8 SEBAB KENAPA BUTIK HAQQI MENJADI PILIHAN UTAMA MEMBELI BUSANA RAYA

by - May 31, 2018

diam tak diam dah menginjak minggu kedua kita menunaikan ibadah puasa.. kejap sangat kan ? hee~ disamping menunaikan ibadah wajib nan satu ini, tidak dilupakan kemeriahan suasana menyambut Syawal yang akan menjelma tidak lama lagi.. dan !! kenapa Butik Haqqi menjadi pilihan utama membeli busana raya pada tahun ini ? jom !!

baju_raya_murah

berlegar-legar di media sosial ( facebook + instagram + blog + twitter ) tentang Butik Haqqi ni.. apa yang menarik sangat sampai semua orang bercakap tentang butik yang baru berusia setahun jagung nih ha.. ye la.. kalau tak sungguh, orang tak kata.. kan ? mesti ada SESUATU yang special membuatkan namanya menjadi sebutan ramai..


BUTIK HAQQI


kalau korang follow instagram dan facebook kakak, mesti korang perasan beberapa post tentang Butik Haqqi dan bagaimana gilanya tiap kali kakak masuk ke butik tersebut.. hee~ ni !! kakak tadahkan LAPAN sebab kenapa Butik Haqqi LAYAK menjadi pilihan utama korang !!

1. VENDOR BOUTIQUE

  • biasa kita dengar pasal vendor boutique kan ? butik yang menempatkan pelbagai jenama dari peniaga / pengeluar / artis terkemuka Malaysia.. ya !! Butik Haqqi memberi peluang untuk korang membeli produk dari jenama terkenal seperti El by Elfira dan Owl by Nora Danish.. nah !! kalau korang segan nak melangkah masuk ke barisan butik mahal-mahal di pusat membeli belah terkemuka, boleh lah singgah di Butik Haqqi..

2. FESYEN PATUH SYARIAH

  • menjadi muslim / muslimah yang perlu menjaga adab dan tatasusila dalam menyampaikan aspek kesopanan, Butik Haqqi telah menyusun rak-rak yang menempatkan pakaian longgar bersesuaian dengan konsep Fesyen Islamik tetapi trendy.. labuh + longgar + menutup aurat = perfect !!

3. HARGA BERPATUTAN

  • ya !! musim Raya INI lah yang paling penting !! hahaha~ semua pun inginkan penjimatan berganda tetapi memiliki sesuatu yang selesa dan sedap dipakai.. haa.. sempena musim perayaan yang akan tiba, Butik Haqqi menawarkan harga bos menangis sebab dorang akan menjual hampir ke semua stok yang ada di butik dengan harga lelong tak masuk akal !! serendah RM 59.00, korang boleh dapat pakaian berjenama terkemuka di Malaysia..

    wah !!

    Raya sakan nampaknya.. yang nak cantik iras iras Nora Danish pun boleh, yang kacak persis Izzue Islam pun hadeeeeee..
lokasi_butik_haqqi_ttdi

trend_baju_raya_2018_2019

butik_haqqi_taman_tun_dr_ismail

TIPS KAKAK : nak Raya ni, Butik Haqqi akan buat jualan happy hour pada setiap hujung minggu ( setiap Jumaat malam Sabtu hingga Ahad malam Isnin ) dan kemuncaknya adalah beberapa hari sebelum Raya !! kalau korang nak jimat banyak, singgah la mana-mana Butik Haqqi pada tarikh yang kakak akan announce kat instagram kakak nanti.. tarikh ni semua kakak kena tunggu boss Butik Haqqi bagitau, barulah kakak akan war war kan kat korang.. jadi !! sila lah FOLLOW INSTAGRAM KAKAK ya !!

jualan_lelong_baju_raya_butik_haqqi

cawangan_butik_haqqi_shah_alam

4. BUKAN SEKADAR BAJU RAYA

  • sudah tentulah tidak !! hee~ dah kalau sebelum ni kakak bagitau, Butik Haqqi merupakan pusat sehenti kelengkapan haji dan umrah serta hab fesyen Islamik sudah tentulah kelengkapan dari A – Z ada di sini.. termasuklah telekung, khimar, tudung, anak tudung, sarung tangan dan sarung kaki, baju melayu, kurta sepasang, jubah, baju kurung, cardigan dan seluar yang sangat selesa dan terdiri dari pelbagai warna yang sudah tentunya membuatkan korang terliur teroxxxxxx..



5. SERVICE TIPTOP

  • selalu tak kalau korang pergi butik nak beli baju, akan ada promoter / staf butik yang akan mengekor korang sampai ke sudah.. tak senang elok kita nak memilih selak selak baju nak test apa segala.. hahahah~ mengikut pengalaman kakak yang dah explore tiga cawangan Butik Haqqi, selain diberi kebebasan memilih ikut selera anak tekak korang, staf Butik Haqqi juga berpengalaman tentang material dan fesyen yang sesuai mengikut bentuk badan korang.. nah !! tapi kena panggil dorang la sebab dorang takkan mengekor korang jek..

shopping_baju_raya_2018
korang tanya, dorang akan jawab !! yang bestnya, senyuman dorang weyh.. penat puasa pun dorang senyummmmmm jek.. kita nak 'menabung' pun rasa seronok.. hee~

6. BAYAR GUNA APA ?

  • haa.. guna apa ? tunai ? kad kredit ataupun kad debit ? ya !! semua pun boleh gaisssss.. kakak ni dah la sejenis cashless, nasib la seret encik suami ke hulu ke hilir dan kakak boleh berjimat banyak.. hahahaha~ ini pun kira tips ni tau..


7. PORTAL HAQQI

  • kalau korang duduk kat negeri yang tak de cawangan butik fizikal ni, jangan la sedih sedih weyh.. korang boleh juga shopping online !! tak jauh beza pon cumanya korang tak dapat la harga lelong yang kakak share kat POINT NOMBOR TIGA kat atas nun.. tapi kalau korang bukak www.haqqi.com pun, banyak jek harga junam Raya yang dorang bagi..

haqqi.com.my
ini sebahagian jek ni.. ada berpuluh-puluh pilihan untuk korang !!

8. JUMPA ARTIS KEGEMARAN KORANG ?

  • eh !! rugilah kalau beli pakaian jenama artis tersebut tapi tak dapat nak jumpa orangnya.. kan ? hee~ dan ini merupakan salah satu kejutan yang kakak sendiri tak jangka.. tengah sibuk memilih baju raya untuk encik suami, ternampak seorang artis Malaysia.. ha’ah.. kakak memang la tak tangkap gambar dengan beliau tapi BONUS bila kakak dapat tangkap gambar beliau bersama boss besar jenama Haqqi !! ini lagi bernilai weyhh !!

koleksi_baju_raya_izzue_islam

  • korang peminat Izzue Islam ? hee~ cececece.. tetiba segan plak nak mengaku !! korang boleh dapatkan koleksi beliau di Butik Haqqi !!


untuk korang yang memang mencari baju raya dengan kualiti terbaik tapi pada harga rakyat marhaen, jom ikut langkah kakak untuk berjimat sambil bergaya.. wah !! begituh !! jangan lupa untuk ikuti informasi terkini tentang Butih Haqqi melalui link di bawah !!

LAMAN WEB : https://haqqi.com.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/haqqi.com.my
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/haqqi.com.my
blogger_malaysia

You May Also Like

1 comments

  1. salam kak atie..
    pe habaq...
    wahh ni raya ni pakai bju dri haqqi la ni ea..hehe

    ReplyDelete