IJM LAND HALF MARATHON 2019 MENYASARKAN 10,000 PELARI DARI TIGA KATEGORI - atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger

IJM LAND HALF MARATHON 2019 MENYASARKAN 10,000 PELARI DARI TIGA KATEGORI

by - March 30, 2019

Lapan tahun berturut tanpa gagal dan kini, IJM Land sekali lagi mempersembahkan IJM Land Half Marathon 2019 dan menyasarkan 10,000 orang peserta dengan tagline ; “Run Together, Bond Stronger”

Fun Run 5km 2019

Mempertaruhkan hadiah keseluruhan bernilai RM 18,500.00, IJM Land Half Marathon 2019 membuka tiga kategori iaitu :

  • 21 km ( half marathon ) – lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas
  • 12 km – lelaki dan wanita 18 tahun ke atas + remaja 13 tahun ke atas
  • 5 km ( fun run ) – lelaki dan wani 18 tahun ke atas

IJM LAND HALF MARATHON 2019


Mengulas mengenai program tahunan IJM Land Seremban, Dato’ Hoo Kim See – Pengurus Besar Kanan IJM Land Zon Tengah berkata program seumpama ini merupakan platform yang sesuai untuk mewujudkan kesedaran tentang gaya hidup yang aktif dan sihat disamping memotivasikan diri untuk menjaga diri dengan lebih baik.



“Setiap tahun kami beharap penganjuran IJM Land Half Marathon dapat melihat 
pelari keluar dari zon selesa mereka dengan mencabar diri sendiri untuk melangkah 
lebih jauh dari halangan sebelumnya dan sudah pasti ianya 
satu pengalaman yang menarik..”



Sejak tahun 2012, IJM Land mendedikasikan setiap kesempatan untuk bersama-sama komuniti – berlari ke arah gaya hidup yang positif dengan mencipta detik-detik indah bersama. Sokongan yang diterima bukan sahaja dari penduduk tempatan, malahan pelari dari luar negara turut memeriahkan aktiviti tahunan ini. Genap empat tahun pada program yang sama, IJM Land Half Marathon 2019 turut menyalurkan RM 5.00 dari setiap yuran pendaftaran peserta ke Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan ( Hospice ) dan Persatuan Penyakit Lysosomal Malaysia ( MLDA ) sekaligus memberi ‘saham’ kepada pelari dan membantu mereka yang memerlukan.


Marathon 2019

Turut bekerjasama dengan Allianz Malaysia, IJM Land Half Marathon 2019 percaya acara tahunan pada tahun ini akan mendapat sambutan luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya apatah lagi apabila Owen Yap yang juga merupakan Pengacara TV dan pembaca berita turut sama-sama turun padang dan berlari untuk acara 21 km.

Owen Yap
Dato’ Hoo Kim See, Senior General Manager ( Zon Tengah ) IJM Land Berhad menyerahkan t-shirt larian kepada ( second from left ) Mr. Owen Yap, Hos TV dan tetamu IJM Land Half Marathon 2019 semasa sidang media. Turut sama ( dari kanan ) Mr Sean Wang, Chief Operations Officer of Allianz Malaysia Berhad and Penaja Platinum IJM Land Half Marathon 2019 dan ( left ) Mr. Eugene Chan, Group Managing Director EC Pixels.
IJM Land Half Marathon 2019 turut ditaja oleh Emas TDK, Penaja Emas Multicare, BMW Millenium Welt Seremban ( kenderaan rasmi ), 100 Plus, Ice Mountain, Ultron ( pakaian rasmi ), Sin Chew Daily, The Press China, Columbia Hospital Asia Seremban ( rakan perubatan ), EC Pixel, Mydin, McDonald’s, Spoon Health, Nestle Milo, Nestle Fitnesse, Gatsby, Eprotape. Ada juga pelbagai gerai termasuklah Befrienders Seremban sebagai sebahagian daripada program kesedaran dan memberi sokongan pada hari perlumbaan.

Seremban Half Marathon 2019
Penaja dan partners untuk IJM Land Half Marathon 2019.
Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land Half Marathon 2019 dan jika berminat untuk mendaftar boleh terus ke Pejabat IJM Land Seremban 2 ataupun terus ke :

LAMAN WEB : www.ijmlandrun.com

IJM Run 2019

Kakak dah siap register untuk 5 km - fun run. Hee~ Tak berani nak lari jauh sebab buku lali masih belum sembuh sepenuhnya. Oh !! Pendaftaran awal boleh dapat special price ya !! Baik korang daftar cepat sebelum 30 April 2019 ni.

Jumpa kakak kat sana pada hari kejadian !!

LOVE ;
ATIE ADNAN

You May Also Like

3 comments

  1. bila la akak nak dpt join run mcmni.. badan tak fit lagi... huhuhu

    ReplyDelete
  2. kita masuk yang 21 km tu lah kak atie :p

    ReplyDelete