15 CARA MENGURANGKAN SAKIT KEPALA TANPA UBAT

haish.. dah kalau sakit kepala memang tak boleh buat pape kan ? jadi serba salah bila semua serba tak kena.. jom !! kakak nak kongsi 15 cara mengurangkan sakit kepala tanpa makan ubat.. haa.. boleh ke ? berkesan ke ?

tips_merawat_sakit_kepala_tanpa_panadol

kakak sendiri, kalau dah kena memang tak dapat nak buat ape selain terbaring dalam bilik yang gelap dan CUBA untuk tidur walaupun mata tak mengantuk.. em.. tak tau cemana nak jelaskan betapa tak best bila sakit kepala singgah.. dan selalunya, kakak akan cuba beberapa kaedah untuk mengurangkan rasa sakit berbanding makan ubat..

kalau tak berkesan, baru kakak akan makan ubat dan masa tu memang badan minta rehat.. adakala sampai kakak terlena tanpa sedar.. cuma tu la tu.. kalau boleh nak cuba minimumkan pengambilan ubat.. jadi.. kakak senaraikan tips yang pernah kakak buat untuk kurangkan sakit kepala..


1 : MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA ; ya !! bunyi macam senang.. kan ? hee~ tapi nak lengkapkan 2.5 lite sehari, tak ramai yang mampu tau.. sakit kepala juga berpunca dari dehidrasi / kurang air dalam badan..

kepentingan_air_masak


2 : URUT ; penyelidikan telah membuktikan bahawa mengurut saraf oksipital yang lebih besar ( belakang kepala, dipangkal tengkorak ) mampu melegakan sakit kepala..


3 : TEKAN KAWASAN WEBBED ; urut / tekan selama satu minit di antara ibu jari dan jari telunjuk.. buat dikedua-dua belah tangan tau..


4 : REGANGAN ; kadang-kadang sakit kepala yang kakak hidapi berpunca dari ketegangan otot.. ye la.. dah kalau sehari suntuk duduk kat kerusi dan duduk tegak menghadap laptop untuk menyiapkan kerja.. bila dapat meregangkan otot, lega rasanya..


khasiat_buah_tembikai_merah


5 : MAKAN BUAH TEMBIKAI ; kalau korang sakit kepala disebabkan dehidrasi, makan makanan yang mengandungi air seperti buah tembikai.. kenapa buah tembikai dan bukannya buah lain ? hee~ sebab buah tembikai senang nak jumpa dan kandungan air dalam buah tembikai lebih tinggi berbanding buah-buah yang lain..


6 : SAPU MINYAK PANAS ; jangan la yang panas sangat, nanti pijar plak.. cukup sekadar minyak yang melegakan untuk disapu dan membantu melancarkan pengaliran darah.. urut la sikit, picit-picit sikit ke..


7 : TARIK NAFAS DALAM-DALAM ; bila ada anggota badan kita sakit, tubuh / otot juga mengalami tekanan yang membezakan keadaan adalah tahap keseriusan.. mungkin korang boleh try tarik nafas dalam-dalam dan berehat sebentar dari menjalankan tugas..


8 : KOPI ; dari pembacaan kakak, sakit kepala sering dikaitkan dengan pembesaran saluran darah dan kafien dalam kopi mampu menyekat saluran darah dan menjadikan ia ke saiz normal..


kandungan_cuka_epal


9 : AMALKAN CUKA EPAL ; tak sedap ? ya !! tapi korang tau tak cuka epal sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan.. haa.. dan kalau untuk merawat masalah sakit kepala, cuka epal membantu memulihkan keseimbangan asid – alkali dalam badan dan sekaligus dapat membantu melegakan sakit kepala..


10 : TEH HALIA ; halia mengandungi anti – keradangan yang boleh mengurangkan rasa sakit..


11 : KIUB AIS ; arteri yang membekalkan darah ke lapisan otak berada di belakang tulang nipis di tample.. bila korang sakit kepala jek, lapisan tadi menjadikan suhu darah menurun.. korang boleh menggenggam kiub ais tadi sehingga sakit kepala berkurangan.. tak pun, tekapkan kiub ais di kawasan yang sakit..


12 : MAKANAN PEDAS ; ini pun kakak selalu buat.. hahahaha~ dalam peti sejuk kakak memang dah standby sambal super pedas untuk kakak makan bila sakit kepala.. kadang-kadang tu kakak ratah jek.. kenapa ? bila korang makan pedas waktu sakit kepala, cili yang mengaandungi capsaicin mengalih ‘rasa sakit’ dan mengubah persepsi kesakitan kita.. senang kan ?


13 : MANDI AIR PANAS ; mandi – lah !! dan biarkan haba melegakan otot korang yang tegang tu.. mandi air suam pun boleh melegakan sakit kepala.. try la..


14 : MEDITASI ; tenangkan minda dan fokus pada sesuatu yang boleh membuatkan korang lupa rasa sakit..


macamana ?

kakak harap entri kali ni sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam menangani masalah sakit kepala.. ya !! sakit kepala tak best dan boleh menjejaskan rutian harian.. kalau korang ada tips / cara lain yang korang amalkan, kongsi la kat ruang komen.. mana tau tips / cara korang boleh membantu pembaca yang lain..

apa-apa pun..
kalau tak larat sangat, jangan lupa jumpa doktor dan dapatkan nasihat lanjut..

blogger_malaysia

No comments:

Powered by Blogger.