PENDAFTARAN COWAY RUN 2018 – BEAT THE HEAT TELAH DIBUKA !!

by - July 13, 2018

dua tahun dan belum gagalnya, Coway Malaysia sekali lagi akan menganjurkan Coway Run 2018 dengan tema BEAT THE HEAT.. wah !! ni kalau kaki lari dari rumah ni memang suka sangat ni.. hee~

coway_run_2018

pada sidang akhbar yang berlangsung baru-baru ni Coway Malaysia telah mengumumkan ; RM 10.00 akan disumbangkan kepada The Happy Water Project bagi membantu masyarakat Orang Asli di Pahang dengan setiap pembelian tiket untuk acara Coway Run 2018.. maknanya, sambil korang join larian ni secara tak lansungnya korang turut ‘menyimpan saham’ sebagai penyumbang kepada mereka yang memerlukan..

BACA SINI –> THE HAPPY WATER PROJECT

coway_malaysia
dari kiri : pengacara majlis, Ms. Choo Mei Sze, Mr. Kyle Choi Ki Ryong ( Managing Director of Coway Malaysia ), Mr. James Park ( Guest of Honour & Director of Global Business Division, Coway Korea HQ ), dan Mr. Ryan Jung Tae Seung ( Marketing Director of Coway Malaysia )

dengan inisiatif tanggungjawab bersama menggalakkan komuniti memiliki air yang bersih untuk kegunaan sehari-hari, Coway Malaysia menyasarkan penyertaan dua kali ganda dari tahun sebelumnya iaitu sebanyak 2000 penyertaan dari keseluruhan kategori yang telah disediakan..


HARGA TIKET COWAY RUN 2018


masih mengekalkan kategori yang sama seperti tahun sebelumnya, Coway Run 2018 mempertaruhkan 5km dan 10km bagi setiap kategori lelaki dan wanita.. tak de la jauh mana kan kalau dah biasa masuk larian.. hee~ dan sempena hari pelancaran yang lepas, Coway Malaysia mengumumkan harga baekkkk punya :

cowayrun_2018_beat_the_heat

KLIK UNTUK PENDAFTARAN


menawarkan dua jarak iaitu 5km dan 10km mengikut kategori lelaki dan wanita seperti :

  • terbuka
    • 16 tahun dan ke atas
  • internasional
    • 16 tahun ke atas
  • vateran
    • 40 tahun dan ke atas

kit_larian_coway_run_2018

dan menariknya !! setiap peserta yang mendaftar akan dapat t-shirt Coway Run 2018, tuala, drawstring bag dan finisher medal.. yang menarik untuk tahun 2018 ni, jaminan pada t-shirt yang berkualiti dan selesa dipakai walaupun korang tengah lencun basah sebab berlari 5km atau 10km.. hee~ kaler pun sangat menggambarkan air.. sejukkkkkk jek rasa..

bagi memberi kelainan pada tahun ini, Coway Malaysia cuba sebaik mungkin untuk membawa suasana larian yang lebih segar dan nyaman kerana Coway Run 2018 akan berlansung di MAEPS, Serdang yang terkenal dengan kehijauan dan atmosfera yang mendamaikan.. nah !! setakat 5km dan 10km beserta persekitarang yang berpokok hijau, pastinya pengalaman larian yang menarik.. lapar ? haus ? tak de hal.. akan ada Food Truck yang bertema Korean Delight bakal menyediakan variasi makanan sudah pastinya menepati selera korang nanti..

blogger_malaysia_2019
kakak dan team dah bersedia !! oh !! kami dah daftar pun.. hee~
sementara harga tengah murah ni, baik korang daftar cepat.. ingat !! set kalendar korang sesiap.. 

Coway-Beat-The-Heat-Run-2018-1280-960x540

sebagai 'jenama' kesihatan terkenal, Jordan Yeoh yang juga merupakan model kesihatan turut menyertai Coway Run 2018 turut memberi gambaran terbaik terhadap kepentingan melakukan aktiviti kesihatan untuk kekal cerdas sepanjang hari.. haa.. korang ingat main gym jek la boleh sihat ? pengambilan air yang bersih dan bertapis sempurna juga dapat membantu memberi keseimbangan terhadap kesihatan..

untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link kat bawah ni untuk dapatkan pelbagai tips sebelum dan selepas larian :


blogger_malaysia

You May Also Like

0 comments