SUARA KEBAIKAN DARI RUMAH MENCETUS ASPIRASI MENGEJAR KEHEBATAN DENGAN FERNLEAF

by - October 25, 2017

Fernleaf, Kebaikan yang Dipercayai™ oleh keluarga di Malaysia, menyeru rakyat Malaysia bersama-sama membuat kebaikan dengan memberi kata dorongan positif dari hati untuk orang yang tersayang dalam proses membantu untuk mencapai impian.. ya.. dalam diam tak diam, sebenarnya titik tolak kejayaan seseorang bermula dari rumah dan orang sekeliling yang sangat rapat..
Fernleaf_#KejarlahKehebatan
masih mengekalkan kualiti dan jenama terunggul dalam kelasnya, Fernleaf Malaysia telah melancarkan kempen Go For Greatness di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.. turut merasai aura kehebatan, BBDO Malaysia menekankan bahawa kempen ini wujud berikutan wawasan rakyat Malaysia sendiri yang mempunyai keinginan untuk berjaya dalam bidang yang telah mereka ceburi..


“kami teruja untuk membuat kemunculan semula Fernleaf dengan menumpuk 
rakyat Malaysia untuk tidak bergantung kepada kekurangan, sebaliknya berusaha 
untuk kejayaan yang lebih besar.. kami mahu mereka tahu bahawa 
Fernleaf sentiasa menyokong dengan membekalkan nutrien lengkap untuk 
menyokong mereka dalam proses mencapai kejayaan..” 

Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Malaysia


LIMA KISAH SUARA KEBAIKAN DARI RUMAH

kalau korang rajin bukak youtube, mesti nampak iklan-iklan Fernleaf ni.. hee~ in case kalau korang tak perasan.. meh !! kakak cerita sikit tentnag lima orang rakyat Malaysia yang telah membuktikan, cakap cakap orang luar lansung tidak memberi impak dan menjatuhkan semangat mereka sebaliknya sokongan dari yang tersayang yang membuatkan jatidiri mereka semakin kuat untuk meneruskan impian yang tertanam di hati..

Fernleaf_Go_For_Greatness_1


SITI HANISAH


HAYATI ISMAIL

Hayati Ismail merasakan kariernya seolah-olah menjadi semakin mencabar dengan beban kerja yang semakin bertambah, di mana beliau terpaksa membawa anak-anaknya ke tempat kerja supaya beliau boleh meluangkan masa bersama mereka.. sebaliknya, gajinya semakin berkurangan tetapi beliau bukanlah seorang yang konvensional..


"ya, saya buat lebih banyak kerja dengan gaji yang lebih rendah, 
tetapi saya lebih bahagia.. sekurang-kurangnya saya tahu saya bekerja 
untuk masa depan yang lebih baik..”


pada tahun 2013, Hayati keluar daripada kerjaya korporat yang bergaji besar kerana beliau tidak lagi merasakan kerjaya tersebut dapat memberikannya kepuasan sebaliknya, ibu kepada tiga orang anak ini melibatkan diri dengan makanan, gelandangan dan kemiskinan.. beliau mula diperkenalkan kepada kerja amal oleh rakan-rakannya dan mula bekerja lebih dekat dengan golongan yang kurang bernasib baik untuk membantu dalam pelbagai keperluan mereka.. salah satu inisiatifnya ialah FreeMarket, iaitu pasar lambak di mana barangan terpakai diberikan secara percuma.. dalam pada itu, Hayati juga memainkan peranan menyesuaikan bakal majikan dengan orang gelandangan melalui temu duga My Street..


“apabila beberapa orang rakan saya mendapati yang saya telah beralih dari 
bidang korporat kepada kerja amal, mereka berkata saya gila.."


beliau kini menguruskan Food Aid Foundation ( FAF ), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mengambil makanan yang tidak dimakan di Malaysia dan memprosesnya untuk penggunaan selamat oleh golongan masyarakat yang memerlukan.. menurut Hayati, model bank makanan biasa tidak lestari - jenis makanan yang ada bergantung pada apa yang diberikan oleh mereka yang menyumbang.. sebenarnya, rakyat Malaysia membuang 3,000 tan makanan yang masih boleh dimakan setiap hari.. di bawah pengurusan Hayati, FAF mengumpul makanan berlebihan setiap hari dari Tesco, hotel dan cawangan makanan segera. Makanan tersebut kemudiannya diedarkan semula kepada organisasi amal, disimpan segar di bilik penyejuknya, atau diproses di dapurnya oleh cef sukarela dan pelajar kuliner..


"saya terpaksa belajar segala-galanya dari awal ketika mula menyertai FAF 
kerana semua yang saya tahu tentang makanan hanyalah memakannya !"


FAF kini berkembang di luar Lembah Klang - satu pencapaian yang membanggakan Hayati tetapi operasi yang semakin berkembang ini juga bermakna tanggungjawab yang semakin kompleks.. dalam menempuh cabaran ini, Hayati mendapat kekuatan hasil sokongan keluarganya.. sumber galakan terbesarnya datang dari suaminya, yang dengan rela mengambil alih tugas-tugas rumah tangga dan penjagaan anak jika beliau terlalu sibuk.. kakaknya juga membantunya di rumah..


"suami saya datang bukan dari orang senang.. ketika dia sedang menuntut di 
peringkat sarjana muda di Sabah, dia hanya selalu makan roti dan biskut sahaja.. 
dia beritahu saya, 'kalaulah ada bank makanan seperti yang awak uruskan 
sekarang di tempat saya belajar, sekurang-kurangnya saya dapat makan 
makanan yang lebih baik.."


Hayati rasa sedih apabila mendengar kenyataan suaminya, dan itu mendorongnya lagi dalam kerja kebajikan dan dari pemerhatiannya, golongan miskin bekerja keras untuk memperbaiki keadaan mereka, tetapi mereka dihalang oleh keadaan mereka.. matlamatnya adalah untuk memberi mereka sokongan.. Hayati mengenang pertemuannya dengan seorang nenek berusia 92 tahun di Kelantan, yang membesarkan sembilan orang cucu dengan membuat dan menjual pulut panggang namun masalah katarak telah menjejaskan produktivitinya, tetapi dia tidak mampu menjalani pembedahan. oleh itu, Hayati dan pasukannya membantu nenek itu mendapatkan rawatan dan sejak pulih, wanita tua itu mampu menghasilkan lebih banyak pulut panggang, maka pendapatannya bertambah..


"apa yang paling saya kagumi adalah betapa ceria nenek itu walaupun 
dia mengalami masalah.. orang memberi inspirasi kepada saya.. 
apabila rakan-rakan bertanya kepada saya mengapa saya meninggalkan pekerjaan 
korporat yang bergaji besar untuk bekerja dengan golongan miskin, 
saya memberitahu mereka bahawa menjalani kehidupan yang selesa tidak mencukupi; 
kita mesti rasa selesa dalam jiwa kita.."


MAVIN KHOO


DR. S. MADHUSUDHAN

sesuai dengan gelarannya 'Doktor Teddy Bear', Dr S. Madhusudhan seorang yang baik lagi berkeperibadian tinggi. Lelaki yang peramah dan mudah tersenyum ini sering menyambut pesakitnya dengan penuh semangat dan itulah sebabnya mengapa kelibat beliau dinanti-nantikan di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur.. setiap petang Rabu, Dr Madhusudhan memberikan rawatan perubatan percuma kepada golongan gelandangan dan miskin bandar.. dalam satu malam, beliau dan pasukan sukarelawan sering merawat kira-kira 30 hingga 40 orang pesakit, yang kebanyakannya sudah menjadi seperti keluarga mereka sendiri..

pada malam-malam lain, Klinik Bergerak Teddy juga memberi perkhidmatan kepada golongan pelarian, komuniti orang asli, penghuni rumah pangsa kos rendah, rumah anak yatim, rumah orang tua dan rumah untuk orang kurang upaya.. kos operasi adalah dari poket Dr Madhusudhan sendiri dan bergantung kepada sumbangan derma.. walaupun begitu, beliau tidak dapat lari dari pelbagai kritikan..


"terdapat juga orang yang mempersoalkan niat kami, berfikir bahawa saya melakukan 
ini untuk menjadi terkenal.. pada mulanya, tuduhan-tuduhan ini sukar untuk ditelan, 
tetapi sekarang, jawapan saya, apa salahnya jika seseorang melakukannya 
untuk kemasyhuran ? asalkan mereka yang memerlukan rawatan boleh mendapatkannya.. 
itu lebih berguna daripada menghabiskan masa mengkritik niat orang lain di media sosial.. "


bagi Dr Madhusudhan, tidak ada yang aneh tentang menawarkan bantuan perubatan percuma kerana beliau biasa melihat ayahnya, yang juga seorang doktor, melakukan perkara yang sama untuk orang miskin sewaktu beliau membesar.. sebelum adanya Klinik Bergerak Teddy, Dr Madhusudhan dan beberapa kawan rapatnya memulakan lawatan ke rumah anak-anak yatim untuk merawat kanak-kanak tanpa caj..


"untuk kami, itu merupakan sesi perjumpaan ia lebih bermakna jika kami 
membantu orang lain semasa berjumpa daripada bersembang kosong 
sesama kami dengan makanan atau minuman..”


jadi, bagaimanakah usaha ini berkembang menjadi usaha yang teratur dengan tenaga kerja tetap sekitar 50 orang sukarelawan ? menurut Dr Madhusudhan, semuanya kerana usaha seorang anak yatim..


"dia datang kepada saya dan bertanya sama ada kami akan menjadi seperti orang 
lain yang hanya datang melawat sekali sahaja, ucapkan selamat tinggal dan 
tidak kembali lagi.. dia sudah biasa dengan mereka yang pergi buat selamanya, 
sama seperti ibu bapanya.. soalan itu merupakan titik perubahan bagi saya.. 
kami memutuskan untuk mengehadkan rumah anak-anak yatim yang kami 
lawati supaya kami dapat menumpukan perhatian dan fokus untuk membantu 
secara berulang.."


tiga tahun yang lalu, operasi rawatan percuma berkembang di jalan-jalan di Kuala Lumpur dan sejak itu, doktor yang baik hati ini memberi perkhidmatan di luar tugas biasanya – membina perhubungan dengan pesakit yang kurang bernasib baik, membantu mereka dengan bekalan barangan runcit, dan berkabung atas beberapa kematian.. ini adalah kerjaya yang mencabar, tetapi Dr Madhusudhan terus mendapat sokongan dari keluarga dan rakan-rakannya.. mereka bekerja secara sukarela dengan Klinik Bergerak Teddy semenjak awal lagi dan mereka rajin mengambil alih ketika Dr Madhusudhan terpaksa memenuhi obligasi di tempat lain..

pada tahun 2015, Dr Madhusudhan dianugerahkan dengan Anugerah Star Golden Hearts, yang meraikan rakyat Malaysia yang menjalankan usaha berani atau tidak mementingkan diri..


"anugerah itu mendorong saya untuk pergi lebih jauh dalam misi saya.. 
kerja amal ini adalah suatu ketagihan ! anda akan selalu berfikir
'apa lagi yang boleh saya lakukan ? siapa lagi yang boleh saya bantu ?" 


Dr Madhusudhan tidak berhenti berfikir, dia telah memperluaskan perkhidmatan Klinik Bergerak Teddy untuk menjangkau kepada lebih banyak masyarakat miskin bandar dan komuniti orang asli, sambil membantu golongan gelandangan supaya dapat berdikari.


"jika anda mempunyai keinginan untuk membantu orang yang memerlukan, 
jangan terlalu memikirkannya.. teruskan dengan langkah pertama dan 
langkah-langkah yang seterusnya akan datang kepada anda.. 
jika anda tidak mempunyai masa untuk mencurah tenaga, 
anda boleh menaja organisasi amal.. terdapat banyak cara untuk membantu.."



MOHD SIRHAJWAN IDEK

Mohd Sirhajwan Idek sentiasa ingat akan nasihat ibunya : jangan biarkan hati menguasai fikiran, dan sentiasa memberi tumpuan kepada penyelesaian dalam menempuh sebarang halangan.. Tanpa kebijaksanaannya, Sirhajwan mungkin tidak akan menjadi siapa dirinya hari ini – iaitu seorang guru yang memenangi anugerah.. guru berusia 29 tahun ini muncul sebagai 50 finalis terbaik bagi anugerah Hadiah Guru Global Yayasan Varkey 2017, penerima Anugerah Ikon Guru Kebangsaan tahun ini, serta pemenang dua pertandingan antarabangsa untuk guru Bahasa Inggeris..

di Kolej Vokasional Keningau di Sabah, di mana Sirhajwan mengajar Bahasa Inggeris, selalunya para pelajar di kolej tersebut datangnya daripada latar belakang sosioekonomi yang kurang berada, dan pendedahan yang terhad kepada Bahasa Inggeris.. walaubagaimanapun, di bawah bimbingan gurunya yang penyabar, mereka kini sering menjadi pesaing dalam perdebatan, pidato umum, deklamasi sajak, pertandingan mengeja, choral speaking, pertunjukan bakat dan sebagainya, dan seringkali memenangi pertandingan tersebut.. mereka juga mendominasi pertandingan inovasi dan keusahawanan..


“mengajar bukanlah minat saya sebenarnya.. 
saya menyertai program pendidikan guru selepas 
tamat pengajian tanpa berfikir panjang.."


walaupun hati tidak sepenuhnya dalam bidang pendidikan, Sirhajwan sedar akan betapa pentingnya seorang guru itu dalam mencungkil apa yang terbaik dalam generasi masa depan dan secara beransur-ansur, dia jatuh cinta dengan pekerjaannya..


"kejayaan dan kegembiraan saya adalah apabila saya dapat membantu 
mengembangkan potensi seseorang pelajar, yang dapat meningkatkan potensi 
lain dalam kehidupan mereka.. ini membuatkan saya berasa positif tentang 
pekerjaan saya, dan saya memutuskan untuk terus mengajar.." 

kata lelaki kelahiran Kota Belud, Sabah ini..


tetapi masih terdapat banyak rintangan, disebabkan oleh lokasi sekolah yang terletak di luar bandar, program selalunya terhad akibat masalah kewangan, kekurangan akses kepada sumber dan halangan geografi.. kesemua masalah ini mengganggu keupayaan guru untuk mengajar..


"kebanyakan pelajar saya pada mulanya menunjukkan keengganan dalam 
menggunakan bahasa kerana malu.. oleh itu, cabaran terbesar saya 
adalah bagaimana membuatkan subjek tersebut relevan dengan mereka 
supaya mereka mempunyai motivasi untuk belajar.."


ramai yang berpendapat bahawa mengajar Bahasa Inggeris kepada pelajar vokasional adalah sukar, tetapi Sirhajwan tidak mengendahkannya, dia hanya ingat kepada nasihat ibunya iaitu fokus kepada penyelesaian, bukan halangan.. Sirhajwan faham akan apa yang dilalui oleh pelajarnya.. seperti mereka, dia juga menghadapi kesukaran mempelajari Bahasa Inggeris ketika bersekolah dahulu.. keluarganya berasal dari suku Bajau, dan mereka bangga bercakap dalam bahasa ibunda mereka.. Bahasa Inggeris tidak banyak digunakan tetapi dia gigih menyertai pasukan debat Bahasa Inggeris dan aktiviti berpidato, dan itu telah mencetuskan minatnya untuk menguasai Bahasa Inggeris..

daripada pengalaman itu, Sirhajwan sedar bahawa dorongan kuat untuk belajar Bahasa Inggeris datangnya daripada peluang untuk menggunakannya.. oleh itu, Sirhajwan mengolah mata pelajaran tersebut mengikut kursus vokasional yang khusus atau menayangkan blog video di kelas.. dia juga merancang aktiviti-aktiviti yang mencerminkan situasi dunia nyata, seperti temu duga pekerjaan, mahkamah olok-olok dan penerangan penjualan.. kerja kerasnya membuahkan hasil apabila murid-muridnya berjaya membanggakan kolej mereka dengan memenangi pelbagai pertandingan.. Sirhajwan adalah orang yang paling bangga terutama ketika pelajar-pelajarnya memenangi pertandingan debat di Karnival Sukan VokTek - iaitu pertandingan di kalangan sekolah-sekolah vokasional di Sabah - untuk kali pertama..


"jangan sekali-kali memandang remeh kepada kebolehan pelajar anda 
dan jangan meragui keupayaan anda sendiri untuk membawa kebaikan kepada orang lain, 
serta membantu mereka mencapai kejayaan..”


malah, potensi dan kemampuan seseorang sentiasa berubah, dan Sirhajwan berjanji untuk terus mencari peluang untuk para pelajarnya..
susu_tepung_fernleaf
selain memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, Fernleaf juga memberi kebaikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik ! sepanjang 15 Oktober - 15 November 2017, marilah bersama-sama menyokong kempen Feeding the Goodness yang akan menyalurkan produk tenusu Fernleaf untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik di 10 rumah di seluruh Malaysia.. untuk setiap pek serbuk susu Fernleaf yang dijual di Mydin semasa tempoh kempen, 50g kebaikan tenusu akan disumbangkan kepada kanak-kanak ini di rumah anak yatim dan rumah perlindungan.. 

Fernleaf_Go_For _Greatness
jom tonton filem dan pelajari lebih lanjut mengenai kempen "Go For Greatness" :

FACEBOOK :
https://www.facebook.com/fernleafmalaysia
 
MICROSITE :
http://www.greatness.my
 
YOUTUBE :
https://www.youtube.com/channel/fernleafmalaysia

You May Also Like

11 comments

  1. Perkara yang sangat baik.. Semoga kempen ini mendapat sambutan..

    ReplyDelete
  2. cerita yang penuh berinspirasi...

    bukan sedikit halangan dan cabaran yang mereka hadapi

    ReplyDelete
  3. Fernleaf antara jenama susu yg terkenal juga. Boleh lah nak tonton video ni lepas ni. Moga2 dpt beri inspirasi kepada ana kan mana tau :)

    ReplyDelete
  4. bangga adanya anak malaysia seperti mereka

    ReplyDelete
  5. Cerita yang penuh inspirasi dan motivasi

    ReplyDelete
  6. Salah satu susu tepung yang saya suka. paling gemar yang jenis full cream tu. dapp

    ReplyDelete
  7. Very inspiring.. mama dulu pernah minum juga fernleaf.. sedap

    ReplyDelete
  8. Kagum dengan kesemua hero kita ini. Banyak jasa mereka pada masyarakat kita. Terbaik. :D

    ReplyDelete