COOLBLOG THE INDULGENCE KEMBALI DENGAN FLAVOUR BAHARU

Coolblog The Indulgence Kimbali Dengan Flavour Baharu - Sensasi minuman kegemaran rakyat Malaysia kini kembali lagi dengan perisa baharu yang lebih sedap dengan pelbagai pilihan topping mengikut kesesuaian selera penggemar minuman jenama Coolblog ini.


Coolblog Near Me

Masih mengekalkan tanda aras rasa eksklusif, Coolblog dengan jayanya kembali dengan siri The Indulgence yang lebih pelbagai. Kakak sempat menjadi antara yang terawal menikmati siri The Indulgence ni dan kakak suka !! Semuanya kena dengan selera dan sangat nyaman dinikmati bila-bila masa.


Siri The Indulgence yang pernah popular sebelum ini dengan tiga flavour iaitu Lattecino Indulgence, Choctiramisu Indulgence dan Triple Coffee Indulgence - Coolblog telah memperkenalkan Cream & Cookies Indulgence baru-baru ini yang pastinya berdiri sama popular dengan tiga flavour lain sebelumnya.


Coolblog Menu

Rasa yang lemak-lemak manis dengan pilihan topping Lotus Biscoff Crumbs, Cheese Mouse dan sos Caramel mengikut citarasa, pastinya siri ini bukan sekadar penyedap mata ( Sebab cantik sangat !!!!!!! ) malah ia juga sedap pada tekak. Hee~ Sebagai peminat kopi - Kakak tetaplah jadikan Triple Coffee Indulgence nombor satu dan lain-lainnya nombor dua, tiga dan empat.


Siri The Indulgence ni dah ada kat semua cawangan Coolblog di seluruh Malaysia dengan harga mampu beli iaitu :

  • Lattecino Indulgence : RM 9.90 ( 500ml )
  • Choctiramisu Indulgence : RM 10.90 ( 500ml ) dan RM 11.90 ( 700ml )
  • Triple Coffee Indulgence : RM 10.90 ( 700ml )
  • Cream & Cookies Indulgence : RM 10.90 ( 500ml ) dan RM 11.90 ( 700ml )

Biscoff Coolblog
Coolblog The Indulgence

Nak jadi lagi seronok, kat Coolblog sekarang dah ada makanan ringan juga !! Hee~ Kalau sebelum ni ada minuman sahaja, kan ? Kini dan ada waffle !! Nak mix and match dengan promosi kalini, waffle pun didatangkan dengan Salted Caramel spread yang lemak masin manis. Sangat sesuai disuai padan dengan siri The Indulgence.

The Indulgence

Gebu.
Lemak.
Manis.
Masin.
Satu tak cukup. Hee~

Menu Baru Coolblog

Sebenarnya kan, sambil kakak minum dan nikmati siri The Indulgence dari Coolblog ni kan - Kakak terdetik. Kalau lah korang tak reti nak cari hadiah until kawan-kawan atau orang tersayang, korang boleh je belikan siri The Indulgence ni sekali dengan waffle dan jadikan ia sebagai hadiah. Kan ? Packaging pun cantik, pink, rasa semua manis-manis, semua orang suka benda manis kot. Hee~ Okay !! Thank me later !!

Dapatkan siri The Indulgence ni kat semua cawangan Coolblog berhampiran korang !!



LAMAN WEB   |   FACEBOOK   |   INSTAGRAM   |   YOUTUBE   |   TWITTER

No comments:

Powered by Blogger.