LITTLE FINGERS MEMPERKASA BONDING ANTARA IBU, AYAH DAN ANAK-ANAK PADA FASA 7 TAHUN PERTAMA - atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger

LITTLE FINGERS MEMPERKASA BONDING ANTARA IBU, AYAH DAN ANAK-ANAK PADA FASA 7 TAHUN PERTAMA

by - May 23, 2019

Zaman berubah namun gaya pendidikan masih sama sekiranya ibu dan ayah bijak mengatur masa yang berkualiti untuk sana-sama mendidik anak-anak sedari awal usia lima bulan ; dengan bantuan Little Fingers sudah tentunya lebih banyak idea untuk mengisi masa bersama. Siapa Little Fingers ?

Parenting Online Class Malaysia

Bila menyebut tentang perkembangan anak-anak sudah pasti ibu dan ayah mahukan yang terbaik dari segi akhlak, sahsiah dan juga akademik bak kata pepatah – melentur buluh biarlah dari rebung.


LITTLE FINGERS


Little Fingers ditubuhkan untuk melatih ibu dan ayah mencungkil bakat serta potensi anak-anak dengan mempelajari behavior dan emosi si manja sedari usia lima tahun. Mencipta pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak, Little Fingers menerapkan aktiviti dua hala antara ibu atau ayah bersama anak. Menjadi pelopor untuk kelas keibubapaan secara online dengan menggunakan Bzee Bag keluaran Little Fingers sendiri.

Aktiviti Bersama Anak Kecil

Bzee Bag yang direka khusus mengikut kesesuaian usia mengandungi aktiviti-aktiviti yang telah disusun mengikut usia anak dan mempunyai tiga kategori iaitu :

  • Kategori 1 : Umur 1 – 2 tahun
  • Kategori 2 : Umur 2 – 3 tahun
  • Kategori 3 : Umur 3 – 4 tahun




Yang dapat membantu anak-anak menjadi lebih fokus disamping meningkatkan kemahiran motor halus dan mengurangkan ketagihan bermain gadget. Sinonim dengan parenting method zaman serba canggih, memang tak pelik lansung bila melihat anak-anak mengkelek gadget sorang satu. Hee~ Bukan mengetepikan teknologi sebaliknya mencari inisiatif lain untuk meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti sepanjang proses pembesaran.

BONUS !! 
 
Bila dah main dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam Bzee Bag tu secara tak langsung bonding yang berlaku sepanjang proses pengajaran menjadi lebih berkualiti dan bermakna. Kan ? Sedangkan tengok anak bertatih selepas merangkak pun kita dah gembira apatah lagi bila melihat anak-anak dapat menyelesaikan aktiviti yang disediakan.


LITTLE JOURNEY


Baru-baru ini Little Fingers telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang yang telah menyertai Little Journey dengan membawa pulang baucar Happikoddo bernilai RM 100.00 setiap satu iaitu adik Nur Aisyah Hanis binti Mohammad Afiq ( 2 tahun ), adik Muhammad Yusuf Arrayyan ( 2 tahun ), adik Syarafwa binti Mohd Saif ( 1 tahun ), adik Abdul Hakim bin Mohd Farizul Ariff ( 1 tahun ) dan adik Dhiya Iyad Iskandar bin Idrus ( 3 tahun ).

Hadis Tentang Mendidik Anak-Anak Seawal Usia 1 Tahun

Cara Mudah Hindari Gadget Dari Anak-Anak

Manakala pemenang hadiah utama iaitu adik Sophean Adam Mikaeyl ( 2 tahun ) telah membawa pulang Premium Convertible Car Seat.

Keburukan Gadget Kepada Anak Kecil

Inisiatif ini diambil oleh pihak Little Fingers untuk melihat maklum balas orang awam terhadap perilaku dan perkembangan anak-anak selain memperkenalkan teknik bonding yang betul bagi membantu memberi kesedaran betapa pentingnya untuk meluangkan masa bersama anak-anak bagi tumbesaran anak-anak yang positif. Pelbagai kerenah dan perilaku yang mencuit hati sepanjang majlis berlansung. Hee~ Memang terserlah keyakinan dan cerdiknya masing-masing.


Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Seorang ayah yang mendidik anak-anaknya adalah lebih baik daripada bersedekah 
sebesar 1 sa’ di jalah Allah SWT..”


Usia 0 – 7 tahun adalah fasa pertama pekembangan sahsiah anak-anak dengan cara melihat bagaimana kita sendiri mendidik mereka dan bagaiman kita memanfaatkan masa yang ada untuk ADA bersama mereka. Walau sesibuk mana pun bekerja, cubalah sebaik mungkin mencari masa dan berikan HAK setiap anak dari segi perhatian, didikan, kasih sayang dan masa yang berkualiti.




Kakak suka dengan satu frasa yang digunakan pihak Little Fingers iaitu :


INGAT !!
Dalam dunia anak-anak hanya ada kita sahaja..


Untuk maklumat lanjut tentang Bzee Bag ataupun kelas-kelas online yang dianjurkan oleh pihak Little Fingers, mungkin link kat bawah ni dapat membantu.



Jom sama-sama kita manfaatkan TUJUH tahun pertama anak-anak dengan moment yang paling indah.


LOVE ;
ATIE ADNAN

You May Also Like

21 comments

  1. EH MENARIK yes bdk2 suke "balajar" smbil main mcm ni! insyallah t i tgk sbb i geram tol la tgk anak2 buah iols tu dok main phone jaa!! auntie yg garang! hahahaha

    ReplyDelete
  2. Saya belum ada anak2, tpi informasi ini sgt membantu, mohon follow my blog too 😚

    ReplyDelete
  3. Thanks sebab sharing info ini Atie.
    Rawlins pun selalu ingatkan my sisters and cousins agar sentiasa spend masa membesarkan anak-anak.

    ReplyDelete
  4. Waa bagus ni kak, thanks tau share about Little Fingers ni. Qeela mmg suka bg ank terdedah dgn aktiviti2 yg membina mcm ni dr usia kecil, asah minda mereka smbil bonding la katakan gituu hehe. Before ni ada busy board, now bagus ni dpt tau ada yg buat Bzee Bag mcm ni πŸ‘πŸΏπŸ˜

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan konsep macam ni sebab kreativiti si manja lebih berkembang dengan bantuan orang dewasa, apalagi mak ayah kan. Macam serampang dua mata - dapat menjadikan anak lebih kreatif dan bonding mak ayah dengan anak pun lebih rapat. :D

    ReplyDelete
  6. ada dua benda baru dapat hari ni, hadis penjagaan anak dengan frasa LF bagitahu tu. Bagus produk ni boleh kuatkan bonding parents dengan anak plus kurangkan masa bersama gajet

    ReplyDelete
  7. bagus juga ni...anak kita ni pun asyik main gadget jer....bila baca artikel atie rasa risau pulak...naknkena gali lagi ilmu banyak2..tq atie kongsi ilmu..

    ReplyDelete
  8. Anak2 yang soleh/solehah idaman ibubapa

    ReplyDelete
  9. Info yang sangat bagus dan berguna buat ibu-ibu muda. Sis kalau ada menantu nanti bolehlah sis rekomen kan Little Fingers ni kat depa..eshhh tak sabar le pulak nak timang cucu..:D

    ReplyDelete
  10. bagus nie..xlah anak2 asyik dengan gadget aje..tq for sharing

    ReplyDelete
  11. sebenarnya bagus tools pembelajaran untuk anak2 macam ni. selalu ternampak kaedah busy books tu.. ada yang mmg ke mr diy untuk buat bei barang dan buat aktiviti utk anak2. lps ni blh tgk kat sini, beli satu set utk my yara best juga

    ReplyDelete
  12. Alahai comelnya tengok budak2 tu..mesti happy dapat hadiah kan. Tahniah buat semua pemenang. Usia 0-7 ni memang otak anak-anak tengah berkembang, so memang bagus jika mereka didedahkan dengan produk seperti bzee bag tu..

    ReplyDelete
  13. Sangat penuh informasi n bagus utk proses pembelajaran anak2.. AM sangat setuju dgn konsep pembelajaran seperti ini.. Terima kasih yea atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  14. permainan yg colorful mcmni mmg anak2 suka... menarik kt mata diaorg

    ReplyDelete
  15. Konsep Bzee Bag ni membolehkan ibubapa dapat meluangkan masa bermain dan belajar bersama anak. bagus!

    ReplyDelete
  16. bagus ada alat bantu mengajar macam ni senang nak baut aktiviti dengan anak-anak

    ReplyDelete
  17. Bagus program macam ni, bagi ibu bapa yang suka buat aktiviti dengan anak-anak boleh dapatkan bzee bag tu. Sambil mengajar anak, kita bonding sekali. Lepas tu kalau ada contest, kita join. Hehehehe. Seronok tengok video semua peserta.

    ReplyDelete
  18. setuju ! fasa 1 tahun sehingga 7 tahun merupakan fasa penting dalam tumbesaran kanak2. time nielah mereka akan explore dan discover dengan pelbagai benda. as parents, kita kena sentiasa mencungkil bakat dan dedahkan mereka dengan pelbagai perkara

    ReplyDelete
  19. Thank you for sharing. Good information. I will share it with my friends.

    ReplyDelete
  20. Wah bagus ni kak sangat bagus tools pembelajaran untuk kanak2 macam ni

    ReplyDelete
  21. This is a good one. Children can learn fast while playing. Should have more for this kind of tools.

    ReplyDelete