SERU CINTA, OST FILEM MAR RAK. MEREMANG BULU TENGKUK!!

Muzik video lagu 'Seru Cinta' terbitan Atif Aby Studio and Entertainment menampilkan Kael, Shatira Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James yang juga merupakan pelakon utama filem Mar Rak sebagai penyanyi dalam OST ini. Menariknya, lirik lagu 'Seru Cinta' ini dihasilkan sepenuhnya oleh Dato' T.S.Jeffery yang diinspirasikan khusus untuk filem Mar Rak yang berkisar percintaan sehingga terpaksa menggadai nyawa.
@itsatie_ Filem seram thriller yang akan ditayangkan di pawagam pada 02hb November 2023 nanti. Korang dah tengok triller ? Seram tak ? Hee~ Mar Rak : Cinta Perlukan Pengorbanan Nyawa #serucinta #filemseram #filemserammalaysia #filemserammelayu ♬ original sound - Atie


FILEM MAR RAK


Pentas Wayang Production Sdn Bhd muncul dengan filem Mar Rak arahan dari pengarah filem, pelakon dan penerbit yang namanya tidak asing lagi dalam industri seni tanah air Malaysia, Dato' T.S.Jeffery, yang juga merupakan pengarah dalam filem ini. Filem Mar Rak yang bergenre seram thriller ini merupakan idea dan cerita asal serta olahan skrip oleh Dato' T.S.Jeffery sendiri manakala skrip asal oleh Adza Waty dan Adza Emie.


Official Sound Track (OST) Mar Rak ini akan disiarkan secara rasmi disemua platform media sosial Pentas Wayang Production Sdn Bhd dan Metrowealth.


LIRIK OST MAR RAK


Utusan demi utusan ku terima
Coretan nukilan tulus dari jiwa
Luahan rasa yang penuh bermadah
Terkulai diri menatapnya

Hati yang berdetik madah bagai terkunci
Tak mampu melafazkan yang tersirat dihati
Hidup terkadang indah bagai bulan purnama
Kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana

Seandainya kita di takdirkan bersama
Kuserahkan seluruh jiwa dan raga
Segala rintangan yang menghalangi cinta kita
Terhapuslah kewujudannya dari sealam maya

Seandainya aku diberi kesempatan
Kan ku cuba melemahkan seru yang bertandang
Warkah yang diutus bersama mentera jiwa
Hanya pada Tuhan tempat ku meminta


SINOPSIS FILEM MAR RAK


Mar Rak berkisar mengenai cerita Menora Siam tahun 80-an hingga 90-an dimana ia digambarkan tentang percintaan hero dan heroin melalui surat sahaja tanpa diketahui sesiapa. Dalam waktu yang sama anak tauke Menora yang berketurunan cina juga turut menyukai hero keturunan Siam ini. 

Sejarah Tarian Menora

Marah akibat cintanya ditolak, gadis tersebut mula mendapatkan bantuan bomoh hitam Siam bagi menjayakan hasratnya untuk memiliki hero. Kerja jahat ini dilakukan menerusi surat. Dalam mendapatkan cintanya, gadis ini sanggup membunuh bagi memastikan impiannya tercapai. Pelakon Terlibat :
  • Kael sebagai Krasem
  • Shatirah Amanda sebagai Rashidah
  • Nina KSC sebagai Ai Ling
  • Dyvianna James sebagai Sally
  • Dalip Singh sebagai Chua Ting
  • Aghonderan sebagai Mohan
  • Erry Putra sebagai Bapa Rashidah
  • Zalfazain sebagai Ibu tiri
  • Asri Ismail sebagai Tok Ibrahim
  • YY Asri sebagai adik Rashidah
  • Man Khan sebagai Tok Imam
  • Yank Kassim sebagai Tetamu
Pengarah Filem & Penerbit : Dato’ T.S Jeffry
Terbitan : Pentas Wayang Production Sdn Bhd

Filem Seram Melayu


1 comment:

  1. Nampak menarik filem ni. Tak sabar nak tunggu 2 November. Boleh pergi tonton. And bait-bait lirik nya pun sangat mendalam

    ReplyDelete

Powered by Blogger.