8 GOLONGAN ASNAF LAYAK TERIMA ZAKAT

by - February 02, 2019

Pernah menggemparkan sosial media di negara kita apabila golongan sonsang ( LGBT ) turut termasuk dalam senarai layak terima bantuan zakat dibawah kategori Al-Riqab iaitu HAMBA yang digunapakai hanya di negeri Selangor namun sehingga ke hari ini, kakak tak de dengar desas desus yang pernah hangat diperkatakan ni lagi. Jadi !! Kita fokus pada lapan yang wajib terima dan telah termaktub dalam perlembagaan zakat sedia ada.


kewajipan_menunaikan_zakat


Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 60 bermaksud :

“sesungguhnya sedekah-sedekah ( zakat ) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yangdijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk ( dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir ( yang keputusan ) dalam perjalanan”

ADAKAH SAYA LAYAK TERIMA ZAKAT ?


Layak jek kalau korang termasuk dalam kategori berikut :


1. FAKIR
  • seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. MISKIN
  • seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3. AMIL
  • mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.



4. MUALLAF
  • mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam ( tetapi belum kukuh Islamnya ) ianya dibahagi kepada dua iaitu :
    • beragama Islam
      • baru memeluk agama Islam
      • ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya
      • ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya
      • orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh
    • bukan beragama Islam
      • boleh dipujuk supaya masuk Islam
      • boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam

5. AL-RIQAB
  • memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

6. AL-GHARIMIN
  • golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
kadar_bayaran_zakat_fitrah_2019


7. FISABILILLAH
  • mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. IBNU SABIL
  • mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

Kalau mungkin bukan korang pun, mungkin ada orang sekeliling korang yang mungkin tersenarai dalam lapan golongan layak terima zakat ni. Sebarkan dan sampaikan maklumat ini supaya mereka terima hak mereka dan dibantu sebaik mungkin.


LOVE ;
ATIE ADNAN

You May Also Like

1 comments

  1. ilmu baru.. CT tahu beberapa golongan saja. tak tahu senarai lengkap mereka yang layak..

    ReplyDelete