5 PILIHAN MENU BAHARU MARRYBROWN EGG-STRA ONG SALTED EGG SEMPENA CNY 2022

Tujuh hari dalam seminggu dan akan ada satu hari di mana kakak sangat lah tak rajin untuk memasak. Hahahaha~ Nak tutup dapur dan mengemas, duduk belek-belek aplikasi penghantar makanan dan tertarik dengan menubaharu yang dipaparkan oleh Marrybrown !! Memang tak fikir panjang, teruslah buat pesanan untuk menu baharu iaitu Egg-Stra Ong Salted Egg.


Egg-Stra Ong Salted Egg Sauce

Kebetulan masa buat pesanan ni, hati kakak nak sangat bermalam kat hotel. Maka, minta sajalah aplikasi penghantar makanan tersebut hantar terus ke hotel. Mudah dan cepat. Makanan sampai pun masih panas dan ak menjejaskan rasa.


EGG-STRA ONG SALTED EGG



Kalau ikutkan tagline Marrybrown untuk hidangan kali ni adalah "Egg-Stra Ong, Lagi Power". Overclaimed kah ? Hahahaha~ Tidak gais. Tidak. Rasa sensasi ayam goreng Marrybrown memang padu macam biasa dan burger ayam yang masih sama, tak kurang mana-mana menjadikan hidangan kali ini letak sekejap terus hilang dalam perut.

Promosi kali ini ada empat hidangan yang sesuai untuk dipilih mengikut selera seisi keluarga.

  • Kombo 2 Ketul Ayam Egg-Stra Ong ( RM 17.90 )
    • Didatangkan bersama dua ketul ayam goreng, kentang lenyek, salad sayur bermayonis dan secawan Minute Maid Refresh Orange

  • Kombo 3 Ketul Ayam Egg-Stra Ong ( RM 22.90 )
    • Didatangkan bersama tiga ketul ayam goreng, kentang lenyek, salad sayur bermayonis dan secawan Minute Maid Refresh Orange

  • Kombo Burger Ayam Egg-Stra Ong ( RM 14.90 )
    • Didatangkan bersama Burger Ayam Egg-Stra Ong, kentang goreng dan secawan Minute Maid Refresh Orange

  • Kombo Egg-Stra Ong Big Box ( RM 25.80 )
    • Didatangkan bersama Burger Ayam Egg-Stra Ong, dua ketul Ayam Egg-Stra Ong, kentang goreng dan secawan Minute Maid Refresh Orange


Blogger Malaysia

Family korang ramai atau memang sentiasa menunggu tetamu datang ke rumah ? Haa-- Hidangan kelima ni kakak anggap hidangan adhoc. Hee~ Yang hampir lengkap untuk satu keluarga besar menikmati hidangan bersama-sama.

  • Set Besar Egg-Stra Ong Family Meal ( Harga bermula dari RM 80.00 )
    • Didatangkan bersama dua Burger Ayam, lapan ketul Ayam Goreng Egg-Stra Ong, satu mangkuk besar kentang lenyek dan satu botol 1.5 liter Coca-Cola Rasa Asli.

Burger Marrybrown

Nak lagi power ?
Wajib tambah Egg-Stra Salted Egg Sauce pada setiap hidangan promosi ni. Memang power dan terangkat habis apatah lagi kalau duduk melepak dengan ahli keluarga sambil berbual. Kan ? Rasa lemak lemak berkari masin dan pedas cukup ras, serius power terok. Satu bekas sos telur masin ni cuma berharga RM 2.50 je. 


Resepi Salted Egg
Marrybrown Malaysia

Sebagai tekak yang sangat cerewet dalam pemilihan makanan, kakak akui. Hidangan dari Marrybrown kali ni serius power terok. Wajib untuk korang cuba sebab hidangan ni ada kat semua outlet Marrybrown sehingga 28hb Februari je.

Sesekali tutup dapur dan pergi bercuti, perut tetap kenyang sebab ada Marrybrown. Hee~ Kakak happy, suami happy, anak-anak apatah lagi. Kemain suka.


Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke :




No comments:

Powered by Blogger.