E-WALLET ; CARA HIDUP ZAMAN DIGITAL

Pergilah mana-mana pasti ada pelbagai simbol ataupun iklan yang mempromosikan bayaran menggunakan sistem e-Wallet. Ha. Korang tau tak zaman serba canggih ni kita dah tak payah nak bayar barang belian kita dengan CASH. Okay. Kalau belum tahu, marilah !!

E-Wallet Malaysia
Kalau tanya kakak sendiri, memang kakak lagi suka guna e-Wallet dan hampir dua tahun kakak memang cashless dan kalau ada cash pun paling banyak ada lah dalam dua tiga puluh ringgit je dan selebihnya kakak guna e-Wallet.


APA ITU e-Wallet



e-Wallet atau lebih dikenali sebgagai DOMPET DIGITAL yang berfungsi sama macam beg duit kita yang ada duit. Hahahaha~ Dah tu. Nama pun e-Wallet kan ? Mestilah ada duit dan paling penting ia lebih selamat dan mudah direkod oleh pengguna. Dah tak payah dah nak bawak cash ke hulu dan ke hilir untuk membuat pembelian sebaliknya hanya menggunakan aplikasi khusus di smartphone korang.






Antara kelebihan e-Wallet adalah :

  • Transaksi lebih cepat dan tak perlu nak tunggu baki ( sekiranya ada )
  • Mudah untuk rekod perbelanjaan dan tak perlu lagi simpan resit
  • Tak perlu bawa cash dan lebih selamat sebab kebanyakan e-Wallet mempunyai password yang telah ditetapkan oleh pemilik
  • CASHBACK dan pelbagai penjimatan !!

Cara nak gunakan e-Wallet pun hampir sama walaupun masih ada perbezaan pada setiap jenama tapi proses pengendaliannya masih sama seperti pengguna perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam aplikasi tersebut untuk digunakan dan sekinya berlaku urusan jual beli, pengguna boleh menggunakan aplikasi tersebut dan jumlah pembayaran akan ditolak dari aplikasi. Pengguna perlu membenarkan maklumat akaun bank atau kad kredit dihubungkan melalui aplikasi yang handak digunakan.

Jangan lupa tetapkan password supaya lebih selamat !!

Sistem E-Wallet Malaysia
Kredit : ECInsider Malaysia


Walaupun begitu, sistem e-Wallet masih belum digunakan secara menyeluruh di Malaysia, ye lah. Takkan korang pergi pasar malam nak guna e-Wallet plak, mau kena hempuk dengan peniaga nanti. Hahahaha~ Tapi jangan pelik lah kalau ada sesetengah pasar malam di bandar-bandar besar seperti Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Pasar Malam TTDI menggunakan sistem e-Wallet dan memang sangat memudahkan peniaga dan pembeli berurusan.

Dan kalau korang nak tau, kat Malaysia ni banyak sangat e-Wallet sampai tak tau mana satu yang best. Haish. Tu lah tu. Antara yang kakak guna adalah :

  • Boost
    • Antara apps yang kakak selalu guna untuk beli makanan, minuman dan topup telefon. Hee~ Ya !! Kakak masih guna prepaid gais. Shake Shake nanti boleh dapat cashback.

  • Touch n Go Wallet
    • Boleh dapatkan Talive pada harga RM 2.50. Hahahaha~ Serius best !!
    • KLIK SINI –> REBAT TOL 100%

  • Big Pay
    • Terpengaruh dengan geng kaki travel. Kumpul point nanti boleh redeem tiket kapal terbang. Konon begitulah niatnya.
    • KLIK SINI –> http://bigpay.link/referrals dan masukkan IJ01VUMGAL ; korang boleh dapat RM 10.00 kalau korang aktifkan kad dan masukkan kod kakak tu !!


  • Wechat Pay
    • Ha. Sama lah jugak tapi kakak guna kadang-kadang beli tiket wayang kat MBO.

  • Shopee Pay
    • Selalu nak rebutkan yang RM 1.00 tu. Hahahaha~ Tak pernah berjaya pun tak okay lah. Nak beli barang pun senang sebab tak payah nak transfer dari akaun, terus bayar pakai Shopee Pay je.

  • Setel
    • Untuk isi minyak kereta kat Petronas, nanti dapat cashback !! Tak banyak tapi okay lah. Kumpul-kumpul banyak gak.

  • Dah Makan
    • Kalau kakak busy tak sempat nak masak atau sediakan makanan memang kakak akan guna Dah Makan ni dan tak sangka plak dorang pun menggunakan sisten e-wallet ni. Mudah dan makanan pun sedap belaka gais.
    • KLIK SINI –> Kakak belanja RM40.00 untuk korang !!

Kebanyakan e-wallet ni memang akan bagi cashback kepada pengguna dan orang yang boros macam kakak ni senang nak track ke mana duit pergi tiap kali berbelanja. Hee~ Kalau tak de rekod nanti susah plak nak clain kat encik suami kan.






Kalau pakai cash tak de cashback dah lepas tu, memang semata baki dari belanja korang lah tapi dengan sistem e-wallet yang ada, korang boleh lah berbelanja sambil dibelanja. Gituh !!

Manfaatkan jek apa yang ada !!


LOVE ;
ATIE ADNAN



8 comments:

  1. Banyak betul Kakak kite guna e-wallet rupanya. LeYa lebih banyak aktif dengan Touch & Go e wallet tu je.. Senang manage satu yang aktif.. yg lain tu ada tapi baki nya tak berapa ada.. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ kakak jenis cashless dik.. memang bergantung pada e-wallet.. tu yang semua kena ada isi tu..

      Delete
  2. Pernah guna shopee pay jer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ Shopee pay kakak guna buat shopping kat Shopee je..

      Delete
  3. Wah! best jugak e-wallet. byk tempat leh guna. dapat cash lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul !! nak kejarkan cashback tu sis.. hee~ berbelanja sambil dibelanja.. gituh..

      Delete
  4. kadang kdg sebab dah biasa cashless ni, selalu lupa nk ambik duit kat atm. bila pegi pasar malam, ehh duit tak ambik lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha~ kakak selalu gak jadi gitu tapi tiap kali pegi pasar malam, pegi dengan suami.. maka suami lah jadi bank bergerak !!

      Delete

Powered by Blogger.