PAMERAN ULANGTAHUN KE-20 ANIMASI NARUTO TV DILANCARKAN DI KUALA LUMPUR
Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia yang dinanti-nantikan para peminat siri anime NARUTO telah dilancarkan Pavilion Bukit Jalil pada hujung minggu lepas, menandakan pelancaran hebat yang menghidupkan siri anime ikonik itu.
Acara tersebut dilancarkan oleh Mohamed Amin bin Yahya, Pengarah Kanan, dan Jeffri bin Munir, Timbalan Pengarah Kanan Domestik & Acara, di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan bersama-sama barisan media, penganjur, dan rakan kongsi. Pameran ini meraikan sambutan dua dekad siri anime NARUTO, dan menghimpunkan para peminat siri anime tersebut, muda dan tua, dari seluruh Malaysia.
2O TAHUN BERSAMA NARUTO
Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-20 siri anime NARUTO, para peminat NARUTO dari seluruh Malaysia hadir memakai pakaian yang mengambil inspirasi daripada watak kegemaran mereka. Kehadiran para peminat disambut oleh Kurama, Rubah Sembilan Ekor, salah satu watak paling berkuasa dalam siri tersebuti – is menjagi tempat bergambar yang sukar untuk dilepaskan untuk peminat yang melawat pameran.
Kurama, Rubah Sembilan Ekor, yang terletak di pintu masuk Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia |
Selain dapat menyaksikan persembahan istimewa Wadaiko (gendang Jepun) semasa acara pembukaan, para peminat yang hadir juga dapat menikmati peluang untuk menjadi kumpulan yang terawal di Malaysia untuk memasuki kawasan pameran; ini menandakan populariti dan pengaruh budaya Jepun yang semakin meningkat di Malaysia.
Persembahan Wadaiko: Rasai degupan jantung Kampung Daun Tersembunyi! |
Menyelam ke Alam Ninja: Para tetamu memulakan pengembaraan maya yang menggembirakan melalui Permainan VR NARUTO X BORUTO |
Pameran ini memberi peminat peluang untuk membayangkan semula lapan adegan ikonik, menghidupkan semula semangat ninja melalui kesan cahaya dan bunyi yang menakjubkan. Peminat juga dihiburkan dengan lawatan selama 45 minit ke 21 zon tema ikonik anime NARUTO di kawasan pameran seluas 10,000 kaki persegi.
BUTIRAN TIKET
Tiket boleh didapati secara dalam talian atau di pintu hadapan pameran, bermula dari RM68 atau RM98 untuk pakej (Tiket Pameran + Tiket VR). Tiket untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh didapati pada harga RM28 atau RM48 untuk pakej (Tiket Pameran + Tiket VR). Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan tiket, sila klik sini.Harga yang tertera tidak termasuk yuran tempahan sebanyak RM4.
Pameran ini dibawakan kepada anda oleh Biz Trends Media, MMIC Entertainment Group, Sozo, I am Start Entertainment, Pavilion Bukit Jalil, dan Book My Show dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Malaysia) dan rakan kongsi, yang termasuk:
- Rakan Kongsi Media: TV9, TV3, 8TV, FlyFM, 8FM, Tonton
- Rakan Kongsi Hiburan: TikTok
- Rakan Kongsi Percutian: Klook
- Rakan Kongsi Minuman: Liquid Marketing
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://my.bookmyshow.com/e/N20EXMYS atau hubungi mmic_entertainment@outlook.com
No comments: