CIC DREAM BIG EXPLORACE 2018 ; NUR AINA RUMAH HIJAU

by - April 21, 2018

yeay !! Nur Aina dah besar !! dah masuk acara sukan walaupun sukannya ibu boleh jamin tak berpeluh lansung.. hahahah~ jadik la dari tak de kan ? nasib CIC Dream Big Explorace 2018 memberi peluang untuk Nur Aina dan kawan-kawan beriadah sambil semua pun akan menang..

CIC Dream Big Explorace 2018

pada 08 April 2018 kelmarin, sekolah Nur Aina telah menganjurkan HARI SUKAN ala-ala tak berapa nak sukan.. hee~ tapi okay la.. sedikit sebanyak Nur Aina enjoy dengan kawan-kawan, kakak rasa tak de apa yang kakak nak amik kisah sangat dan hanya mengikut takwim sekolah..

kalau ikutkan sebulan sebelum hari sukan tu Nur Aina dah kecoh dah dengan latihan menari la apa segala dan bila kakak tanya, belajar apa kat sekolah.. memanjang la tak belajar dan menari sepanjang hari.. nak kena cubit budak ni kan.. hahahaha~ memang tanak melayan ibu berborak la tu.. sentap ibu tau.. dah la anak perempuan itu lah sorang haa.. hee~

CIC Dream Big Explorace 2018
singgah 7E beli benda makan..
hari_sukan_tadika_CIC_puncak_jalil

kat mana-masa sekolah pun, kalau hari sukan memang diwajibkan beli kupon.. yang BEST nya sekolah Nur Aina ni, kuponnya sampai RM 30.00.. hahahahah~ pening kejap ibu nak habiskan RM 30.00 tu nak beli apa.. memang la ada jual makanan semua, tapi silap langkah kami.. kami dah singgah 7E beli sarapan.. disebabkan nak mengelak dari anak-anak beli mainan ( mainan dah banyak gais.. ibu tak sanggup dah nak simpan.. ) kami beli aiskrim sampai ke sudah, lama-lama habis jugak la kupon tu..

sukan_tadika_CIC_puncak_jalil_2018
muka dah kena conteng.. hee~ tapi nampak dia senyum, ibu tau dia happy..
tadika_CIC_taman_puncak_jalil
okay.. cuba cari mana satu Nur Aina..
tadika_CIC_puncakjalil

sementara tunggu Nur Aina habis bersukan, Nur Aiman memang macam ulat.. tak reti dok diam.. hee~ bagi dia telefon atok sekejap, mintak update dari atok ( sebab atok kena makan ubat, risaukan atok mengelat jek.. haritu suruh rehat kat hospital pun atok beriya nak balik.. hahahah~ takut lettew—) lepas telefon atok, Nur Aiman meligat tak reti diam lagi.. penat ibu tengok..

parenting_blogger_malaysia
ha.. tu nampak ulat tu ? adoi..
akhirnya !!

habis pun sukan.. terus ibu kejarkan Nur Aina kat dalam gelanggang.. mana tak nya, bila ibu ayah anak-anak yang lain pun turun sama habis tenggelam anak ibu yang masam tu.. kalau tak ibu kesan dia melalui bau jek.. hahahaha~ bila dah jumpa, lega lah sikit tapi dia tanak balik pulak.. adoi.. ibu dah lapar nasi ni..

hari_sukan_sekolah_tadika_CIC_taman_puncak_jalil
bila ngko retis dan terlampau banyak kamera.. ko tak tau nak fokus kat mana..
ya !! rumah hijau ( UTEN 200% ) menang !! punya banggalah ibu dan ayah walaupun anaknya cuma masuk pertandingan lari lari anak jek.. hee~ comel dah kelakar.. tak kisah la.. janji dia ada pengalaman baru.. kan ?

hari_sukan_CIC_taman_puncak_jalil
Nur Aina dengan maskot UTEN 200% – Askar Telo Rebus
g6pd_baby

tu nampak tu ? muka seorang PEMENANG.. hahahah~ masuk je kereta, dia kata dia lapar.. adoi.. ibu sempat bagi dia makan roti sosej dengan vitagen je.. tapi dah memang lumrahnya dia suka makan, macamana pun dia nak kan nasi.. okay !! kita ikut saje lah apa si PEMENANG nak..

hari_sukan_2018_CIC_puncak_jalil
si pemenang yang kecundang
hahahaha~ nampak ? memang di lagi lasak berbanding Nur Aiman, tapi comel jugak dalam apa jua perkara yang dia lakukan ( puji anak sendiri !! ) kekangan G6PD ? lantak !! kakak tetaplah layan Nur Aina macam budak sihat ( memang dia sihat ponnnnn ) selagi ibu ada, adik jangan risau okay.. ibu jaga adik.. kalau ibu tak de, ayah dengan abang ada..

kalau adik kalah nanti nanti, adik kena tau.. adik memang dilahirkan untuk jadi PEMENANG !!

okay ?

terima kasih cikgu yang menjaga + mendidik Nur Aina dari ZERO – TEAM ASKAR TELO REBUS.. hahahaha~ Nur Aina happy, kakak happy.. rasanya tak mampu nak balas jasa baik cikgu semua..

blogger_malaysia

You May Also Like

1 comments

  1. haa keletihan Aina..tapi yg pasti dia mesti enjoy kan

    ReplyDelete