LIRIK LAGU OST PINJAMKAN HATIKU NYANYIAN AYDA JEBAT ft. ADI PRIYO

by - October 10, 2017

serius dah jadi penyakit tau benda ni.. hee~ semalam kaka dah cerita waiting list kakak sehingga hujung akhir tahun ni kan ? haa.. dan filem Pinjamkan Hatiku termasuk dalam senarai tunggu tu.. ni kakak nak share lirik lagu OST Pinjamkan Hatiku nyanyian Ayda Jebat ft. Adi Priyo..


standby untuk rasa bersalah buat siapa yang pernah buat salah.. hahahaha~


ini bukan lagu cinta kita yang dulu
saat itu ku fikir kau cinta matiku
namun kini ternyatalah hatiku milik dia
bukan engkau seperti ku sangka

mudahnya kau lepaskan kata-katamu
tak fikir kan tergores perasaanku
yang selamanya menyinta sedikitpun tak berubah
kau buang sebegitu saja

memang salah diriku, tak peduli perasaanmu
yang seharusnya tahu tak lagi dihatiku

tak layak kau miliki cinta yang suci
kan kini dan hingga selamanya

ku simpankan semua detik terindah
dalam kenangan cinta
kerana masa telah merubah jiwa
kita harus terima begini suratannya

tolong maafkan aku
mudah bagi dirimu

ku simpankan semua detik terindah
dalam kenangan cinta
kerana masa telah merubah jiwa
kita harus terima begini suratannya

ini bukan lagu cinta kita yang dulu
saat itu ku fikir kau cinta matiku
namun kini ternyatalah hatimu milik dia
bukan aku seperti ku sangka

tolong maafkan aku
mudah bagi dirimu


emosi gak la bila layan lagu-lagu camni tapi menimbulkan rasa tanda tanya tentang jalan cerita Pinjamkan Hatiku nih ha..


SINOPSIS FILEM PINJAMKAN HATIKU

mengisahkan tentang kisah Laila Safitri ( Ayda Jebat ) seorang novelis yang menghidapi penyakit kronik bertemu semula dengan rakan sekolahnya Naufal ( Shaheizy Sam ) seorang lelaki kampung yang baik dan suka dengan alam sekitar juga merupakan seorang aktivis kemanusiaan.. tetiba jatuh cinta.. hee~ ye la.. Laila dengan Naufal tu tadi..

tapi !! tetiba Naufal menghilangkan diri.. masa berlalu dan Laila mengahwini Dr. Hasnan ( Farid Kamil ), doktor yang merawat Laila dan membina keidupan di New Zealand jauh dari kenangan bersama Naufal..

tapi Laila tak de la cintakan Dr. Hasnan tu sangat.. haa.. nak tau ape jadi lagi ? nanti kita tengok la kat wayang sesama eh..


kakak harap kakak boleh bagi filem ni 5 bintang sebab expectation kakak terhadap filem cinta melayu Malaysia sangat tinggi tapi selalu menghampakan.. hahaha~ kali ni memang kakak letak satu target sebab ada Farid Kamil.. em.. 

agak-agak boleh pergi tak filem ni ?


You May Also Like

1 comments

  1. Hakak suka jugak layan filem melayu ni Atie...kalau filem cinta mcm ni entahlah boleh boom ke tidak kat panggung sekarang ni..... Remaja sukalah kot, fefeeling cintan cintun gitu hihi...
    Kalau hakak lagi suka Bisik Pada Langit. Maklumlah....mak mak kan haha...

    ReplyDelete