13 JENIS BUAH-BUAHAN YANG TINGGI KANDUNGAN VITAMIN C

haa.. dah datang lagik cerita pasal vitamin C.. hee~ ntah la.. kakak semacam teruja pulak dengan keberkesanan vitamin C terhadap tubuh badan kita.. ye.. mungkin efek berbeza tapi badan tetap kena ambil vitamin C untuk pelihara sistem badan supaya berfungsi dengan lebih baik.. okay ?


fungsi utama vitamin C untuk tubuh badan sangat penting untuk pembentukan kolagen, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu penyerapan zat besi.. kurang vitamin C dalam badan ? dan tentu la ade sesetengah sistem dalam badan tak dapat berfungsi dengan baik.. ala.. dia ala ala gangguan kesihatan la gitu.. demam, selesema, batuk seme bagai tu.. hee~


kalau selama ni kita cuma kenal vitamin C dari buah limau dan oren.. nih la kakak nak share 20 lagi buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C..

  • kandungan vitamin C dalam jambu batu hampir 2 kali ganda lebih dari buah oren..
  • dalam 100 gram buah jambu batumengandungi 108 mg vitamin C..
  • buah jambu batu yang berkualiti dapat merawat masalah sakit berkaitan perut..

  • sinonom dengan sumber vitamin C.. hee~ kan ? asal sebut vitamin C = oren saje..
  • sebiji oren membekalkan 50 - 70 mg vitamin C sesuai dengan keperluan badan..
  • buah oren juga merupakan sumber serat, folat, antioksidan, vitamin dan mineral yang sangat diperlukan badan.. ** makan oren hari hari ? **

  • kandungan vitamin C dalam setiap 100 gram buah epal adalah sebanyak 5 mg..
  • buah epal sangat kaya dengan flavonoid antioksidan yang dapat mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan kanser..
  • sebiji epal mengandungi lebih kurang 80 kalori..

  • sebiji buah delima membekalkan 40 % keperluan vitamin C harian kita..
  • buah delima mengandungi serat, folat, kalium, niasin, vitamin A dan vitamin E..
  • antiosianidin dalam buah delima memiliki sifat antioksidan dan anti-inflamasi yang mampu menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah, melindungi gigi, mencegah osteoarthritis, alzheimer, kanser payudara, kanser paru-paru, kanser prostat dan leukemia..

  • faktanya : buah kiwi mengandungi 2 kali ganda lebih vitamin C berbanding buah oren..
  • selain mengandungi vitamin C, buah kiwi merupakan sumber magnesium, kalium, vitamin A dan vitamin E..

  • setiap 100 gram buah anggur mengandungi 10.8 mg vitamin C --> tinggi weyh !! moh le kita makan buah anggur.. hee~
  • buah anggur merah mengandungi zat besi, kalium, serat dan tinggi antioksidan..

  • korang ade masalah diabetes type 2 ? haa.. ini penawar organik terbaik sekaligus mencegah penyakit jantung.. ** kalau ade-- **
  • dalam 147 gram portion buah strawberi yang korang makan mengandungi 86.5 mg vitamin C..

8 : BUAH BETIK
  • buah betik merupakan satu satunya buah yang mengandungi enzim pencernaan semulajadi untuk membantu mencerna protein tidak perlu dari dalam badan..
  • dalam 150 gram buah betik mengandungi 90 mg vitamin C..
  • kalau korang nak detoks, kakak memang galakkan pengambilan buah betik untuk mencuci usus..

  • buah avokado yang mengandungi zat besi dan vitamin E mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah..
  • sebiji buah avokado mengandungi 81 kalori, 8 gram lemak dan 3 gram serat..

  • setengah biji buah durian belanda sudah cukup memenuhi keperluan vitamin C harian kita sebab ia mengandungi tinggi vitamin dan serat.. ** ngam le tu.. tak payah nak makan banyak banyak buah.. hee~ **
  • buah durian belanda merupakan ajen antioksidan yang sangat baik untuk menjaga sistem kekebalan tubuh badan dan melambatkan proses penuaan..
  • serat yang terkandung dalam buah durian belanda sangat baik untuk membantu sistem pencernaan dan detoksifikasi..
  • jangan tak tau !! buah durian belanda juga mengandungi fosforus dan kalsium yang bertindak menjaga kesihatan tulang dan sekaligus mencegah osteoporosis..

  • sebiji buah mangga mengandungi lebih kurang 60 mg vitamin C yang hampir sama dengan keperluan harian yang disarankan..
  • antioksidan dalam buah mangga membantu mencegah artritis, mempercepatkan proses penyembuhan dan sangat baik untuk sistem kekebalan tubuh..

12 : BUAH ROCKMELON --> kah !! kakak tak tau nama Melayu dia.. hahaha~
  • dalam sepotong buah rockmelon mengandungi 49.2 mg vitamin C..
  • selain itu buah rockmelon juga kaya dengan serat dan vitamin A..

  • buah tomat merupakan sumber vitamin C termurah yang mengandungi Lycopene ( salah satu karotenoid yang kuat ) bertindak sebagai antioksidan..
  • dalam sebiji buah tomato bersaiz sederhana mengandungi 23 mg vitamin C..

hee~ kalau ikutkan banyak jek buah-buahan kat pasaran Malaysia nih mengandungi vitamin C yang tinggi.. tapi yang ade nih memang senang la korang nak carik.. amacam ? kalau susah jugak nak carik buah-buahan yang kakak senaraikan nih, memang nak kena cubit korang nih.. 

korang tau kan vitamin C nih kasik korang cantik dan manjang jek awet muda.. haa.. tanak ? hahaha~



tapi pastikan kalau korang beli buah, kena basuh elok elok ye.. sebab sesetengah buah nih memang kerap diberi racun untuk mengelakkan dari serangga pemusnah.. ye la.. pekebun kena la jaga kualiti buah yang dorang bekalkan.. TAPI.. sebagai pengguna, korang kena la bijak.. pastikan selamat dan berkesan untuk kesihatan korang.. 




12 comments:

  1. Thanks for sharing. Saya suka mangga and jambuuu.. Almost everyday makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aumm.. patut le kulit sha cantik.. hee~ bagus tu.. amalkan selalu pun tak pe..

      Delete
  2. Bagusnya buah...tapi lebih suka ambil pil. Mudah dan cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ tapi tengok brand pil jugak.. sebab ade sesetengah pil vitamin C tak mudah larut..

      Delete
  3. kadang main ngap je. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ itu pun bakat kakak jugak tu.. asal ade depan mata, ngap saje..

      Delete
  4. Wahh.. Khsiat tinggi rupanya.. Y unnintau makn buah2an ni Bagus.. Tp xtahu apa khasiatnya.. Nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ lepas nih unni kena banyak makan buah.. ye.. muda2 nih kena jaga kesihatan lebih sikit.. dah tua nanti menyesal woo..

      Delete
  5. Nak buah avocado please! Buat alpukat ermmm dapnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. alpukat.. hee~ makan gitu aje ke ? atie tak pernah try.. tapi nanti nak carik jugak nih..

      Delete
  6. Nice,sy suka mkan buah..ada baca nenas jga tinggi vitamin C..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. kan ? tapi nenas tak dapat plak kite nak masuk kan dalam senarai.. hee~ nanti la edit, masukkan nenas skali..

      Delete

Powered by Blogger.