UNSEEN MALAYSIA : 18 TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR

by - November 17, 2017

cuti sekolah hampir tiba takkan lah nak dibiarkan anak-anak tanpa sebarang aktiviti.. kan ? hee~ untuk warga Kuala Lumpur yang sedia sibuk bekerja mencari rezeki, kini boleh bercuti juga dengan menikmati keindahan Kuala Lumpur dengan mengunjungi tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur..

tempat_menarik_di_kuala_lumpur

KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia yang dimercu tandakan oleh menara pencakar langit yang berkilauan, seni bina kolonial, penduduk tempatan yang baik hati dan pelbagai lagi tarikan semulajadi.. turut dibahagikan kepada beberapa daerah dan hab utamanya dikenali sebagai Segitiga Emas yang terdiri daripada Bukit Bintang, KLCC dan Chinatown.. Kuala Lumpur diiktiraf secara meluas untuk pelbagai mercu tanda termasuk Menara Kembar Petronas ( Petronas Twin Tower ) – pencakar langit berkembar tertinggi di dunia, Petaling Street dan batu Caves yang berusia lebih 400 juta tahun.. wah !! menarikkan ? disebalik ‘hutan’ batu masih ada tempat kunjungan yang menarik..

dengan hasil jualan murah sepanjang tahun, pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur dan Suria KLCC juga menjadi tarikan pelancong dengan penganjuran pelbagai pertunjukan fesyen terkini dari jenama terkemuka dari seluruh dunia.. selain itu, kalau korang memerlukan lebih banyak alasan untuk jatuh cinta pada Kuala Lumpur mungkin korang tertarik dengan gastronomi – beribu-ribu gerai penjaja, kedai makan, kace dan restoran yang menyajikan makanan yang lazat dengan harga mampu – beli..

BAGAIMANA KUALA LUMPUR MENDAPAT NAMANYA

ada 3 teori mengenai Kuala Lumpur :

old_kuala_lumpur

  • versi pertama
    • Kuala Lumpur mendapat namanya dari kata Hakka ‘Lampang’ yang bermaksud ‘hutan lumpur yang suci’.. Kuala Lumput ditubuhkan pertamakalinya apabila lapisan tanah yang diakibatkan oleh banjir lumpur di simpang sungai gombak dna Klang dibersihkan dan ia dikenali sebagai Kuala Lampa dan kemudiannya ditukar menjadi Kuala Lumpur..
  • versi kedua
    • dijelaskan oleh lokasi Kuala Lumpur di persimpangan antara Sungai Gombak dan Sungai Klang.. dalam bahasa Melayu, kuala bermaksud persimpangan antara 2 sungai dan lumpur bermaksud berlumpur.. oleh itu, secara harfiah – Kuala Lumpur bermaksud “persimpangan sungai berlumpur”..
  • versi ketiga
    • tempat asalnya dikenali sebagai Pengkalen Lumpur atau ‘jeti berlumpur’.. Klang pada asalnya dikenali sebagai Pengkalen Batu atau jeti batu dan jeti hulu telah dinamakan Pengkalen Lumpur untuk membezakan antara dua jeti tersebut.. ada yang mengandaikan bahawa orang Cina kemudiannya memendekkan nama asal ke Kalen Lumpur dan kemudiannya ke Kuala Lumpur..
wah !! uniknya Kuala Lumpur dari pemilihan nama sehinggalah ke tarikan yang mempengaruhi minat pelancong untuk singgah dan menikmati jiwa di Kuala Lumpur.. kan ? jom tengok Kuala Lumpur attractions yang ada..

