RAMADHAN DINANTI, ZAKAT DIHATI BERSAMA PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAIWP

by - May 16, 2018

alhamdulillah.. diam tak diam rupanya esok jek kita dah mula berpuasa lagi.. macam tahun-tahun sebelumnya, Ramadhan dinanti bagai satu keraian terbesar diseluruh pelusuk bandar dan kampung.. meraikan Ramadhan dengan mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata.. disebalik bulan mulia ini, kakak yakin korang juga menjalankan tanggungjawab sebagai muslim yang berpandukan Lima Rukun Islam termasuklah MENUNAIKAN ZAKAT..

pusat_pungutan_zakat

sinonim antara Ramadhan dan Zakat membuatkan kakak terpanggil untuk mengupas sedikit sebanyak tentang Zakat.. hee~ walaupun tak pandai, tapi ada la ilmu sesikit ( baru balik dari PC tentang Zakat la kata kan.. )ada beberapa jenis Zakat yang boleh ditunaikan termasuklah :

1 : Zakat Pendapatan
2 : Zakat Perniagaan
3 : Zakat Simpanan
4 : Zakat Emas
5 : Zakat KWSP
6 : Zakat Saham
7 : Qadha Zakat
8 : Zakat Fitrah – RM 7.00

kadar_bayaran_zakat_2018

untuk pengetahuan korang, zakat yang korang bayar melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( PPZ – MAIWP ) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan manakala Baitulmal – MAIWP pula bertanggungjawab bagi mengagihkan zakat.. biasa kita nampak amil yang dilantik duduk kat khemah khas yang ada kat bazaar Ramadhan kan ? haa.. kalau korang nak tau, sekarang ni dah ada ‘jalan’ untuk memudahkan korang..


KAT MANA NAK BAYAR ZAKAT ?

1 : KAUNTER ZAKAT PPZ – MAIWP

  • sebanyak 11 kaunter zakat dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula 8.15 pagi hingga 4.30 petang..
    • Dataran Shamelin Perkasa
    • Plaza RAH, Kampung Baru
    • Masjid Negara
    • KLSC Wangsa Maju
    • UTC KL Pudu Sentral
    • Presint 9 Putrajaya
    • Presint 15 Diplomatik Putrajaya
    • Masjid Al Imam Al Ghazali Kepong
    • Anjung Niaga Masjid At Taqwa TTDI
    • Masjid Abdul Rahman Bin Auf Jalan Puchong
    • Labuan Times Square

zakat_fitrah_2018
2 : PORTAL PPZ – MAIWP

  • korang boleh layari www.zakat.com.my dan kat laman web tu juga ada sediakan kalkulator untuk mengira zakat yang perlu korang bayar.. senangkan ? semuanya boleh dilakukan menerusi FPX.. kan dah femes buat pembayaran melaliu FPX, sekarang ni bayar zakat pun boleh tau..
zakat_malaysia

3 : PERBANKAN INTERNET

  • 14 bank telah dilantik sebagai agen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ – MAIWP..
  • autodebit Maybank ? nah !! mudah jek.. sebab borang autodebit Maybank korang boleh dapatkan di 11 kaunter PPZ – MAIWP
  • kalau korang tak jelas, mungkin korang boleh hubungi 1 – 300 – 88 – 5757 untuk maklumat lanjut..

4 : SKIM THORIR ( SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT )

  • dengan tema Kebaikan Menuai Keberkatan, mungkin korang boleh rujuk langkah-langkah kat bawah ni..
    • isi borang 052 ( boleh didapati di 11 kaunter PPZ – MAIWP atau di Portal PPZ – MAIWP atau dari majikan )
    • kira zakat korang untuk mengetahui penambahan yang korang nak buat
    • isikan jumlah zakat yang ingin ditambah di ruangan penambahan di borang 052
    • serahkan borang tersebut ke majikan / PPZ – MAIWP

5 : MENERUSI MYEG


dari Ibnu Abbas RA, katanya :
"Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah untuk membersihkan
orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk,
dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin.. oleh itu sesiapa yang
menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadikan ia zakat fitrah
yang makbul dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya
maka menjadikah ia sedekah biada seperti sedekah sunat yang lain.."

- Abu Daud


nampak ?
seboleh nak mudah ; dipermudahkan.. in shaa Allah..

laman_web_zakat_malaysia

PERKHIDMATAN DI PPZ – MAIWP

  • taksiran zakat
  • khidmat nasihat berkaitan zakat
  • mesin timbangan emas bagi kiraan zakat emas
  • pengiraan zakat secara manual bagi membolehkan pembayar melihat sendiri pengiraan zakat mereka
  • pembayar zakat boleh menyemak rekod zakat tanpa mengira tahun bayaran
  • pembayar boleh mendapatkan salinan pembayaran yang telah dibuat
  • mesin mengira wang bagi membolehkan pengiraan wang dilakukan dengan telus
  • pembayaran zakat boleh dibuat secara tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankan Islam

rebutlah keberkatan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dan bayarlah zakat dengan menggunakan saluran yang betul seperti Pusat Pungutan Zakat – MAIWP supaya zakat korang sampai kepada asnaf yang layak..

untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi :

LAMAN WEB : https://www.zakat.com.my
HOTLINE : 1 - 300 - 88 - 5757
FACEBOOK : https://www.facebook.com/myzakat
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/pusatpungutanzakat
YOUTUBE : https://www.youtube.com/ppztv

salam Ramadhan !!

blogger_malaysia

You May Also Like

0 comments