LEARNING PORT – PEMBELAJARAN INTERAKTIF UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Membantu ibu dan ayah dalam melahirkan generasi berilmu, Learning Port Interactive telah menyediakan platform yang selari dengan kehendak pembelajaran pada masa kini. Nah !! Kalau anak-anak sejenis yang tak minat dengan tulisan hitam putih – INI adalah nota ulangkaji yang tepat dan pilihan yang bijak.

Pembelajaran Interaktif Melalui Online

Membentuk anak-anak seawal usia dengan menerapkan kepelbagaian ilmu selari dengan kehendak pasaran, sudah pastinya ibu dan ayah sangat menitik beratkan keputusan peperiksaan yang dinilai saban tahun namun menjadi kesukaran kepada sesetengah ibu dan ayah dalam menguruskan masa serta kehendak anak-anak yang sedia sibuk dengan pelbagai rutin harian.

Pembelajaran Yang Menyeronokkan

Macam Nur Aiman dan Nur Aina yang bersekolah dari pagi sehingga ke petang, KAFA dan sekolah kebangsaan – penat. Kesian tengok dorang sekiranya kakak sambung hantar dorang ke kelas tambahan.


Mujur ada CIKGU TUISYEN DIHIJUNG JARI ni. Hee~ Paling tak, mereka ada depan mata kakak dan kakak boleh pantau mereka pada waktu senggang.


LEARNING PORT INTERACTIVE


Dengan misi senang belajar dan senang dapat A, Learning Port memberi pendedahan yang sama seperti pusat-pusat tuisyen yang lain dengan merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ), mengaplikasi pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ( STEM ) dan pelbagai latihan dengan respons serta-merta. Mengandungi bahan pembelajaran yang komprehensif dan bahan pembelajaran mengikut sukatan KSSR dan KSSM yang merangkumi semua mata pelajaran dari Tahun 1 sehingga ke Tingkatan 5.

Tuisyen Online

Memberi pendedahan pada silibus yang diperlukan pelajar, Learning Port merupakan satu-satunya platform yang sangat efektif bagi membantu proses pembelajaran dan persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan sekolah rendah, UPSR, PTS3 dan juga SPM. Setiap soalan juga diberikan jawapan dan penjelasan yang lengkap melalui Question Bank yang pastinya memudahkan pelajar mahupun ibu bapa membuat semakan selepas menjawab soalan yang disediakan.



Learning Port Sdn. Bhd. menyasarkan kerjasama dengan lebih 10,000 buah sekolah 
di seluruh negara.
--> HUBUNGI LEARNING PORT



Menggabungkan buku teks interaktif dan soalan-soalan bergambar, kakak memang yakin anak-anak lebih seronok dan leka. Leka bukan sebab mereka bermain tapi turut menimba ilmu disamping memahami apa yang cuba disampaikan oleh setiap subjek.
 

SIAPA YANG MEMERLUKAN LEARNING PORT ?


Sebagai ibu yang mempunyai dua ketul anak ( hahahaha~ ) yang masih bersekolah dan menjalani kehidupan normal dengan pelbagai aktiviti seharian sudah pastinya kakak memandang berat soal pembelajaran mereka. Kakak yakin bukan kakak sahaja memerlukan bantuan Learning Port sebaliknya guru-guru di sekolah mahupun di pusat tuisyen untuk menjadikan asas pengajaran sebagai satu konsep atau tujuan tambah nilai dengan menjadikan Learning Port sebagai bahan bantuan mengajar A – Z. Mudahkan ? Tidak perlu lagi membuat semakan pada buku teks dan jurnal untuk memberi yang terbaik kepada pelajar sebaliknya menjadikan Learning Port sebagai platform interaktif dan saling kebergunaan antara pelajar dan pengajar.


Sebelum menyerahkan Nur Aiman dan Nur Aina kepada guru-guru, kakak sendiri bertanggungjawab memberi apa semampunya untuk mereka – bukan semata untuk bakal melahirkan golongan professional sebaliknya menjadikan mereka lebih seronok untuk terus menimba ilmu. Bila seronok, semua benda pun jadi OKAY. Hahahaha~

Parenting Tips Malaysia


Tidak melampaulah kalau kakak cakap, pendidikan anak-anak bermula dari rumah dengan cara / kaedah yang menyeronokkan bagi memanafaatkan zaman penerokaan mereka sebaik mungkin. Ya !! Kakak berdiri bersama barisan kerjasama guru-guru Nur Aiman dan Nur Aina untuk membimbing mereka menjadi lebih baik setiap hari.

Korang ibu dan ayah bijak ? Hee~ Kalau anak korang susah nak faham atau susah nak menghafal nota-nota subjek yang cikgu beri, mungkin korang kena ambil langkah untuk mulakan teknik baharu dengan pembelajaran interaktif yang menyeronokkan dari Learning Port ni.


KLIK SINI –> CUBALAH SECARA PERCUMA SELAMA 30 HARI !!


Menyasarkan lebih 100,000 buah sekolah untuk menjalinkan kerjasama dan memperkenalkan kaedah pembelajaran interaktif, Learning Port mengalu-alukan pendaftaran pihak sekolah untuk sama-sama melahirkan lebih ramai pelajar yang menggunakan gadget untuk menimba ilmu. Haa. Selalu tengok anak-anak main telefon untuk menonton kartun dan bermain game - tapi ini pun kartun dan game juga cuma penekanan lebih kepada pembelajaran yang menyeronokkan.


DINASIHATKAN !!
Jangan biarkan anak-anak belajar sendiri, sebaliknya duduk bersama mereka untuk mereka jadikan ibu dan ayah sebagai rujukan. Moment yang kita tak mungkin boleh ulang tapi kita boleh jadikan kenangan bersama ; kelak.


YOUTUBE : https://www.youtube.com/channel/learningport


Semoga anak-anak kita membesar dengan mencintai ilmu dan menjadi salah seorang yang berjaya dalam hidup. In shaa Allah.


LOVE ;
ATIE ADNAN

2 comments:

  1. pembelajaran secara visual ni anak2 lagi suka kannn

    ReplyDelete
  2. Wah bagusnya portal Ni semua Ada dihujung jari

    ReplyDelete

Powered by Blogger.