9 KEMAHIRAN YANG ANAK-ANAK PERLU BELAJAR SEBELUM USIA 8 TAHUN

dunia kanak-kanak penuh dengan warna warni.. kan ? hee~ tak payah nak fikir sejuta rasa seber salah atau nak fikir susah senang masa hadapan.. paling kuat pun asyik fikri bila nak sunat ataupun time exam.. 

tapi sebagai mak ayah, kita sendiri kena corakkan kemahiran untuk mereka.. betul tak ? haa.. jom kita semak 9 KEMAHIRAN YANG ANAK-ANAK PERLU BELAJAR SEBELUM USIA 8 TAHUN..



1 : MEMASAK
  • tak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya kena belajar memasak.. awal-awal tu boleh la mintak tolong kopek bawang ke, potong carrot ke, basuh pinggan mangkuk ke tapi perlukan pantauan ye sebab takut nanti ade yang mengalami kecederaan..
  • secara beransur-ansur, proses memasak kana menjadi mudah untuk beliau.. ala.. bukan suruh masak gulai ke ape, setakat goreng telur ke, masak nasi ke.. yang simple jek.. hee~

2 : SURVIVAL


  • bukan la sampai kena tido dalam hutan sensorang.. TAK.. paling tak dorang tau nak hidupkan api guna mancis atau lighter dan pergerakan kat permukaan yang berbeza.. contoh : licin, keras, berair.. kebanyakan kanak-kanak happy dengan aktiviti luar macam ni.. hee~ cuba la try.. tak pun bawak jek camping.. nanti boleh ajar masak dalam tanah..

3 : ASAS BERCUCUK TANAM


  • kalau tak de tanah nak bercucuk tanam pun, boleh jek tanam dalam pasu.. hee~ anak-anak boleh mempelajari kemahiran asas tentang bagaimana cuaca menjejaskan tumbuhan, bagaimana benih bercambah, bagaimana pekebun berhadapan dengan masalah cuaca.. eh !! banyak lagi..
  • paling best.. korang buat rekod pokok yang anak korang tanam tu.. hee~ mesti dia lagi bersemangat..

4 : PERTOLONGAN CEMAS
  • biasa la kan budak-budak melasak dan kalau setakat ada luka kecik tu, sangat biasa.. hee~ sebab tu kena ajar anak-anak asas pertolongan cemas.. contoh : nak lap darah, cara nak balut luka, nak basuh luka.. tau tak anak-anak yang diajar teknik asas pertolongan cemas nih ada rasa bertanggungjawab terhadap orang sekeliling.. hee~ sangat bagus tau kalau anak-anak kita ada RASA tu.. dia akan protect orang sekeliling dia..

5 : PENGURUSAN KEWANGAN
  • ini bakat #CEOaiman.. hee~ sangat penting untuk anak-anak faham tentang aliran keluar masuk duit.. sediakan satu tabung untuk mereka dan bimbing mereka mengira berapa banyak nilai yang BOLEH dibelanjakan dan berapa nilai yang PERLU disimpan.. paling tak mereka akan belajar menghargai duit dan tak membazir sewenang-wenangnya..

6 : MENDOBI
  • haa.. sempena cuti sekolah nih, ini memang kena ajar nih.. hee~ mungkin la tak sebersih mana tapi nanti nanti akan memudahkan urusan dorang bila dah masuk asrama..
  • bukan la ajar mendobi semata jek tapi boleh jugak ajar lipat baju, gosok baju, sangkut, jemur.. perkara perkara yang berkaitan..

7 : BERTUKANG
  • kalau korang perasan, kanak-kanak ada satu sifat yang suka merekacipta.. hee~ cuba la kalau bertukang ( contoh : pasang rak, pasang meja, betulkan kaki meja ) ajak mereka buat sekali.. bagi peluang mereka untuk membantu dan explore lebih banyak bakat yang mungkin kita sendiri tak pernah kupas.. 
  • selain tu boleh juga ajar untuk tukar mentol.. cuma pantauan semasa proses pembelajaran kena teliti dan lebih sikit dari biasa la sebab kita menggunakan peralatan yang berat dan merbahaya.. tapi.. alah bisa tegal biasa.. lagi lagi untuk anak lelaki.. kan ?

8 : SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
  • bukan 24 jam kita dapat perhatikan anak-anak kita apa tah lagi untuk melindungi mereka.. kan ? kalau kita sendiri tak dapat nak ajar anak seni mempertahankan diri, tak salah kalau kita gunakan perkhidmatan kelas kelas yang telah disediakan.. banyak kot.. hee~ karate ke, silat ke, takwando ke.. tak kisah la.. asalkan ada kemahiran asas terutamanya untuk anak permepuan kita..
  • seni mempertahankan diri ni bukan setakat untuk mengelak sebarang serangan tapi ia juga membantu mereka lebih fokus..

9 : PENGURUSAN MASA

BACA SINI --> AJAR ANAK TEPATI MASA

  • anak anak kakak memang morning person.. dah kalau bangun awal, ragam dorang pun macam-macam la kan.. hee~ sebab tu kakak sendiri kena SET dari awal apa yang BOLEH dan TAK BOLEH untuk aktiviti seharian..
  • sebab tu banyak teknik yang kita boleh gunakan untuk ajar anak menghargai masa 24 jam sehari.. bila dia dah besar nanti, tau la dorang nak uruskan masa dengan lebih baik dan efektif..

ini dari sudut pandangan kakak la.. hee~ sebab kebanyakan aktiviti tersebut dapat meransang daya pemikiran kritis anak-anak.. tak slaah korang pun cuba.. kan ? ATAU korang ade aktiviti lain ? boleh kongsi kat ruang komen bawah nih.. hee~ mana tau nanti kakak boleh cuba untuk penuhkan aktiviti cuti sekolah #duanur..

10 comments:

  1. Btl kanak2 haruslah di didik dr kecil tntnh pntingnya masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. hee~ walaupun selalu langgar.. tapi kena ajar jugak..

      Delete
  2. wahh menarik nya kak atie...tp anak2 i ni jenuh ajar...bt muka pulaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ awal2 jek susah.. nanti lama2 bila kita tunjukkan yang kita enjoy dengan aktiviti tu, dorang pun mesti enjoy.. ajak la selalu..

      Delete
  3. Replies
    1. hee~ tu la.. budak nih dia bukan tau ape yang terbaik.. kita sebagai orang tua nih la usaha nak bentuk kan cemana rupa..

      Delete
  4. Bagus2, ajar uruskan diri. Sonang mak2 terutamanya..kalau tak, seian gak kat depa nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ kan.. tak de le mentarzan setiap pagi nak kejut bangun g sekolah..

      Delete
  5. mek sokong ! klau tk, memang dia tk akn berdikari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ kan mek kan.. dari kecik memang kena ajar dorang berdikari..

      Delete

Powered by Blogger.