TARIKAN DI KUALA LUMPUR

1 : MENARA BERKEMBAR PETRONAS
  • ikonik Kuala Lumpur – Menara Berkembar Petronas turut mendapat jolokan Twin Jewels Kuala Lumpur dan lawatan ke Kuala Lumpur tidak lengkap kalau korang tak singgah dan melawat struktur gergasi doppelganger ini.. menara krom dan keluli 88 tingkat yang disertai Sky Bridge pada tingkat 41 dan 41 menjadi penghubung antara dua menara tersebut.. ya !! memang menarik, rugi la kalau tak singgah.. kan ?
2 : MENARA KL
  • berdiri gah di atas Hutan Simpan bukit Nanas, Menara KL yang mencapai ketinggian 421meter merupakan struktur kelima tertinggi di dunia.. turut dikelilingi pembangunan infrastruktur namun tidak menjejaskan tarikan yang ada di Menara KL seperti Blue Coral dan Restoran Berputar 360.. gayat ? masa ni la korang nak nikmati keindahan sebenar Kuala Lumpur sambil menikmati pelbagai hidangan menarik..
3 : CHINATOWN / PETALING STREET
  • syurga membeli-belah yang meriah dengan penduduk tempatan dan pelancong yang gemarkan keunikan berbilang bangsa dan multibahasa Malaysia.. bukan baju dan kelengkapan wanita sahaja dijual sebaliknya pengunjung boleh membeli pelbagai jenis herba Cina.. jangan lupa untuk tawar menawar dan dapatkan harga yang berbaloi.. hee~
4 : BATU CAVES
  • 11 kilometer dari utara Kuala Lumpur, Batu Caves adalah bukit batu kapur yang berusia 400 juta tahun juga menempatkan kuil yang berusia 100 tahun di dalamnya turut menjadi tumpuan perayaan Thaipusam untuk penganut beragama Hindu.. perayaan ini menarik beribu-ribu pengunjung yang datang untuk melihat sendiri budaya warna warni dan memberi penghormatan kepada pembawa ‘kavadis’ ( kerangka ) dihiasi dengan pelbagai cangkuk logam dan tusuk menembusi kulit, pipi dan lidah..
5 : BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
  • bangunan-bangunan gaya Moor yang paling awal di Kuala Lumpur yang menjadi mercu tanda bandar terkenal ini pada asalnya adalah pejabat sekretariat dan pentadbiran British pada satu masa dahulu.. kini, Bangunan Sultan Abdul Samad berubah menjadi pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.. ia dibina pada tahun 1897 dan direka oleh AC Norman ini terletak di timur Dataran Merdeka sering dijadikan latar belakang perarakan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia..
6 : TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON
  • slaid air yang besar dan berputar, memalui ‘sungai’ buatan manusia, pantai, kolam gelombang dan kapal lanun yang sentiasa menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara.. dengan keluasan 323 749 kaki persegi, taman tema terulung di Kuala Lumpur ini menerima kunjungan dari seawal 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.. wah !! banyak masa untuk explore pelbagai aktiviti menarik ni.. hee~ masukkan dalam senarai wajib ya !!
7 : AQUARIA KLCC
  • bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang berkeluasan 464 515 meter persegi, Aquaria KLCC menempatkan lebih dari 150 jenis kehidupan marin.. akuarium bertaraf dunia ini boleh dilawati melalui terowong pejalan kaki di tingkat bawah KLCC.. anda berminat untuk bertentang mata dengan jerung ? hahahaha~ inilah masanya !! beli pakej Dive With The Sharks..
8 : JALAN ALOR
  • terletak di belakang Jalan Bukit Bintang yang pada awalnya memperkenalkan restoran-restoran makanan laut disamping barisan gerai penjaja yang dibina di kaki lima jalan.. jangan risau.. ada meja dan kerusi untuk anda berehat sebentar sambil menikmati pelbagai jenis makanan pada harga yang murah !! wajib cuba !!
9 : CENTRAL MARKET
  • tumpuan utama peminat barangan kraftangan dan seni.. hee~ bangunan lama yang dibina pada tahun 1928 ini juga dikenali sebagai Pasar Seni yang digunakan sebagai pasar basah sederhana dan sehinggalah menjelang tahun 1980-an, ia dirombak menjadi outlet jualan barang-barang kraf.. kalau dari Petaling Street, hanya perlu jalan kaki untuk sampai ke Central Market.. tak jauh kan ?
10 : TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR
  • taman burung yang berkeluasan 209 000 meter persegi ini telah diiktiraf sebagai taman burung tertutup terbesar di dunia.. di dunia tau.. hee~ telah menjadi rumah kepada lebih 3 000 ekor burung dari 200 spesis di seluruh dunia yang kebanyakkannya bebas dan jinak.. dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang menjanjikan kegembiraan buat penungjung dengan pelbagai aktiviti menarik bersama burung-burung yang ada..


MEMBELI-BELAH DI KUALA LUMPUR

tak sah la kalau tak membeli kan ? disamping menjana ekonomi negara, dapat juga bawa balik buah tangan sebagai kenangan.. kan ? tapi.. kat mana nak shopping ya ?



1 : PAVILION
  • terletak di Bukit Bintang, Pavilion Kuala Lumpur adalah kompleks membeli-belah yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara untuk mendapatkan pelbagai barangan berjenama.. dengan keluasan keseluruhan – 1.37 juta kaki persegi, Pavilion Kuala Lumpur terdiri daripada tiga komponen utama iaitu :
    • pusat membeli-belah
    • blok pejabat
    • kediaman elit
2 : MID VALLEY MEGAMALL
  • sesuai dengan MEGA yang ditekankan.. haa.. Midvalley memberi ruang dan keselesaan terbaik untuk pelanggan membeli-belah disamping memberi peluang kepada peniaga memasarkan produk mereka.. terletak di Bangsar, Mid valley adalah salah satu pusat membeli-belah terbesar di Asia Tenggara dan sangat terkenal di Lembah Klang..
3 : BERJAYA TIMES SQUARE
  • merangkumi 10 tingkat dan lebih daripada 700 kedai runcit, Berjaya times Square merupakan destinasi percutian sehenti untuk semua peringkat umur.. turut menghubungkan hotel lima bintang dengan pusat membeli-belah, Berjaya times Square turut dilengkapi dengan food court yang luas, sebuah taman tema dalam bangunan, pusat teater IMAX, panggung wayang, pusat kecantikan, lounge karaoke, pasaraya terkemuka, pejabat pos, bank, gedung IT dan beratu-ratus kedai yang menawarkan segala-galanya..  apa yang diperlukan, cuma duit.. hee~
4 : KENANGA WHOLESALE CITY
  • sekiranya ingin memborong pakaian tapi dalam suasana yang selesa, ya.. singgahlah di Kenanga Wholesale City.. setiap tingkat dan unit kedai yang ada di sana, menawarkan harga lebih murah berbanding pusat membeli-belah terkemuka sekitar Kuala Lumpur.. untuk peniaga pakaian, sudah tentulah di sini syurga membeli-belah kalian..
kalau ikutkan, banyak je shopping mall kat Kuala Lumpur ni, tapi hampir semua sama dan kedai-kedai pun sama melainkan yang kakak senaraikan tu.. hee~ unik dan ada tarikan tersendiri..

HOTEL DI KUALA LUMPUR

serius banyakkkkkkkkkkk—sampai kelabu biji mata nak memilih hotel yang menarik sebab semua hotel yang tersenarai di Traveloka, sangat menarik dan berbaloi.. antaranya :

tempat_menarik_di_kuala_lumpur

1 : GRAND HYATT KUALA LUMPUR
  • terletak di Segitiga Emas, Grand Hyatt Kuala Lumpur menjanjikan keselesaan buat pengunjung.. dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bertaraf 5 bintang, hotel ini mempunyai kemudahan lengkap termasuk pusat kecergasan 24 jam bersama jurulatih peribadi, skrin LCD dan akses penuh internet, Essa Spa dengan 11 bilik rawatan jakuzi, stim dan sauna.. menarik kan ? hee~ mungkin ini adalah pilihan untuk keselesaan tanpa kompromi..
2 : BAGASTA GUESTHOUSE
  • bukan calang-calang rumah tumpangan, Bagasta Guesthouse mengetengahkan keselesaan dengan rekaan yang simple dan menggabungkan tona warna yang lembut untuk mewujudkan suasana yang menyenangkan.. berlantaikan kayu dan lengkap dengan kemudahan seperti televisyen dan bilik mandi ini sangat sesuai untuk penginapan keluarga kecil.. anda dapat menikmati pemandangan KLCC yang menakjubkan terus dari bilik yang disediakan..
3 : THE MAJESTIC HOTEL KUALA LUMPUR
  • hotel yang dibahagikan kepada dua bahagian ( Tower Wing dan Majestic Wing ) ini juga merupakan ikon Malaysia dengan kecantikan landskap hotelnya.. sebelum, semasa dan selepas Perang Dunia II, hotel ini merupakan tempat paling glamour di Kuala Lumpur dan sehingga ke hari ini masih mengekalkan karismatik yang sama sehingga porter-nya masih memakai celana putih, kaus kaki lutut tinggi dan toopi keledar.. pandangan menarik dengan siling tinggi, tiang Rom, bumbung kubah emas, lampu siling vintaj, cornice ukiran tangan, lantai marmar dan candelier pasti menghidupkan kembali zaman penjajahan elit yang disembunyikan.. wah !! menariknya !!!
4 : CAPRI BY FRASER KUALA LUMPUR
  • terletak di menara 33 tingkat dengan bar atas bumbung yang terletak di Bangsar Selatan ini menawarkan pemandangan bandar yang menakjubkan.. destinasi yang tak akan dikesali, hotel baru dan mewah ini mempunyai 240 studio dan apartmen yang luas dan kesemuanya dengan dapur yang kecil, wi-fi berkelajuan tinggi.. jangan lupa singgah di Caprilicious dan Delite, bar tepi kolam Ripples, dan kemudahan bilik mesyuarat Pod dan Pow-Wow..
luangkan masa bersama yang tersayang, mungkin tak jauh tapi kualiti masa dengan pelbagai aktiviti yang menarik dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.. kan ? apa lagi ? jom la susun jadual dan habiskan masa bersama keluarga di Kuala Lumpur, bandar yang sibuk dan tak tidur..

semoga percutian anda lebih bermakna dengan Traveloka !!

atiehilmi.com

You May Also Like

14 comments

  1. Replies
    1. kan !! tak pernah naik lagi.. hee~ tapi KL musim hujan sekarang ni..

      Delete
  2. Oh! macam tu teorinya KL mendapat nama.

    Sebelum ni tak ambil tahu pun thanks for sharing.

    Berkurun dah tak pergi ke Sunway Lagoon tu baca ni baru teringat semula kewujudannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kite.. cuma teori pasal banjir lumpur tu je saya tau.. hee~ maklum la.. memang tak minat sejarah..

      Delete
  3. Ya g duk kl ni pun byk tempat tak pergi lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !!!! sama !!! hee~ in shaa Allah.. ada kesempatan nanti explore la..

      Delete
  4. banyak tempat menarik kt KL ni..tq sis share...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. cuma kena pandai bahagikan masa.. sebab KL selalu jem.. hee~

      Delete
  5. banyak jugak tempat menarik. hahhaa walaupun tinggal di seklangor masih belum berpeluang pergi semua tempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ biasa la tu.. akak yang membesar di KL pun sama.. ada jek tempat belum pegi.. nanti2 lah susun balik..

      Delete
  6. kl pn byk tmpt menarik..nk pegi or tk je kn hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi orang KL selalu nampak luar dari KL lebih menarik.. hee~

      Delete