15 MAY CAFE, KEDAI MAKAN PERTAMA BERKONSEPKAN PERKELAHAN DALAM PUSAT MEMBELI-BELAH
Asyik duduk rumah je, tak salah rasanya kalau sesekali beralih angin dan menikmati hidangan di luar dan kali ni kakak memilih 15 May Cafe yang terletak di MyTOWN Shopping Centre, Cheras untuk meneroka selera Korea yang dicanangkan sedap. Em. Sedap ke ? Hee~
Sedap = Subjektif dan kalau sedap pada tekak fusion kakak, tak semestinya sedap pada tekak Melayu korang. Di 15 May Cafe, mereka menghidangkan lebih 40 jenis makanan dan minuman bertemakan selera Korea dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan bersih sahaja bagi menjamin setiap hidangan mencapai kepuasan pelanggan.
15 MAY CAFE, MYTOWN SHOPPING CENTRE
Terletak di Tingkat 1, MyTOWN Shopping Centre, Cheras - 15 May boleh menempatkan 50 orang tetamu dalam satu-satu masa dengan hidangan yang pelbagai menepati selera rakyat Malaysia. Manakan tidaknya, Ramen dan juga Tteokbokki yang dihidangkan juga direka khusus mengikut lidah rakyat Malaysia.
Selain dari instaworthy kerana hasil dekorasi yang sangat menarik, 15 May Cafe juga mempunyai keunikan dari segi nama yang dipilih. Haa. Mesti korang tertanya kenapa kedai makan ini dinamakan dengan tarikh ? Unik bukan ? Hee~
Menurut https://www.timeanddate.com menerusi artikel yang bertajuk When Is International Day of Families 2022?, jelas memaparkan 15 May merupakan Hari Keluarga Antarabangsa yang telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1994 untuk meraikan kepentingan kekeluargaan, manusia, masyarakat dan budaya diseluruh dunia. Kiranya tahun ni masuk tahun ke 28, 15 May diraikan diperingkat antarabangsa.
Bertepatan dengan konsep yang ditawarkan pihak 15 May Cafe, suasana yang sangat santai dan menarik memberikan satu perasaan seronok sekiranya dapat berkumpul bersama keluarga dan orang tersayang.
Jom kita tengok makanan apa yang ada di sini !!
Pelbagai jenis kek dan pastri pun ada !! |
Sebenarnya !!
Ada banyak sangat makanan menarik dan jugak minuman yang patut korang cuba di 15 May Cafe ni, harga hidangan pun bermula dari RM 5.90 hingga RM 28.90 je. Memang berbaloi dari semua segi. Paling penting jangan lepaskan peluang untuk tangkap gambar disegenap sudut untuk dijadikan memori.
Untuk meraikan korang !!
Korang boleh guna promocode : PICNIC15AT
Dan nikmati diskaun 10% dari jumlah keseluruhan bil makan dan minum korang. Hee~ Pergi lah !! Dating dengan yang tersayang ataupun bawa keluarga menikmati hidangan yang mungkin bukan biasa dihidangkan dari dapur rumah.
Maklumat lanjut, korang boleh terus ke https://www.instagram.com/15may.cafe
No comments: