4 CARA PESANAN MENU McDONALD'S UNTUK ORANG YANG SIBUK

Fuh !! Dia punya tajuk memang tak boleh bincang tapi mengikut pengalaman kakak sendiri yang sentiasa sibuk menguruskan anak-anak dan anak-anak pula memang menggemari hampir semua hidangan McDonald’s, kakak akui ciri baharu Order & Collect yang diperkenalkan oleh McDonald’s sangat memudahkan kerja kakak. Bukan itu sahaja, pesanan menjadi lebih pantas dan kakak tak perlu beratur di kaunter lagi.


McDonald's Near Me

Baru-baru ni kakak sempat sertai majlis perasmian ciri baharu Order & Collect yang terdapat dalam aplikasi McDonald’s yang membolehkan pelanggan memesan, membayar dan memilih bagaimana dan di mana mereka ingin mengambil pesanan secara terus.


Pelanggan boleh memilih untuk mengambil pesanan melalui EMPAT cara di restoran McDonald’s yang telah dipilih melalui cara :


  1. Bawa Pulang (Takeaway)

    • Tidak perlu lagi beratur di kaunter restoran setelah membuat pesanan melalui aplikasi yang telah dimuatnaik di telefon bimbit, hanya perlu mengambil pesanan di kaunter.

McDonald's Online Delivery


        2. Makan di Restoran (Dine-in)
    • Kita cuma perlu duduk di meja restoran dan buat pesanan melalui aplikasi McDonald’s. Masukkan nombor yang telah diletakkan pada meja dan tunggu sehingga krew restoran menghantar pesanan ke meja.

McDonalds Malaysia Menu
        
            3. Pandu-Lalu (Drive-Thru)
    • Buat pesanan awal dan ambil di restoran pilihan melalui kaunter Pandu-Lalu dalam tempoh dua jam selepas pembayaran. Ya !! Pesanan haruslah dibuat melalui aplikasi McDonald’s juga.

Status Halal McDonald's


        4. Pandu-Masuk (Drive-in)
    • Hanya letakkan kereta pada petak letak kereta yang telah disediakan, di hadapan restoran SEBELUM membuat pesanan melalui aplikasi di telefon bimbit. Pesanan akan disediakan serta-merta dan dihantar terus ke kereta pelanggan.

Order & Collect McDonald's

Pada kakak, keempat-empat cara yang disediakan oleh McDonald’s sangat memudahkan pelanggan dan mengurangkan kesesakan pelanggan di kaunter. McDonald’s Malaysia sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan yang tidak pernah putus.


Mencipta kemudahan untuk pelanggan samada di restoran, secara dalam talian mahupun melalui aplikasi McDonald’s dapat membantu menjimatkan masa dan membolehkan pelanggan memesan hidangan kegemaran dengan hanya beberapa klik. Pesanan akan disediakan serta-merta oleh restoran yang dipilih oleh pelanggan selepas pembayaran dibuat melalui Visa atau MasterCard.



McDonald's Online Delivery


"Perubahan pantas terhadap permintaan dan apa yang diharapkan pelanggan memerlukan syarikat-syarikat makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih tangkas, dan di McDonald’s, kami perlu bergerak pantas setanding dengan perubahan pasaran. Teknologi dan pendigitalan akan terus memainkan peranan penting dalam memacu perniagaan, dan kami akan memberi fokus dalam menyediakan pengalaman yang sentiasa dipertingkatkan dan bersesuaian dengan pelanggan kami, khususnya melalui aplikasi McDonald’s,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

Dilancarkan pada April 2018, aplikasi McDonald’s menjadi salah satu aplikasi yang sangat popular dikalangan pengguna telefon pintar di Malaysia dengan mencatatkan lebih sembilan juta muat turun melalui Apple Store dan juga Google Play. Ini membuktikan tawaran yang disedidisediakan oleh McDonald’s digemari tidak kira usia, apa jua keadaan dan di mana-mana sahaja. 

Khusus untuk pengguna aplikasi McDonald’s mulai sekarang hingga 6hb Mac 2022, korang layak menikmati ganjaran PERCUMA pada setiap minggu apabila korang berbelanja serendah RM 25.00 untuk Order & Collect melalui Visa. Best kan ?

Ambil peluang untuk muat turun aplikasi McDonald’s melalui Apple Store atau Google Play sekarang !! Ada bannnnnnnnnyak tawaran menarik yang pasti mampu memenuhi selera korang.



No comments:

Powered by Blogger.