KEMUDAHAN LENGKAP DI PUSAT KONVENSYEN BANGI DAN AVENUE GARDEN HOTEL UNTUK MAJLIS LEBIH BERMAKNA

ditubuhkan sebagai ‘taman dalam bandar’, Pusat Konvensyen Bangi Avenue ( BACC ) yang dimiliki oleh Avenue Garden Hotel dijangka menjadi HIT dengan permintaan pelbagai majlis keraian terutamanya majlis perkahwinan.. dinobatkan sebagai pusat konvensyen terbesar di Lembah Klang Selatan, BACC menawarkan kemudahan lengkap untuk pelbagai acara di bawah satu bumbung..

bangi_avenue_convention_centre

terletak di lokasi yang strategik di kawasan pembangunan moden di Bangi Avenue, BACC menawarkan perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan yang tercari-cari persekitaran yang mampu memuatkan tetamu dalam kapasiti yang besar.. nah !! kalau nak all in untuk 1000 pax dalam satu masa, memang sesuai sangat lah..


APA YANG ADA DI BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE


lengkap dengan infrastruktur mewah dalam satu kawasan, BACC mempunyai beberapa bahagian iaitu :

1 : UNICORN SQUARE

  • taman hijau yang subur dilengkapi dengan air pancut buatan manusia yang canggih sudah tentunya menjadi pilihan majlis dalam taman.. wah !! curlasss kan kalau dapat buat majlis di tempat terbuka dengan persekitaran hijau dan bunga-bunga segar mekar indah.. memang macam dalam fantasi.. hee~

garden_wedding_bangi

menekankan aspek elegan pada setiap sudut, BACC mengambil inisiatif untuk sama-sama membantu pasangan pengantin untuk memudahkan urusan.. kiranya di BACC lengkap dari A – Z dan pihak keluarga pengantin hanya perlu datang dan melayan tetamu dengan senyuman.. hee~ tak payah nak berpenat-penat sinsing lengan sental periuk belanga.. kan ?

garden_wedding_selangor

menyedari permintaan yang sering diilhamkan melalui media sosial tentang majlis perkahwinan idaman dan ideal untuk mencipta kenangan indah, pihak BACC yakin dengan tawaran harga yang bersesuaian mengikut bajet pasangan pengantin semuanya akan diuruskan oleh pakar terbaik mereka..


“pasukan kami akan memastikan BACC menawarkan ruang dengan latarbelakang
taman yang menakjubkan sambil memenuhi ke semua keperluan praktikal pelanggan..”

- Encik Loo Yung Wai ;
Pengarah Urusan Avenue Garden Hotel dan Pusat Konvensyen Bangi Avenue



2 : GRAND BALLROOM

  • keluasan lantai grand ballroom - 27, 000 kaki persegi
  • keluasan keseluruhan – 88, 585 kaki persegi
    • termasuk boulevard luaran dan tertutup

grand_ballroom_bangi_avenue_convention_centre

bukan untuk majlis perkahwinan jekkkkkk tapi BACC turut menawarkan ruang yang fleksible untuk pelbagai majlis yang dilengkapi dengan pralatan dan kemudahan professional bertaraf 5 bintang dengan efek pencahayaan yang canggih sangat sesuai untuk pelbagai acara dari skala kecil sehinggalah besar seperti mesyuarat, seminar, persidangan, pameran, pelancaran produk dan sebagainya.. haa.. semua pun boleh jalan serentak tanpa mengganggu atucara yang lain..

BACC_floor_plan_ballroom
besarkannnnnnnnnn ?

“sebagai salah satu pusat konvensyen terbesar di negara ini, kami memanfaatkan
ruang tanah yang luas bagi membolehkan kami memberikan pakej yang mampu milik,
dinamik, luas dan selesa dan semua tempat dalam satu kawasan..”

- Encik Loo Yung Wai ;
Pengarah Urusan Avenue Garden Hotel dan Pusat Konvensyen Bangi Avenue


tiga balloon-less ballroom yang bervariasi mengikut saiz untuk memenuhi keperluan ruang untuk majlis mampu menampung sehingga 2, 200 orang tetamu untuk temapt duduk meja bulat ( gaya jamuan ) atau sehingga 3, 300 orang dalam suasana teater..


  • biasalah – bila buat majlis tentunya ada tetamu jemputan dari jauh dan dekat.. kan ? nah !! sebelah BACC ada hotel yang sangat cantik..

avenue_hotel_bangi

bila korang tertanya “hotel mana yang patut aku pilih untuk company trip yang lengkap semuanya tanpa perlu keluar dari kawasan..” atau pun.. “nak bawa family bercuti tapi ada hiburan dan aktiviti untuk anak-anak juga dan kalau boleh biarlah hotelnya dekat dan tidak perlu memandu keluar dari kawasan..” – korang kena ingat Avenue Garden Hotel selalu tauuuuuu..

dengan dekorasi yang selesa dan bergaya, Avenue Garden Hotel mempunyai 178 bilik secara keseluruhannya dengan pecahan :

  • 123 Deluxe Twin
  • 39 Deluxe King
  • 10 Deluxe Family
  • 6 Junior Suites

bangi_garden_hotel_price

kalau korang nak tau, Avenue Garden Hotel ni dekattttttttttt sangat dengan Bangi Wonderland tau.. haa.. kalau korang ada plan untuk bawa keluarga bercuti di taman tema Bangi Wonderland, hotel ini adalah yang paling strategik tau.. kalau korang nak menginap kat sini ada juga pakej bilik sekali dengan tiket masuk ke Bangi Wonderland.. hee~





“Bangi Avenue adalah kawasan perniagaan yang sedang pesat membangun dengan
kawasan perumahan dan taman tema air.. kami berhasrat untuk melengkapkan pertumbuhan
komuniti dengan penubuhan empat lagi hotel dengan jumlah kapasiti 1000 bilik pada
tahun-tahun akan datang dan menjadikan Bangi Avenue sebuah bandar moden..”

- Encik Loo Yung Wai ;
Pengarah Urusan Avenue Garden Hotel dan Pusat Konvensyen Bangi Avenue


semua dah lengkap kan ?

eh !!

makanan tertinggal lah !! hee~ mana boleh tak de makanannnnnnnnnn ? dah tu ? takkan nak diet plakkk.. bila ada majlis sudah tentunya ada makanan yang super sedap.. kan ? di BACC, mereka mempunyai pelbagai pilihan untuk tetamu dan sudah tentunya hasil air tangan chef terkemuka tempatan antaranya masakan Cina, Melayu Tradisional ataupun kemewahan sisi makanan hidangan Barat.. mengikut situasi dan selera sudah tentunya BACC akan memastikan kepuasan pelanggan..

makanan_Sedap_di_bangi_avenue

jemputan majlis yang ramai ? jangan risau.. ada tempat letak kereta bertingkat yang mampu menampung kapasiti sebanyak 1, 000 buah kenderaan dalam satu-satu masa.. memang terbaiklah.. semua ada kat satu tempat kotttttttt.. tak payah nak bergerak jauh ataupun keluar dari kawasan, ibarat bawah satu bumbung sudah tentu BACC merupakan lokasi yang strategik untuk pelbagai majlis..


NOTA PELANCONGAN


  • jalan kaki untuk ke Bangi Wonderland
  • 5 minit ke Stesen KTM Bangi
  • 14 minit ke LEKAS Highway ( access to Kajang and Semenyih )
  • 22 minit ke IOI City Mall, Putrajaya
  • 25 minit ke Bukit Broga
  • 25 minit ke Sate Hj. Samuri, Kajang
  • 26 minit ke OUTBAC Broga
  • 29 minit ke Cyberjaya
  • 30 minit ke KLIA / KLIA 2 ( via interchange Nilai )
  • 31 minit ke SAK Dato Tample
  • 31 minit ke Putrajaya
  • 32 minit ke Seremban
  • 37 minit ke Rabbit Fun Land
  • 38 minit ke KLCC
  • 60 minit ke tol Ayer Keroh, Melaka

okay ? ngam ? hee~ tak pe la, pergi explore dulu baru buat keputusan.. nah !! link kat bawah ni mungkin bermanfaat untuk korang..

HOTLINE : 03 8929 9999

blogger_malaysia

1 comment:

Powered by Blogger.