FESTIVAL MAKANAN SEDUNIA 2022 LULU, MENGHIMPUNKAN LEBIH 200 JENIS MAKANAN

Sekali lagi, LuLu Hypermarket menganjurkan Festival Makanan Sedunia Musim Pertama untuk tahun 2022 yang telah berlangsung dari 24hb Februari 2022 hingga 09hb Mac 2022 yang menawarkan pelbagai promosi menarik terutamanya makanan sedia dimasak, makanan kering dan juga pelbagai makanan basah yang menjadi kebiasaan untuk inventori barang dapur setiap rumah.


Blogger Malaysia


Sebagai Pengurus Rumahtangga, kakak menggambil tanggungjawab untuk memenuhkan peti sejuk kat rumah disamping mengambil peluang memanfaatkan minggu gaji Encik Suami. Hahahaha~ Dia macam ; "Gajimu, Gajiku Jua". Disebabkan festival ni berlangsung pada minggu gaji, kakak dapat jimat banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat.


KARNIVAL MAKANAN SEDUNIA 2022


Festival Makanan Sedunia 2022 anjuran LuLu Hypermarket ni berlangsung di semua cawangan termasuklah LuLu Hypermarket Kuala Lumpur ( Capsquare ), LuLu Hypermarket 1Shamelin Mall, LuLu Grocer Amerin Mall dan LuLu Hypermarket Setia City Mall dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Susunlah jadual perjalanan bagi mengelakkan kesesakan diperjalanan.

Menjadi kewajipan kakak kalau ke LuLu, stok makanan basah memang tak pernah tinggal. Rasa puas bethol membeli.


LuLu Hypermarket Promo

Barang Dapur Murah KL

Kacang Bijak Murah


Ada banyak promosi menarik antaranya :

  • Milo Activ-Go 2kg = RM 29.90 ( NP RM 40.70 )
  • Kopiko Brown Coffee 24 x 25g = RM 9.95 ( NP RM 12.90 )
  • Koko Krunch 330g = RM 8.95 ( NP RM 12.30 )
  • Danisa Butter Cookies 454/500g = RM 14.88 ( NP RM 22.70 )
  • SunFlower Pure Basmathi Premium 5kg = RM 35.50 ( NP RM 60.00 )
  • Ladys Choice Chocolate Stripe Peanut Butter 350g = RM 10.90 ( NP RM 14.55 )
  • Hwa Tai Biscuit Golden Assorted 525g = RM 6.99 ( NP RM 9.50 )
  • Maggi 2-Minte Curry 5 x 75g = RM 3.50 ( NP RM 4.80 )
  • First Spicy Chicken Sticks 420g = RM 9.99 ( NP RM 12.90 )
  • Ramly Burger Lembu 420g = RM 6.29 ( NP RM 7.45 )
  • Campbell's Creamy Chicken Mashroom 300g = RM 3.99 ( NP RM 5.20 )


Promosi LuLu Hypermarket 2022

Pemborong Ayam Murah Selangor

Barang Dapur Murah KL


Kakak ada terima soalan dari kenalan di Instagram, soalannya berbunyi :
"Mna lagi murah? XXX atau Lulu?"

Masa ni memang kakak tertawa kecil. Hee~ Secara keseluruhan, ya. Kakak tetap suka dan selesa dengan LuLu dari segi environtment serta harga. Selesa memang tahap yang kakak rasa selesa sebab jarak antara rak sangat luas dan bersih. Barang pun tersusun elok dengan label pada setiap rak. Sangat memudahkan pencarian juga menjimatkan banyak masa.

Paling menyeronokkan, LuLu selalu sangat buat jualan murah. Kat situ je belanja dapur kakak jimat berganda. Seronok.


Promosi LuLu Hypermarket KL

Coklat Hantaran Murah KL
Korang tau tak LuLu merupakan lubuk jajan ? Hahahaha~ Harga yang ditawarkan lebih murah berbanding jenama pasaraya terkemuka lain. Tak percaya ? Try lah.


Terlampau banyak tawaran yang disediakan, sedar tak sedar hampir penuh troli dengan makanan saja. Bukan semata INI - Korang kena cuba beberapa makanan siap masak yang menjadi tarikan utama Festival Makanan Sedunia 2022 anjuran LuLu Hypermarket ni. 


Ayam Bakar Murah KL

Buffet Ramadhan 2022 Kuala Lumpur


Antara makanan panas yang tersedia untuk korang cedok - timbang - nikmati di semua cawangan LuLu Hypermarket adalah :
  • Biryani 300g = RM 6.70 ( NP RM 10.00 )
  • Chicken Machboos 500g = RM 8.94 ( NP RM 10.00 )
  • Ayam Golek Lada Hijau Malabar = RM 12.99 ( NP RM 14.50 )
  • Snacks Broasted Chicken Combo 1Pcs = RM 9.49 ( NP RM 12.99 )
  • Spaghetti Bologonise 500g = RM 8.94 ( NP RM 10.00 )


BELANJA RM 50.00 DAN TEBUS BAUCAR TUNAI RM 25.00


Seronoknya membeli-belah di LuLu, hampir setiap bulan akan ada promosi untuk meraikan pelanggan yang menyokong LuLu selama mereka bertapak di Malaysia. Kali ni, LuLu buat promosi setiap perbelanjaan RM 50.00 dalam satu resit, korang boleh tebus baucar RM 25.00 lagi untuk belanja nanti-nanti.

Baucar RM 25.00 yang korang dapat tu boleh digunakan untuk perbelanjaan seterusnya pada setiap perbelanjaan bernilai RM 100.00, korang boleh guna sekeping. Tawaran baucar ni sah sehingga 20hb Mac 2022.

Best kan ?
Maklumat lanjut tentang promosi LuLu ada pada link di bawah :




No comments:

Powered by Blogger.