APLIKASI THEASIANPARENT MEMUDAHKAN IBU AYAH MENCARI INFORMASI TENTANG ANAK

Semua ibu ayah akan lalui saat PERTAMA kali menimang cahaya mata dan sudah tentunya setiap dari ibu ayah tidak langsung mempunyai pengalaman bagaimana untuk menguruskan anak-anak sejak dari dalam kandungan sehingga mereka membesar - theAsianparent mempunyai jalan penyelesaian untuk menambah pengetahuan secara online !!

theAsianparent apps

Sehingga ke hari ini aplikasi theAsianparent telah mempunyai rekod 25 juta pengguna !! Wah !! Bukan satu jumlah yang sedikit sebaliknya aplikasi ini banyak memberi manfaat kepada pengguna.

Ye lah.
Bukannya kita ni terus pandai dan mampu menguruskan anak-anak - sudah tentu menimba pengalaman dari mereka yang lebih berpengalaman dan juga pendapat dari pakar yang bertauliah.


theAsianparent APP



Terlampau banyak aplikasi tentang perkembangan bayi dan anak-anak tapi yang menariknya aplikasi theAsianparent ni mempunyai :
  • Pregnancy Tracker
  • Baby Tracker
  • Food & Nutrition
  • Checklist
  • Medicines
  • Ask Othe Parents
  • Photobooth
Dan banyak lagi yang membantu ibu ayah menambah pengetahuan tentang perkembangan seawal bayi dalam kandungan.

aplikasi untuk parenting

Sempat kakak bersama ibu ayah yang lain menyaksikan pelancaran aplikasi theAsianparent baru-baru ini dengan pelbagai pengisian termasuklah pengenalan tentang betapa BEST nya aplikasi ini disamping pelbagai topik keibubapaan dari panel-panel jemputan iaitu Encik Eddy Han ( Country General Manager Shopback Malaysia ), Serina Sue Ibrahil ( Deputy Country Manager Of theAsianparent Malaysia ) dan Puan Dena Baharin ( KOL dan juga Content Creator ) turut membincangkan tentang penglibatan ibu ayah dalam menyumbang tenaga dan usaha menyediakan kelengkapan anak-anak dan juga kelengkapan rumah dengan pemilihan peroduk, jenama, kesesuaian masa membeli-belah dan juga tabiat pembelian secara online.

nak beli pampers murah kat mana ?


Apa yang menariknya, theAsianparent mendapat sokongan dan kerjasama dari tenaga profesional dari Pusat Perubatan Sunway Velocity dan juga Doctor On Call yang bersedia menjawab segala kemusykilan sekiranya diajukan soalan tentang kesihatan di aplikasi tersebut.

asian parents

Nah !!
Was-was macam mana pun, aplikasi theAsianparent dapat membantu ibu ayah sedikit sebanyak untuk membesarkan anak-anak dengan lebih mudah dan santai. Bayangkan kalau nak beli buku untuk setiap masalah kesihatan anak-anak dah berapa ringgit pulak, tapi dengan aplikasi ringkas dan serba mudah ni - hampir separuh dari persoalan dibenak bleh terjawab.

Memang sangat membantu sebenarnya bila masing-masing yang menggunakan aplikasi ini sebagai platform berkongsi dan bertanyakan masalah sesama ahli terutamanya tentang kehamilan, resepi makanan untuk anak-anak mengikut umur, vaksin dan juga masalah kesihatan ibu sendiri. Tak menyesal rasanya bila duduk dalam komuniti positif untuk sama-sama menjadi ibu dan ayah yang lebih baik kepada anak-anak.

Nak lagi BEST ?
Hee~ Mesti lah ada !!

Dengan pelnglibatan korang secara berkala, korang juga sebenarnya menjana POINT dan point tersebut boleh ditukar dalam bentuk REWARD !! Pilihlah nak bonus dari Shopback atau langganan iFlix ataupun e-wallet Boost. Berbaloi kan ?

the asian parent

Idea anak Malaysia, diuruskan oleh anak Malaysia dengan aplikasi bermanfaat untuk ibu ayah di Malaysia - SALUTE !! 

Dan !!
Secara rasminya aplikasi theAsianparent yang mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan telah berada di platform android dan juga ios. Tahniah untuk team theAsianparent dan tenaga kerja belakang tabir untuk buah tangan terbaik !!

parenting blogger malaysia

Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi theAsianparent dan juga perkembangan terkini tentang keibubapaan, mungkin link kat bawah ni sangat berguna untuk kalian :



LOVE ;
ATIE ADNAN

Share:

4 comments :

  1. wahh bagus apps macam ni kan.. banyak membantu ibu2 muda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. bukan ibu muda je, ayah muda pun kena belajar menggunakan aplikasi ni.. hee~

      Delete
  2. bagusnya apps macam ni,boleh bantu ibu-ibu dalam kehidupan seharian ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sue.. mana yang tak tau boleh je rujuk kat apps ni.. hee~ kadang kita segan nak tanya orang kan..

      Delete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes