MAJLIS PERASMIAN THE BALLROOM, KAMPUS MAHSA BANDAR SAUJANA PUTRA

Bila menyebut lokasi untuk mengadakan majlis, sudah pastinya rumah atau kediaman tetap bukan lagi menjadi pilihan utama. Kan ? Dan kebanyakan majlis yang dilakukan pastinya lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi memudahkan tetamu yang hadir.

event space Selangor

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, MAHSA ‘melahirkan’ The Ballroom yang terletak di Kampur Bandar Saujana Putra baru-baru ini.


MAHSA EVENTS


Dalam majlis yang gilang gemilang sempena hebahan tentang The Ballroom kepada media dan tetamu terhormat, Dato’ Dr. Anita ; Ahli Lembaga Pengarah MAHSA berkata – majlis pelancaran yang diadakan bertujuan memperkenalkan satu lagu jenama MAHSA iaitu MAHSA Events. Kalau sebelum ini Kumpulan MAHSA memberi tumpuan sepenuhnya terhadap industry penjagaan kesihatan dan pendidikan tetapi mereka telah mengambil langkah untuk memperkembangkan jenama MAHSA khususnya.


THE BALLROOM, MAHSA EVENTS


Menawarkan dewan berkeluasan 15,500 kaki persegi, The Ballroom mampu memuatkan 1,000 orang tetamu untuk set meja bulat, 2,000 orang tetamu untuk set duduk teater dan 4,000 orang untuk konsert ( berdiri ) dalam satu-satu masa membuktikan penglibatan MAHSA dalam industri pengaturcara majlis membuka ruang yang lebih baik untuk pelbagai pihak terutamanya pelanggan yang mencari semua kemudahan bawah satu bumbung.

dewan majlis kahwin untuk di sewa di Selangor

Dengan kapasiti pengunjung, The Ballrom sangat sesuai untuk pelbagai majlis seperti konvokesyen ataupun gradusi, seminar korporat, pameran, konsert mini, hari terbuka dan juga majlis perasmian.
The Ballroom turut menyediakan kelengkapan lain seperti :

  • surau lelaki dan perempuan ( berasingan )
  • bilik audio
  • bilik mekap
  • conference room
  • tandas
  • 700 unit parkir

pakej perkahwinan murah di Selangor 2019
Memuatkan 1,000 orang dalam satu-satu masa untuk set banquet.
dewan kahwin murah selangor
Bilik audio
best event planner selangor 2019
Surau lelaki dan surau perempuan di tingkat 1 ( ada kemudahan lif ).

Yang pastinya dapat memudahkan pengguna dan menjadikan majlis lebih mudah dan selesa.

Kalau korang masih mencari lokasi untuk mengadakan majlis, apa kata cuba-cuba intai MAHSA Events dan beritahu berapa peruntukan korang dan majlis bagaimana yang mahu diadakan. Nah !! Mungkin link kat bawah nib oleh membantu.

#mahsaevents #mahsauniversity #mahsabemore #mahsalaunchparty #eventspacekl #eventspacemalaysia #eventspaceselangor

2 comments:

  1. waa..nice..agak luas tu kalau boleh muatkan dari 1000 - 4000 orang dalam satu masa..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.