Bila zaman serba atas talian, perkara paling penting adalah memastikan kad debit sentiasa bernyawa dan tidak tamat tempoh. Hee~ Kalau tamat tempoh jawabnya terbantut semua kerja termasuklah urusan kerja. Disebabkan kakak baru alami perkara ni, marilah kakak kongsikan cara tukar kad debit secara online, tanpa perlu beratur di kaunter.
Kakak ingat sebulan sebelum tamat tempoh kad adalah waktu yang sesuai untuk tukar kad, maka - Memang sesungguhnya kakak tunggu sebulan sebelum lah. Rupanya SALAH besar dan banyak kerja kakak tertangguh.
CARA TUKAR KAD DEBIT MAYBANK SECARA ONLINE
Musim yang sepatutnya kita kurangkan berinteraksi dengan orang sekaligus membuatkan kakak memilih untuk berurusan secara online termasuklah tukar kad debit Maybank. Bukan saja tempahan melalui online, kad pun akan dihantar terus ke alamat yang kita isi nanti. Maybank pun ada keluarkan kenyataan semua kad debit Maybank boleh ditukar secara dalam talian kecuali kalau kad kita hilang / dicuri ataupun terlupa nombor PIN.
2. Pergi ke SETTINGS
3. Pergi ke CARDS
4. Pergi ke Manage Debit Cards dan pilih Debit Cards - Replace, Activate & Block
5. Tekan tiga titik ( ... )
6. Pilih REPLACE CARD
7. Lengkapkan alamat untuk tujuan penghantaran kad baharu.
Hee~ Nais !! Maksudnya korang dah klik butang REPLACE tu kan ?
Nanti, Maybank akan hantar SMS TAC dan masukkan TAC Number pada ruang yang telah disediakan. Selesai. Mudah kan ? Tak payah nak bersesak dan jumpa orang ntah sape-sape lagi. Semua urusan dihujung jari.
Kalau ikut apa yang Maybank kata, kad baharu akan dihantar dalam tempoh SEMBILAN hari bekerja dari tarikh permohonan cumanya kalau boleh apply awal lah takut nanti jadi macam kes kakak - Agak lama menunggu kad baharu sampai di alamat, sehingga mengganggu urusan kerja yang lain. Lebih awal lebih selamat, gittew.
Bila kad baharu dah sampai, korang kena aktifkan kad tersebut kat ATM dalam tempoh 90 hari selepas terima. Kalau korang tak sempat buat dalam tempoh 90 hari ni, korang kena buat kad baharu yang lain dan cas RM 12.00 akan dikenakan.
Semoga entri ni bermanfaat.
Korang ada pengalaman tukar kad debit secara online ?
Ada pengalaman tak best ?
maksud active kan tu macammana ya? hehe sorry kurang faham pulak .
ReplyDelete