TEKNIK POTTY TRAINING KURANG DARI 7 HARI

September 11, 2015

Pergh-- Mula tu pun kakak rasa macam ye tak ye jek.. Mimpi disiang hari gamaknya.. Hahaha~ Tapi nak tak nak memang nak kena mulakan untuk #CEOaina nih.. Dah lajak jauh dah umur dia haa.. #CEOaiman dulu belum masuk 3 tahun Encik Suami kakak dah berjaya ajar aiman jauhkan diri dari lampin pakai buang.. Tsk-- Tercabar ke tak pun tak tau nih sebab tak de pengalaman pun haa..

Sebab tu kakak nak share 3 TEKNIK POTTY TRAINING KURANG DARI 7 HARI.. Gigih ko nak hadap 7 hari tu ? Hahahah~


Dan harini merupakan hari pertama #CEOaina menjalani proses potty training.. Hahahah~ Semoga kakak bertabah dan tak mudah marah..

TIPS 1 : JANGAN GUNAKAN LAMPIN
  1. Dalam proses ni, kita kena bagi tau anak bahawa kita sedang jalani satu proses iaitu TANPA LAMPIN.. Pada awalnya akan berlaku beberapa reaksi pada anak seperti : air muka terperanjat ataupun takut-takut..
  2. Bila terjadinya situasi "terlepas", jangan mudah melenting ye.. Hahaha~ Senyum dan bagi tau elok-elok kat anak apa yang perlu dibuat kalau ada 'rasa' nak buang air kecil / air besar.. Jangan tunjukkan muka bengis, marah dan berputus asa kepada anak..
  3. Sebagai persediaan awal, segala carpet atau tikar yang cantik-cantik, sila simpan untuk memudahkan proses pembersihan segala kotoran.. 
  4. #CEOaina : Ya.. Tak berlampin dan ter--kucil kat kedai masa tengah pilih-pilih cokelat.. Hahahaha~ Kakak senyum jek la.. Nak marah ? Tengok muka sedih dan terkejut dia pun dah kesian.. Ni kan nak marah.. Oh !! Tak sampai hati..

TIPS 2 : TETAPKAN MASA
  1. Tetapkan masa setiap 15 minit.. Ajak anak ke tandas untuk buang air kecil.. Untuk meransangproses pembuangan, ajar anak mencangkung, basahkan kemaluan dengan air dan membuat bunyian seperti "shhhh--".. Kalau 15 minit tu tempoh yang terlampau singkat, bpleh jek kalau nak panjangkan 20 - 30 minit mengikut kesesuaian masa anda..
  2. Walaupun anak tak membuang pape kat tandas, tak pe.. Biarkan jek dan lakukan proses nombor satu tadi sambil mengambil sedikit peluang untuk mengajar anak adab ke tandas seperti masuk tandas dengan kaki kiri, membaca doa masuk dan keluar tandas dan keluar dari tandas dengan kaki kanan..
  3. Lakukan dalam keadaan gembira dan tak marah-marah ye sebab kalau kita happy, anak happy, proses potty training tidak akan ada stress dan cepat berjaya.. Haa.. Nak cepat berjaya kena chill.. TAU !!
  4. #CEOaina : Kakak tetapkan 20 minit sekali.. Ya.. Aina ni jenis leka sikit sebab tu setiap kali sampai masa, kakak kena tegur dan ingatkan.. Hee~ Kadang tu dia tak nak ke tandas.. Adoi.. Nasib Aiman ade.. Hahaha~

TIPS 3 : BERIKAN GANJARAN
  1. Ajar anak 'bermain' dengan ganjaran sebab kanak-kanak lebih teruja untuk melakukan sesuatu perkara sekiranya ada ganjaran.. Ganjaran untuk usaha adalah sangat penting untuk menyuntik semangat bertanggunjawab dalam diri anak.. Haa.. Lebih banyak penghargaan dan ganjaran yang diberikan makin cepatlah USAHA itu membuahkan hasil..
  2. Antara elemen ganjaran yang selalu dipraktikkan di serata dunia ialah dengan menampalkan pelekat ( sticker ) bintang kejayaan.. Buatkan satu jadual latihan ke tandas yang berwarna-warni untuknya.. Tampalkan di dinding rumah dan tuliskan di bahagian headline “ BERJAYA !!” ( Contoh : Aina BERJAYA !! ).. Setiap kali anak keluar dari tandas, bacakan headline tersebut dengan nada yang gembira.. Lihat wajahnya, dan anda akan dapati dia tersenyum bangga melihat kejayaannya..
  3. Ajak anak ikut sama tampal sticker kejayaan diatas jadual dan katakan padanya, sekiranya sticker itu penuh sampai ke hujung, ibu akan beri hadiah yang disukainya.. 
  4. Yakin dengan kesabaran dan konsistensi mengajar anak serta keyakinan dan kepercayaan terhadap kemampuan anak proses ini akan berjaya dan barangkali lebih cepat daripada jangkamasa yang ditetapkan.. Haa.. Syok kan ?
  5. #CEOaina : Nak repeat pergi Lost Wold Of Tambun.. Ya.. Selesai jek proses ni.. Dengan izin Dia.. Kami akan ke sana lagi.. Hee~



You Might Also Like

0 comments

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS