KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH

August 05, 2015

Daun Belalai Gajah / Sabah Snake Grass atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans (Burm.F.) Lindau, sedang hangat disebut-sebutkan kerana ia dikatakan boleh merawat pelbagai penyakit kanser seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru, kanser uterus, darah tinggi, asid urik tinggi, kencing manis, pesakit dialisis, buah pinggang dan banyak lagi..


walaupun tidak ada bukti secara saintifik tetapi telah ada pesakit kanser yang telah sembuh / kesihatan bertambah baik setelah mengamalkan makan / minum Daun Belalai Gajah ini.. korang mungkin tak tahu tumbuhan hiasan yang selama ini ditanam di kawasan rumah sebenarnya adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.. pffftttt-- serius.. kakak pernah jumpa tapi tak tau plak khasiat daun nih.. so, buat donno jek laa.. hee~



tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman.. daun ni telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia..




nih la dia..
cantikkan ?
familiar sangat lah !!




bila tengok banyak kali..
awak ni macam daun kesom !!
hee~



daun ajaib..

KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH



Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.. menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik.. fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan..



sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.. kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik..



menurut Pengarah Urusan Tenaga Jati Bumi, Norsham Abas, SSG telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksida yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia..



"kelebihan daun belalai gajah sudah lama diketahui oleh orang ramai.. dahulu, daun itu hanya dijual dalam bentuk yang asalnya dan pengidap kanser perlu memakan daun itu sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.. ia tentu sukar terutamanya di kalangan mereka yang tidak biasa memakan sayur atau ulam selain daun ini sukar diperoleh di semua tempat.."



selain dari daun belalai gajah, betik, biji aprikot, serai atau apa saja jenis sayur mentah dan buah-buahan boleh merawat penyakit KANSER.. besarnya kuasa Allah SWT bukan.. dijadikan pelbagai bahan disekliling kita sendiri untuk merawat pelbagai penyakit.. 



dah tu sekarang ni pelbagai teknologi yang membuatkan kita tak payah nak kunyah dedaun gini.. hee~ kakak tengok banyak kapsul Daun Belalai Gajah yang ada kat pasaran.. haa.. cuba carik kat mana-mana farmasi dan pastikan ada pengesahan dari KKM ya sebab ubat pun dah ada yang tiruan sekarang ni..




You Might Also Like

0 comments

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS