SELEBRITI POPULAR SOKONG PERNIAGAAN TEMPATAN DI SHOPEE LIVE
Selebriti tanah air menggunakan populariti mereka untuk menggalakkan jutaan rakyat Malaysia yang menonton strim langsung Shopee Live Skuad Stylo, bersiaran setiap jam 8 malam, menyokong perniagaan tempatan, dengan menunjukkan kualiti produk buatan tempatan dan turut memberi testimonial tentang bagaimana mereka menggunakan produk tersebut dalam kehidupan seharian.
Antara selebriti popular adalah Nabila Huda yang merupakan pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) menerusi lakonannya dalam Makrifat Cinta dan Fara Nadiah yang menceburi bidang lakonan sejak kecil lagi selain terkenal dengan filem Irama Kita. Mereka antara barisan selebriti popular selain Sherry Alhadad dan Dato' Seri Vida yang aktif mengajak peminat menyokong perniagaan tempatan sejak September lalu. Ini menjadikan Shopee Live Skuad Stylo meraih 2 juta tontonan serta hampir 850,000 “Add to Cart” sejak mula bersiaran pada 5 September lalu.
“Produk buatan tempatan mempunyai rekaan yang cantik dan dihasilkan oleh bakat mahir tempatan,” kata Nabila ketika berganding dengan pengacara Zaiton Khalid dalam mengendalikan Shopee Live Skuad Stylo pada 26 September lalu. Pada strim langsung itu, Nabila turut mempergayakan tudung jenama tempatan Heejab dan Theselamah bagi menunjukan keselesaan dan kualiti kain kepada penonton.
Sementara itu, Fara, yang cekal mencipta nama dalam industri seni sejak kecil memahami setiap penjual tempatan memerlukan platform tepat seperti strim langsung dan sedikit pendedahan untuk memperluaskan kecapaian perniagaan mereka. “Saya suka membeli-belah di dalam talian untuk barangan seperti kasut, aksesori, penjagaan kulit dan juga perabot. Saya dapati produk yang dijual di Shopee berkualiti tinggi," katanya.
Ketika strim langsung pada 2 Oktober lalu yang dikendalikan bersama pengacara Sarancak (Sara Zulkifli), Fara turut menekankan kualiti dan harga mampu milik produk buatan tempatan, seperti jongkong emas 999.9 jenama Masdora. Pelakon ini juga menyedari penjual wanita di Shopee membantu menaikkan wanita lain dalam komuniti mereka: “Menjual dalam talian memudahkan wanita terutamanya suri rumah kerana mereka boleh menguruskan perniagaan sambil menjaga anak. Mereka adalah contoh peranan kepada penjual lain,” kata Fara yang mempunyai 159,000 pengikut di Instagram.
No comments: