SYAHIRAH VITALIS MISTIQUE ; SEMPURNAKAN HARI SETIAP WANITA - atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger

SYAHIRAH VITALIS MISTIQUE ; SEMPURNAKAN HARI SETIAP WANITA

by - December 04, 2018

Menjadi wanita yang sentiasa sibuk dengan aktiviti sedari terjaga dari tidur, kakak percaya keghairahan memulakan hari yang cemerlang bermula dari aura ceria. Ya !! Kakak memang suka bau wangi dan Syahirah Vitalis MYSTIQUE merupakan ‘kawan baik’ kakak yang menemani kakak bagi meningkatkan keyakinan diri untuk berjumpa dengan orang.

syahirah_vitalis_mystique

Kalau betul percaturan bau yang dipilih, kakak yakin – bukan kakak je mampu ceria sepanjang hari malah setiap dari pengguna rangkaian pewangi Syahirah akan tampil segar dan berbau wangi. Nah !! Rahsia ni korang kena tau ya. Hee~


SYAHIRAH VITALIS MYSTIQUE


Kakak sempat bersama-sama barisan media dalam pelancaran wangian Syahirah Vitalis Mystique yang telah diadakan di Damansara baru-baru ini bagi memperkenalkan duta Syahirah Vitalis Mystique iaitu Fiza Thomas dan Jasper Supayah dan juga merasai pengalaman menghidu Mystique buat kali pertamanya. Memang teruja sungguh bila jadi yang PERTAMA nih.

syahirah_mystique

Seunik Mystique ; wangian ini mampu membentuk personaliti diri menerusi semburan komposisi aromanya yang secara tidak lansung merakam senario kehangatan Pulau Hawaii. Diinspirasikan dari kehangatan ibu kota Honolulu yang penuh ceria, berani dan luar biasa – Syahirah Vitalis Mystique berbau sedikit manis dan wangian bunga-bungaan serta sedikit musky  berjaya menyuntik tenaga berbeza sebaik sahaja semburan pertama dikenakan.




Merupakan varian terbaharu dalam rangkaian haruman Syahirah Vitalis yang sebelum ini didatangkan dalam enam ( 6 ) jenis haruman yang berbeza dengan gabungan warna birkinsan yang feminin antaranya :

  • Haute Couture
    • Dicipta daripada kombinasi ros, buah beri dan vanila, mencetuskan aroma manis dan lembut. Sesuai untuk wanita moden yang romantik dan ingin tampil menyerlah sepanjang masa.

  • Femme Chic
    • Letusan aroma yang menyerlahkan sisi feminin dan sensual diri anda. Rumusan buah beri dan bungaan sensual menerbitkan rasa manis dan segar, untuk kekal wangi sepanjang hari.

  • Celebrite
    • Alami keghairahan campuran aroma utama daripada Floriental Fruity seperti jasmin dan kayu cendana, ia memberikan sensasi aroma menyegarkan sesuai untuk wanita ceria, berani dan positif.



  • Manifique
    • Dibaluti denan gabungan haruman sitrus seperti buah mandarin dan tangerine, bunga lily dan vanila, ia membangkitkan aroma yang lembut dan halus, sesuai untuk anda yang cukup feminin dan manis.

  • Empress
    • Adunan beberapa haruman mewah, menggambarkan pesona menawan di dalam diri untuk anda terus bersemangat melalui hari yan positif.

  • Dazzling
    • Serlahkan kegembiraan anda dengan mencipta memori manis menerusi semburan haruman gabungan nota oren, ros, lily, vanila dance darwood agar haruman melekat mesra untuk bau yang kekal lama.
syahirah_vitalis_2018

Kebiasaan wangian eksklusif yang ada dipasaran berharga keratusan ringgit. Kan ? Tapi tidak dengan rangkaian wangian Vitalis yang lebih mampu –milik cuma berharga RM 19.90 ( 100ml ) !! Murah – wangi – tahan lama – mudah dibeli sebab ‘dorang’ ada kat drugstore berhampiran korang !!

Punca kakak kekal yakin dan ceria sepanjang hari ? Hee~

malaysia_blogger

You May Also Like

2 comments

  1. Patutlah kakak berbau wangi sekarang ni bila duduk sebelah... Hehehe.. Nak juga wangian Syahirah ni..

    ReplyDelete