LOST WORLD OF TAMBUN– ‘AWESOME HOLIDAYS, TIME TO PLAY’ SEMPENA MUSIM CUTI SEKOLAH 2019

Tak payah pergi jauh apa kata cuti sekolah nanti singgah Lost World Of Tambun yang terletak di Ipoh untuk menikmati Awesome Holidays, Time To Play yang pastinya menjadikan cuti sekolah anak-anak lebih bermakna.

What To Eat At Ipoh

Banyak aktiviti menarik apabila Lost World Of Tambun menjadikan ikon kanak-kanak iaitu Barbie dan juga koleksi Hot Wheels sebagai tarikan.


AWESOME HOLIDAYS, TIME TO PLAY



Membawa dua nama besar dalam memori kanak-kanak, Lost World Of Tambun menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak meneroka dan mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang akan bermula dari 23hb November 2019 hingga 31hb Disember 2019.

Lost World Of Tambun

Nah !!
Lebih dari sebulan dan pastikan Lost World Of Tambun ada dalam list percutian korang tau.

Dah dua kali kami satu keluarga singgah Lost World Of Tambun dan memang sangat berpuas hati, kalau boleh setiap tahun nak singgah untuk rehat tinggalkan kerja bersama anak-anak. Anak-anak seronok ? Komen gaisssssssssssss—Sebab seronok lah kami repeat dan kali ni LAIN SIKIT sebab kedua-dua karakter Barbie dan Hot Wheels adalah kegemaran Nur Aiman dan Nur Aina.


BARBIE – “YOU CAN BE ANYTHING”



Mencetuskan imaginasi pelbagai kerjaya yang menarik dengan koleksi fesyen yang menyeronokkan dan pastinya anak-anak perempuan kita suka. Hee~ Ibu ibu pun suka kan ? Ya !!

Harga Tiket Waterpark Lost World Of Tambun, Ipoh


“Selama 60 tahun, Barbie adalah gadis yang berjaya memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk mempercayai dan memberikan mereka pelbagai pilihan. Barbie terus berkembang menjadi contoh moden serta relevan untuk semua perningkat umur..”

- Lisa McKnight ; Pengurus Bear dan Naib Presiden Kanan Barbie


Parenting Blogger Malaysia

Ipoh, Perak

Taman Tema Di Malaysia

Bukan sekadar pengunjung cilik malahan ke semua pengunjung Lost World Of Tambun berpeluang mengambil gambar di rumah Barbie dan meneroka pelbagai kerjaya yang berbeza di zon ‘You Can Be Anything’ termasuklah ruang seni kawasan almari Barbie. Kalau ada rezeki korang, dapat pula sertai ‘Meet and Greet’ dan berpeluang untuk minum petang bersama Barbie.

Seronok sangatttttttttttttt--


HOT WHEELS – CHALLENGE ACCEPTED



Tidak dilupakan untuk anak-anak lelaki yang memang suka kan koleksi kenderaan Hot Wheels – kini !! Hot Wheels ada di Lost World Of Tambun dan menghidangkan pelbagai aktiviti yang pastinya memberi pengalaman baharu untuk para hero kita.

Cuti Sekolah 2020

Jelajah Lagenda Hot Wheels yang pertama diadakan pada 2018 telah menerima kunjungan lebih daripada 3,600 buah kereta dan 65,000 orang peminat daripada semua lapisan umur dari seluruh pelusuk dunia sempena menyambut ulangtahun ke-50 Hot Wheels.







“Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih daripada 50 tahun dan kini kami memperjuangkan belia dalam pelbagai sukan yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka.”

- Ricardo Briceno ; Pengarah Kanan Hot Wheels Global Pemasaran Jenama di Mattel



Ipoh, Perak

Apa Yang Menarik Di Ipoh

Ada pelbagai aktiviti untuk hero kita antaranya membina trek lumba untuk Hot Wheels, berlumba bersama kawan-kawan di trek, melawat zon Challenge Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4.00 petang setiap hari. Dan !! Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.


Setiap tahun ketika cuti sekolah, taman tema kami menjadi lokasi percutian yang ideal untuk keluarga menikmati percutian menggembirakan dan dapat memberi kepuasan. Kerjasama dengan kedua-dua jenama yang paling dikenali ini iitu Hotwheels dan Barbie bersama dengan taman tema kami dijamin memberi percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur"

- Nurul Nuzairi ; Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun




HARGA TIKET LOST WORLD OF TAMBUN



Banyak sangat promosi menarik dari Lost World Of Tambun sebenarnya dan kalau korang nak kan maklumat lanjut, mungkin link kat bawah ni boleh tolong korang :


LAMAN WEB : https://sunwaylostworldoftambun.com/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/lostworldoftambun/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/sunwaylostworldoftambun/


Lost World Of Tambun

Ya !!
Dengan 64 tarikan - 10 taman tema - 109 jenis haiwan ; kami akan jadikan Lost World Of Tambun sebagai lokasi percutian tahunan !! Hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN


2 comments:

  1. menariknya, macam-macam ada aktiviti dan permainan yang memang sesuai sangat lah untuk budak-budak di cuti sekolah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dik.. kami tak pernah jemu singgah LWOT.. hee~

      Delete

Powered by Blogger.