KAREKTER BAHARU DI RANCANGAN ZOOMOO SEPANJANG OKTOBER 2017

saluran Astro 619 memang sangat bagus untuk perkembangan awal kanak-kanak.. sebab apa ? sebab ada rancangan yang satu-satunya menekankan penggunaan teknologi untuk membantu kanak-kanak dalam menerokai dunia haiwan dengan cara yang sangat menghiburkan.. bosan ? tak lah !! memang tak bosan, siap kita mak mak ni pun join sama.. hee~

sepanjang bulan Oktober 2017 ni, ZooMoo yang bersiaran di slauran 619 Astro memperkenalkan watak baharu dengan rancangan interktif yang lagi menarik !! hee~ habis la.. memang mak mak tak berpeluang lansung nak pegang remote la jawabnya..


RUFF RUFF, TWEET DAN DAVE

Ruff Ruff adalah anjing yang sentiasa menghidu dan berjalan-jalan untuk mencari sesuatu yang menyeronokkan untuk dilakukan.. Tweet adalah seekor burung berwarna kuning yang suka menyanyi.. Dave adalah panda unik yang berwarna biru.. mereka bertiga dan mengembara dengan penuh keseronokan dan mengembara ke beberapa kawasan untuk bermain dan meneroka.. eh !! anak-anak pun boleh main bersama dengan menjawab pelbagai soalan yang dikeutarakan oleh Ruff Ruff, Tweet dan Dave..


PREMIER : 01 Oktober 2017
MASA : 11.05 pagi
ULANGAN : 3.05 petang - 7.05 petang - 7.05 pagi


FLUFFY'S MAGIC PLAY HOUSE

Junior dengan bantuan Fluffy mahu membina sebuah rumah permainan baharu yang diinspirasikan dari beberapa idea pembina terbaik di kerajaan haiwan tersebut.. dengan menggunakan sedikit 'sihir Fluffy',mereka menggunakan kadbod dan kertas untuk menjadi bahan binaan, menjahit bahagian ruma dan bermain bersama dengan semut dan pembinaan tersebut tinggi seperti sarang helang.. wah.. memang menarik untuk mengecas idea kreatif anak-anak.. nak tahu lebih kenalah buka siaran 619 dan tunggu waktu siaran Fluffy's Magic Play House..

PREMIER : 07 Oktober 2017
MASA : 09.35 pagi
ULANGAN : sepanjang bulan Oktober 2017


CHUCK

memperkenalkan ahli baharu pasukan ZooMoo - Chuck !! hee~ comel plak nengoknye.. Chuck adalah coyote yang paling aktif di ladang.. sangat menyukai haiwan lain dan selalu mahu berkongsi pengetahuan dengan penontong !! sesekali korang akan nampak Chuck menjadi pengacara untuk ZooMoo dengan persembahan Gigglebox dan ZooMoo's Top 5.. nanti kan Chuck ya !!

hee~ kakak sendiri teruja lain macam sebab Nur Aina dah start berkuasa ke atas remote kat rumah ni.. nampaknya pengaruh ZooMoo kat rumah kakak bukan biasa-biasa.. disamping memperkenalkan pelbagai watak dan penampilan baharu, ZooMoo juga telah melancarkan aplikasi ZooMoo yang baharu !!


APLIKASI ZOOMOO


BERMAIN DAN BELAJAR

jagalah 150 ekor haiwan di ZooMoo Island dengan memberikan makanan kegemaran, mandikan dan menonton lebih 150 video yang sebenar untuk belajar nama haiwan dan bunyinya.. jangan lupa mengajar anak-anak bagaimana untuk menangkap gambar..


aplikasi ini juga boleh dikawal oleh ibu bapa dengan mengemaskini maklumat mengenai haiwan yang dikumpulkan untuk membantu ibu bapa terlibat sama dengan anak-anak, berkomunikasi dan belajar bersama-sama.. tak de konsep markah tertinggi, had masa atau tekanan - sebaliknya anak-anak boleh bermain dan belajar dengan tenang dan pantas..

aplikasi ini boleh dimuatnaik menggunakan APP STORE dan GOOGLE PLAY..

nak tunggu apa lagi ? hee~ jadikan masa bermain anak-anak lebih berkualiti dengan memperkembangakan juga ilmu..

2 comments:

  1. Firash pun sibuk dengan Ruff Ruff, Tweet and Dave ni ha...

    ReplyDelete
  2. Comelnya character dlm zoomoo

    ReplyDelete

Powered by Blogger.