencuba dan merasai makanan setiap hari, tanpa perlu bimbang tentang gigi sensitif. Lagipun, hidup terlalu singkat untuk gigi sensitif,” ujar Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia, Bryan Wong.


Blogger Malaysia

Sempat kakak sertai majlis pelancaran kempen #ReclaimLifeSmallPleasures yang dijalankan oleh Sensodyne secara virtual baru-baru ini dan ia merupakan ilmu baharu untuk kakak lebih faham tentang penjagaan gigi sensitifi yang betul.

 
Mulai 20hb Januari sehingga 31hb Januari 2022, pembelian minimum sebanyak RM 35.00 untuk semua produk Sensodyne dari GSK Flagship Store di platform Shopee, pembeli layak menerima diskaun tambahan sebanyak 10% dan baucar ShopeeFood bernilai RM 5.00.


Sensodyne Untuk Gigi Sensitif

Sensodyne Repair & Protect Deep Repair juga telah berada di pasaran Malaysia seperti di farmasi-farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya terkemuka di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut atau pelbagai informasi tentang kempen #ReclaimLifeSmallPleasures boleh layari sensodyne.com.my dan Sensodyne Malaysia.

 

Link Shopee : https://shp.ee/za76j25
FB Sensodyne :
https://www.facebook.com/SensodyneMY
IG Sensodyne :
https://www.instagram.com/sensodynemy/

 

Note:

*Sumber: Nielsen Retail Audit Data, September 2020 – Ogos 2021

**Membentuk lapisan perlindungan pada bahagian sensitif gigi. Gosok gigi dua kali sehari untuk perlindungan daripada kesensitifan yang berpanjangan

 

Penafian (Disclaimer) : Maklumat yang disiarkan adalah semata-mata untuk tujuan pendidikan dan maklumat, tidak bertujuan sebagai pengganti nasihat profesional dan tidak boleh dipercayai seperti itu. Keputusan individu mungkin berbeza-beza. Rujuk doktor gigi anda jika gejala berterusan

 

1 GSK Consumer Healthcare. Back to the dentist – new study highlights urgent need to tackle oral healthcare habits post COVID-19. 18 Mac 2021. Dipetik daripada pautan.

2 GSK Consumer Healthcare. Sensodyne Southeast Asia & Taiwan Quantitative Research – Malaysia Market Session. September 2021.

3 Sensodyne Malaysia. Symptoms of Sensitivity. Oktober 2021. Dipetik daripada pautan.


No comments:

Powered by Blogger.