PORT BERKELAH ULU YAM UNTUK PEMINAT KEDAMAIAN SUNGAI, 7 BARANG WAJIB BAWA !!

Baru-baru ni sempatlah kakak dan Encik Suami menunaikan impian kedua anakanda untuk mandi sungai, bersantai, lepak lepak ala-ala camping tapi TAK !! Hahahaha~ Satu sudut beruntungnya jadi orang KL - Selangor ni, ada banyak hidden gem yang tak ramai orang tahu dan salah satunya port berkelah yang di Ulu Yam, Sungai Tua.


Hutlista 2, Ulu Yam


Nama Ulu Yam sangat familiar untuk pencinta air terjun dan hutan yang menghijau, kalau petik saja nama Ulu Yam pada pencinta alam sekitar - Pastinya berjela cerita boleh dijadikan bahan. Disebabkan Nur Aiman dan Nur Aina bukan country folks ini adalah langkah pertama kakak untuk ajar dorang hidup tanpa gadget serta internet.


HUTLISTA 2


Kami bertolak dari Bukit Jalil sekitar jam 7.30 pagi dan sepanjang perjalanan memang lancar, alhamdulillah. Kami tiba di Ulu Yam sekitar jam 8.15 pagi. Keadaan sangat lengang dan boleh dikira berapa biji kereta yang ada kat parkir. Untuk kali pertama ni, kakak rasa lokasi di Hutlista 2 lebih mesra kanak-kanak dan kurang bahaya sekiranya anak-anak dipantau dengan baik.

Ada bayaran masuk tau, pastikan korang sediakan wang kecil. Bayaran untuk berkelah / balik hari adalah seperti berikut :
  • Dewasa - RM 5.00 / kepala
  • Kanak-kanak - RM 2.00 / kepala
  • Parkir - RM 5.00 / kemasukan

Betul-betul rezeki Nur Aiman dan Nur Aina - Sepatutnya kanak-kanak dikenakan bayaran masuk sebanyak RM 2.00 / kepala tapi kali ni tak de bayaran untuk kanak-kanak. Kalau korang memang bertujuan sama macam kakak - Semata datang untuk berkelah, pihak Hutlista 2 akan minta terus ke Zon F. Kira memang jenis tebar tikar ikut selera kita dan enjoy lah sepuas hati sampai diarahkan keluar. Hahahaha~


Glamping Selangor


Sampai je memang tak sempat apa, terus terjun ke sungai. Review air sungai ? Hahahaha~ Cemana ? Dah nama pun air sungai yang mengalir dari bukit, confirm lah sejuk. Disebabkan tak ramai orang, memang kami bebas bentang tikar dimana yang kami mahu tanpa fikirkan social distancing.


Tempat Berkelah Di Selangor


Ha. Nampak tak tempat pembakar tu pun suci ya. Hahahaha~ Baru beli gais. Beli semata nak pergi berkelah ni. Harap-harap semangat berkelah ni berterusan sampai ke sudah lah. Jimat pun jimat, anak-anak pun seronok yang paling penting - Waktu terluang yang berkualiti. In shaa Allah.


Picnic Finger Foods


Tak over memang tak sah !! Dari ayam ke kambing ke cendawan ke daging oblong ke sosej - Semua ada. Hahahaha~ Tak sempat lapar, makan dan terus makan tapi dengan konsep bakar yang lebih sihat.


Barang Kelengkapan Berkelah


Disebabkan berkelah pada hari Sabtu dan hari Sabtu adalah hari yang kami, sebagai ibu dan ayam memberi pelepasan untuk anak-anak makan fast foods ; Hasilnya ini lah !! Maggi Tom Yam di Ulu Yam. Syahdu terok. Lepas mandi sejuk sejuk tu makan pulak makanan suam berkuah. Pehhhhhh. Melantun.


Hutlista 2, Ulu Yam


Kalau orang tanya.
"Ko pergi berkelah makan ape ?"

Nak jawab ape ? Ha. Segala benda makanan kami bawak dan tak boleh tinggal langsung Marshmellow dorang ni ha. Hahaahaha~ Benda memang ada kat rumah, bawa saja lah. Kalau dibiarkan kat rumah ntah bila nak habisnya pun tak tahu.




7 BARANG WAIJIB BAWA UNTUK BERKELAH


Kalau ikut common sense, mesti korang tahu barang apa yang perlu bawa dan tak perlu bawa tapi tak pe lah. Kakak list kan juga barang yang kakak bawa haritu sampai penuh satu bonet kereta. Hahahahah~

  • Plastik sampah
  • Tikar sebagai alas untuk korang lepak lepak tepi sungai
  • Makanan dan minuman secukup rasa
  • Duit kecil
    • Bayaran kemasukan
    • Beli eskremmmmmmmm !! Ramai gile pakcik Mat Kool ulang alik jual eskrem. Tak lengkap berkelah kalau tak de eskrem.
  • First aid kit
  • Pakaian untuk mandi dan tukar selepas mandi
  • Sabun mandi

Fasiliti kat sana memang lah tak tiptop mana tapi pada kakak, untuk berkelah seharian - Sangat ngam. Ada juga toilet untuk mandi atau salin baju cumanya kurang bersih lah. Kakak galakkan korang bawa sabun mandi sendiri bagi mengelakkan macam-macam perkara lain berlaku.

Gitu lah.


Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam


Mana tahu.
Ada rezeki boleh mula kumpul kelangkapan camping dan bermalam dalam khemah pula lain kali sebab kat Hutlista 2 ada campsite !! Teruja ? Ya !! Nanti kita try.


No comments:

Powered by Blogger.