[ REVIEW ] GARLIC MAYO SERIES BURGER KING, BURGER YANG DITAKUTI PONTIANAK

[ REVIEW ] Garlic Mayo Series Burger King, Burger Yang Ditakuti Pontianak - Kalau korang peminat bawang putih mesti korang kagum dengan menu baharu yang dipertaruhkan Burger King kali ini. Kenapa ? Hahahah~ Sebab bahan utamanya adalah bawang putih.

Kapsul Bawang Putih

Dilancarkan pada awal bulan Oktober 2023 haritu, sempatlah i cuba sebab nak sangat rasa kelainan yang ditawarkan. Adakah lurve atau sekadar hype dari influencers. Nampak tak betapa i skeptikal pada review-review yang berlegar di media sosial.

Okeh !!

Burger King menyediakan tiga jenis burger, kentang goreng dan nugget. Apa yang istimewanya ? Haa. Sudah tentulah SOS GARLIC MAYO yang lemak lemak masam berperisa bawang putih. Peh !! Disebabkan i peminat bwang putih dan kebanyakan menu yang i masak, akan ada bawang putih - I suka lah.

Burger King Malaysia

GARLIC MAYO WHOPPER - 9 / 10
  • Burger sebesar muka ? Ya !! Burger klasik dari Burger King dengan 100% daging lembu lembut dan juicy ditambah dengan lelehan Garlic Mayo memang satu kelainan yang sangat berani. Tak menjejaskan rasa daging sebaliknya sensasi bau bawang putih sangat ngam. Kelebihan Whopper Burger King ni - Habis satu dia, kenyang menyandar. Makanan lain tak berusik. Hahahaha~

Menu Baharu Burger King

GARLIC MAYO CHICK'N CRISP - 8 / 10
  • Saiz burger dia memang tak boleh bincang. Tebal dan mengenyangkan. Kena nganga besar untuk muatkan satu gigitan. Hahahaha~ I suka jugak sebab daging ayam sangat lembut cumanya kalau guna daging lembu lagi i suka. Dah nama pun Garlic Mayo Series, memang ada lah Garlic Mayo kat dalam tu. Tak sama dengan Whopper, Chick'N Crisp ni ada hirisan bawang goreng yang rangup. Haish. Sedap !! I suka bunyik krup krap semasa mengunyah.

Garlic Mayo

GARLIC MAYO TENDERCRISPS - 10 / 10
  • TERPALING i suka !! Kunyah sambil pejam mata memang feel terok !! Cara dorang padankan hirisan bawang putih, Garlic Mayo dan isi ayam lembut pedas memang power !! Tak tau cemana nak explain tapi i memang TERPALING suka yang ini. Cukup pedas, cukup lemak, cukup bawang putih. Setiap ringgit rasa berbaloi.

"Bawang putih hiris tu tak soggy ke ?"

Jawapannya TIDAK kalau lepas korang dapat je hidangan ni dan korang terus makan. Kalau biarkan sejuk mungkin akan soggy lah. Itu i tak dapat confirm kan sebab i dapat je hidangan ni, i terus melantak tak toleh kiri kanan dah. Hahahaha~

I faham je selera anak tekak kita semua berbeza dan subjektif, tapi untuk menu Burger King kali ni - I suka. Korang jangan lah ikut selera i bulat-bulat melainkan korang memang suka bawang putih dan tak kisah untuk kunyah bawang putih segitu-gitu.

Disebabkan menu ni akan ada kat Burger King sehingga bulan November 2023, YA. I okay je untuk repeat dengan saiz dan nilai yang dipertaruhkan ;)

No comments:

Powered by Blogger.