CIRI-CIRI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN DI MALAYSIA

Sepanjang proses kakak mencari sekolah menengah yang terbaik ( in shaa Allah ) untuk Nur Aiman, banyak frasa baharu dengan pelbagai info yang sebelum ni kakak tak tahu - Terus ambil tahu. Rupanya ada banyak jenis sekolah yang ada di Malaysia termasuklah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Hee~ Sambil kakak membaca, sambil kakak berkongsi kat korang juga lah.


Sekolah Kluster Kecemerlangan adalah satu jenama yang diberikan kepada sekolah yang telah dikenal pasti cemerlang secara keseluruhannya termasuklah dari aspek pengurusan sekolah dan keputusan penilaian pelajar. Idea penganugerahan status Sekolah Kluster Kecemerlangan terkandung dalam Bab 9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ), yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Kewujudan Sekolah Kluster Kecemerlangan berdasarkan pendekatan kedua PIPP, iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.


Sehingga Julai 2014, sebanyak 291 buah sekolah telah diisytiharkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan sejak 30 Mac 2007.



SYARAT PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Bergantung kepada aspek kecemerlangan murid dan juga pihak pentadbir dalam memastikan :

  • Akademik
  • Kokurikulum
  • Sahsiah
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan
  • Keberkesanan pelaksanaan program KPM
  • Sekolah berwatak


KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER


Pemilihan Sekolah Kluster Kecemerlangan dibuat berdasarkan :


  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan ( SK ), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC ), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ( SJKT ) dan Sekolah Orang Asli.

  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ), Sekolah Menengah Teknik ( SMT ), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ( SMKA ), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya dan Sekolah Model Khas.

  • Sekolah Rendah Pendidikan Khas ( SPK ) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas ( SMPK ), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional ( SMPKV ).

  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institusi Pendidikan Guru ( IPG )


Pemilihan Sekolah Kluster Kecemerlangan perlulah memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Prasyarat Pertama
    • Pengukuran Standard Sekolah : Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia ( SKPM )

  • Prasyarat Kedua
    • Kecemerlangan Kurikulum Sekolah Menengah, Gred Purata Sekolah ( GPS ) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM tiga tahun berturut :
      • SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
      • SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
      • SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
      • SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
    • Kecemerlangan Kurikulum Sekolah Rendah
      • SR Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua matapelajaran dalam UPSR atau peratus kelulusan menunjukkan peningkatan atau GPS UPSR : 2.0 dan ke bawah.
  • Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut :

    • Penerimaan pencalonan
    • Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex
    • Penentuan standard (standard fixing) oleh Jawatankuasa Pelaksana Sekolah Kluster
    • Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
    • Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
    • Pengumuman oleh Menteri Pelajaran


IMPAK PENUBUHAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi :


  • Program Kecemerlangan Kokurikulum
  • Program Kerjaya
  • Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan ( holistic ) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
  • Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
  • Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
  • Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
  • Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa ( 3.1% daripada 9663 sekolah )
  • Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
  • Pemimpin berkualiti ( 3.1% daripada 9663 sekolah ) dan guru yang cemerlang ( 6.9% daripada 350,000 guru )
  • Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan pemegang taruh seperti PIBG, alumni, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.



1 comment:

  1. Fuh, memang hebat kalau dapat masuk sekolah kluster cemerlang ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.