MENEROKA DUNIA LEBIH LUAS DAN MENCABAR DI DREAMWORLD PLAYLAND

by - October 12, 2017

fitrahnya anak itu bermain.. hee~ kan ? sape pernah jumpa kakak bercerita tentang aktifnya anak-anak bergantung kepada tahap ke-larat-an ibu ayah dorang menjaga dorang.. tapi !! kena tau.. memang dunia kanak-kanak dunia yang sangat indah tanpa perlu berfikir bebanan masalah.. jadi.. biarkan mereka membesar dengan warna pelangi.. jom !! kita explore apa yang ada kat Dreamworld Indoor Play Centre di The Starling Mall..

untuk entri sebelum ni, kakak ada cerita pasal ZooMoo kan ? haa.. kalau korang nak tau, baru-baru ni ZooMoo Asia dengan kerjasama Dreamworld Indoor Play Centre telah mengadakan ZooMoo Party Like An Animal.. kat mana ? kat Dreamworld Indoor Play Centre, The Starling Mall yang terletak di Damansara..



DREAMWORLD INDOOR PLAY CENTRE

dah nama pun DREAMWOLD memang anak-anak akan meneroka pelbagai benda baharu untuk belajar bagaimana bergaul dan bermain bersama dalam aspek pembelajaran dan hiburan yang sangat sesuai untuk perkembangan minda anak-anak.. berkeluasan sekitar 6000 kaki persegi dan mampu memuatkan lebih kurang 120 orang kanak-kanak pada satu-satu masa merupakan tempat yang agak besar tau..





pusat riadah indoor yang bertemakan salji ini turut menyediakan 'adult - accompanied space' untuk anak-anak bermain sambil dipantau oleh kedua ibu ayah.. tak de la isu kejap kejap anak menangis cari ibu ayah.. hee~
baru warm up.. hee~ kejap lagi hilang la ni.. pergi main dengan kawan-kawan baru..
macam kat tempar hiburan kanak-kanak yang lain juga, Dreamworld Indoor Play Centre turut menyediakan ruang untuk pelbagai sambutan harijadi / baby shower untuk anak-anak dengna pakej yang menarik.. pakej 2 jam yang disediakan termasuklah 'unlimited play' dan dream rides.. dah tentulah pengalaman baharu untuk anak-anak yang pastinya manis-manis saja..

untuk info korang, Dreamworld Indoor Play Centre ni ada dua cawangan iaitu yang pertama di IOI City Mall, Putrajaya dan di The Starling, Damansara ni merupakan cawangan yang kedua..

HARGA MASUK DREAMWORLD INDOOR PLAY CENTRE

kalau dah ada tempat menarik macam ni, jangan haraplah anak nak balik cepat.. kan ? sebab tu la konsep yang sama untuk ke semua cawangan Dreamworld Indoor Play Centre ; UNLIMITED PLAY dengna harga yang berbaloi..

THE STARLING MALL :

  • Isnin - Jumaat = RM 48.00
  • Sabtu - Ahad = RM 58.00
IOI CITY MALL :

  • Isnin - Jumaat = RM 45.00
  • Sabtu - Ahad = RM 55.00

setiap pembelian tiket untuk kanak-kanak akan mendapat satu tiket PERCUMA untuk ibu / ayah yang menemani nanti.. dan kalau ramai plak dewasa yang nak masuk sama, RM 5.00 akan dikenakan untuk satu kepala..

mahal ?

tak kot.. hee~ sebab tempat dia memang HEAVEN.. confirm anak-anak korang leka nanti..

jom la !! luangkan masa hujung minggu dengan biarkan anak-anak bermain sesuka hati.. untuk rezeki, anak dapat tambah kawan baru.. biarkan mereka meneroka dunia yang pelbagai warna dan ragam manusia..


LOKASI DREAMWORLD INDOOR PLAY CENTRE

tak susah pun nak cari.. kalau korang tau UPTOWN lama, memang dah senang dah nak cari.. nah !! alamat untuk korang gunakan..

The Starling Mall
No. 6, Jalan SS 21/37,
Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tempahan dan info lanjut: 012 7219 9509 ( Yoong Fui )

boleh je nak explore media sosial dorang kat sini :


You May Also Like

10 comments

  1. Bdk2 kalo dpt pi tmpt camni, mmg xmo blk selagi xtutup hehe

    ReplyDelete
  2. Fitah saya juga bermain ,suka bermain, mungkin karena saya masih anak-anak kale ya ? Area bermainnya luas bersih sekali. Tapi mana videonya ? Yuk main youtube.

    ReplyDelete
  3. Seronok tengok depan mata hari tu, mall barukan, masih cantik lagi semuanya. tema dia memang buat mak pak sekali nak join masuk main sesama.

    ReplyDelete
  4. Wah tempatnya cantik! Menyeronokkan! :)

    ReplyDelete
  5. Nasib baik Syafi dah besar. Kalau tak.mestinxmau keluar kalau dah masuk Kan. Seronok budak2

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wrmbth sis atie

    Salam jumaat

    semoga kita semua di berkati

    Serba putih tempat ni

    Nampak menarik untuk bawa anak anak kan

    ReplyDelete
  7. Budak budak memg suka dapat main di playland kan

    ReplyDelete
  8. Nampak menarik betul tempatnya. Migha yang tua nie pun rasa eksaited.

    ReplyDelete
  9. Anak-anak kalau dapat ke tempat begini memang seronoklah...main puas-puas

    ReplyDelete
  10. Cantik je tempat dia. Environment pun best ^^ heh, zoomo tu citer fave anak buah saye ni. :D

    ReplyDelete