PETUA BANYAKKAN SUSU IBU SECARA SEMULAJADI

by - November 13, 2015

nah !! 100% semulajadi dik !! tak de supplement ke ubat sintetik ke hape bagai.. cuma korang nak tak nak jek la amalkan.. sebab bila cakap pasal bahan alami ni mula la ade yang bersuara nanti "ala.. payah la nak telan.. dah tu tindakbalas lambat plak tu.."




haa.. kalau gitu.. awal-awal lagik niat dah lain macam, tak payah la teruskan pembacaan ya.. hee~ mana yang nak tau jek.. kalau dah tau tu, senyum jek la.. kasik support sket.. eh.. eh.. 



1 : DAUN PUCUK MANIS


  • gilingkan daun pucuk manis sampai halus lepas tu tampal kat keliling payudara pada waktu pagi.. tapi basuh la sampai bersih ye kalau nak menyusukan baby..
2 : KACANG TANAH
  • kandungan protein + zat besi + vitamin E + kalsium + vitamin B + fosforus yang tinggi.. memang sesuai la untuk proses penghasilan susu ibu.. nak lagik best ? amalkan bersama susu kambing..
3 : LONGAN KERING
  • ambil segenggam longan kering dan basuh.. rebus dengan 3 cawan air ( lebih kurang ) sampai kembang.. minum.. amalkan la ye.. lagi ngam kalau korang jadikan minuman harian gantikan air masak..
4 : DAUN SIREH
  • ratakan minyak kelapa atas daun sireh lepas tu layurkan atas api kecil.. sampai layu.. tunggu sejuk sikit lepas tu boleh tuam kat bahagian payudara..
5 : HALBA / JINTAN HITAM
  • sesudu halba / jintan hitam dibersihkan.. tuangkan air panas dan rendam la dalam sejam dua.. kemudian tapis dan minum airnya..
6 : SUSU
  • jadikan rutin.. sekurang-kurangnya 4 gelas sehari..
7 : LOBAK PUTIH
  • kisar dan minum airnya.. hee~ tak lalu ? okay.. kita masak tumis.. ala.. macam masak tumis air tu.. makan dengan nasik panas.. sedap !!
8 : NASI PANAS + HALIA MUDA + AIR ASAM
  • makan nasi putih panas-panas berlaukkan halia muda yang ditumbuk dan dicampurkan dengan air asam.. pfffttt-- sedap.. hee~ meleleh air liur..
9 : DAUN BETIK MUDA
  • pilih daun yang muda kemudian basuh bersih dan di rebus empuk.. dah elok empuknya ? haa.. minum air rebusan tu plak.. 3 kali sehari dah cun..
haa.. tak semua petua kat atas tu berjaya tau.. kena la try and error untuk tau keberkesanan petua tu.. tapi korang kena faham tau.. buat la ape petua ke pemuda ke kalau korang tak amalkan konsep "supply and demand", air susu tetap susah nak memancut keluar.. 

sebab tu kalau kat hospital, nurse akan suruh korang menyusukan baby sekerap mungkin.. 2 jam sekali memang cun dah.. kalau dah keje tu kena la konsisten untuk pam.. jangan skip sebab kalau korang skip,penghasilan susu badan secara automatik akan berkurangan.. sebab kurang demand kan.. 

sebolehnya dah ade tersedia teknologi, korang gali la sebaik mungkin dan manfaatkan..


You May Also Like

1 comments

  1. Ahkak pernah try longan kering dan daun pegaga. Menjadi jugak. Tapi paling menjadi, sesi pengepaman yang konsisten, paling best bila makan Ostematrix, susu pekat ja :)

    ReplyDelete