BANGKITKAN FUNGSI OTAK KANAN ANAK-ANAK

August 27, 2015

Kakak baru jugak praktikkan kelakuan menduga OTAK KANAN kat #CEOaiman.. Hee~ Mamat tu kalau nak bangun pagi, gi sekolah kemain la banyak songeh.. Antaranya :

  • man sakit perut, tak payah sekolah la.. please..
  • ayah.. tolonglah dukung man.. man tak larat..
  • man tak nak mandi air panas ( air suam ), man nak mandi air sejuk je.. ( ye.. kengkadan kelaku dia memang susah nak faham.. hahaha~ )
  • man tak nak air kosong, man nak air sirap.. ( sebab kaler merah dan sedikit meriah nak show off kat kengkawan.. )
  • man tak nak pakai kasut sekolah, ibu tolong la pakaikan..
Dan.. Banyak lagi.. Kalau sekadar cakap-cakap saje tak pe, ni disertai merengek dan tangisan sampai menitik airmata.. Sebak la konon.. 3 jam setengah jek kat sekolah kot.. Ceit !!

Dan kakak pun main la Google.. Terjumpa satu teknik ni, namanya TEKNIK JEPUN SHICHIDA METHODS.. Haa.. Nak eja pun dah macam sinchan.. 

Teknik ni melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan dimana otak sebelah kanan ni sebenarnya lebih efektif berbanding otak kiri tapi kena sedikit latihan la.. Kalau kat Malaysia ni kakak tak tau la kat mana ade kelas khas untuk penggunaan otak kanan ni.. Cuma kakak ade la amalkan sikit-sikit kat rumah.. Dan ade orang kata, kelasnya mahal.. Opppsss--

OKAY.. kita tak payah pergi kelas mahal mahal tapi kita ada Google !!!! yeay !!!! hahahahaha~ nih kakak compile kan dari beberapa wikipedia dan parenting website untuk korang !! jeng !!! mudah btol keje sekarangkan..

dan !!! hampir kesemua teknik kat bawah nih kakak dah try kat #duanur..



1 : BERCAKAP SEWAKTU ANAK TIDUR-TIDUR AYAM

  • waktu kita hampir nak lena sebenarnya otak kanan kita tengah aktif bekerja.. Time tu otak kiri dah lama lena dah.. Hee~ 
  • masa anak baru nak lelap lelap tu., cakap kat dia sepenuh hati dan perasaan yang kita sayang kat dia, dia budak pandai, anak soleh, budak baik.. Tak kisah la ayat bunga ape yang keluar janji ayat tu POSITIF..
  • buat seikhlas hati.. jangan time tengah marah.. kalau tengah marah ; TAK JADI !!
  • kalau anak dah terlelap-lena time korang tengah bercakap tu,  picit-picit la kaki dia ke.. Tangan dia ke biar dia kembali berada dalam keadaan separa sedar..
  • UNTUK AIMAN : sebelum tidur, kadang-kadang aiman tidur dengan ayahnye.. Kalau dia tidur dengan kakak, kaka memang akan cakap kat dia "aiman budak baikkan ? Budak baik kena dengar cakap ibu dengan ayah.. Bangun pagi tak boleh menangis.. Aiman suka pergi sekolah sebab nak belajr rajin-rajin nanti boleh jaga ibu, ayah dengan adik.."
  • HASIL ? : YA !! Positif dan berjaya !!

2 : GUNAKAN FLASHCARD

  • aiman dah besar, dah dapat eja 3 - 4 sukukata.. Cuma part ni kakak tekankan untuk #CEOaina.. Haa.. Tapi minah ni lagi cepat belajar.. Bila main flashcard dengan dia, selalu kakak giveup.. Hahaha~
  • Tapi korang boleh try la gunakan teknik flashcard nih.. Seminggu seklai dah cukup.. Buat card banyak-banyak dan tunjuk kat naak-anak.. 
  • TEKNIK : Lagi laju lagi bagus.. Hahahah~
  • Bila kita tunjukkan kad laju-laju, secara otometik otak kanan akan bekerja keras untuk tangkap benda yang kita tunjuk..
  • Boleh rujuk PINTEREST.COM untuk DIY flashcard.. Hee..

3 : AKTIFKAN GERAK KERJA TANGAN

  • Ajar anak-anak main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, main lego..
  • Fuff-- bila sebut aje pun dah terbayang betapa penat nak mengemas nanti kan ? Hahahah~ Layan jek..
  • Nak tau kenapa orang Cina dan Jepun pandai-pandai belaka ? Sebab dorang makan guna chopstick dan chopstick mengaktifkan kerja tangan dan dalam masa yang sama menggerakkan otak kanan..

4 : JANGAN MARAH-MARAH

  • Anak-anak boleh simpan semua data percakapan dan perlakuan kita kat dalam otak belah kiri..
  • Jadik.. Kalau termarah ke terjerit-jerit ke, berbalik kepada cara NOMBOR 1 tadi.. Mintak maaf sebelum dia lena..

5 : SAMBUNG CERITA

  • Ini memang aktiviti kami anak-beranak haa.. Syok sebab dorang akan merepek ikut imaginasi dorang.. Ade Ultraman la, Hagemaru la, Upin Ipin la.. Mana dan yangl lau kat otak dorang la.. Hahaha~ Cute tau !!
  • Korang start dengan cerita, then suruh anak-anak sambungkan.. Ye.. Memang akan jafdik merepek tapi biasa la.. Kita dah tua ni pun selalu merepek.. Kan ?

6 : MAIN TEKA-TEKI

  • Jangan korang tarah teka teki dalam bentuk lisan, memang sampai kesudah, korang tanya, korang jawab la.. Hee~
  • TAPI.. Gunakan kreativiti korang main teka teki dalam kotak atau dalam bentuk menyorok barang..
  • CONTOH : Letak satu barang dalam kotak then korang minta anak teka apa benda tu.. Mula-mula games tu korang boleh la bagi option macam bagitau hint warna ke, bentuk ke, kat mana boleh beli ke..
  • Lama-lama nanti dorang sendiri boleh mengasuh sixth sense dorang dengan konsentrasi pada benda dalam kotak tu..
  • Haa.. Tu sume menggerak kerjakan otak kanan la tu..

TAPI INGAT !!

Semua game tu korang boleh main dengan dorang dalam tempoh 30 minit SAHAJA.. SAHAJA tau.. Kalau lebih, korang akan saksikan anak-anak mula bikin pernagai sebab bosan.. Hahaha~

SEBELUM :

Sebelum korang layan anak-anak main games nih, korang kena chill, tarik nafas dalam-dalam dan paling penting relax.. Tak boleh la dalam keadaan memasak ke, mengemas rumah ke, membasuh ke.. Kalau boleh dalam tempoh 30 minit tu korang jadikan "QUALITY TIME" untuk anak-anak..


You Might Also Like

0 comments

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS