GRILLED BUTTER CHICKEN DI CHICKEN RICE SHOP ANTARA RESEPI BUTTER TERBAIK !!

Lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii—Dan kakak memang tak nak lah terlepas peluang untuk jadi antara yang terawal untuk menikmati Grilled Butter Chicken viral yang hanya boleh didapati di The Chicken Rice Shop sehingga bulan Januari 2020 !!

Resepi Butter Chicken Mudah

Wah !!
Limited time dan sudah tentulah taruhan bukan calnag-calang dari pihak TCRS !! Kerat jarilah kalau tak sedap. Kan ?





MENU BAHARU THE CHICKEN RICE SHOP



Dah kalau dok lalu lalang kat feed Instagram sampai tak cukup feed dibuatnya, mana boleh kakak tengok je dan kakak langsung tak menyesal. Kalau korang perasan, sepanjang bulan November ni banyak jenama besar yang mempromosikan makanan berasaskan butter tapi korang kena tahu tak semua makanan boleh diadunkan dengan butter. Nah !! Butthurt jadinya nanti. Hahahaha~ Gurau okay. Gurau.

Food Blogger

Diwar-warkan sepelusuk media sosial tentang kehebatan Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop yang telah pun berada dipasaran pada awal November 2019 haritu dan dijangka akan berada di kesemua store sehingga bulan Januari 2020 – kiranya ada lagi dua bulan lebih lah kalau korang nak rasa pun dan kalau korang dah rasa, kakak berani jamin INI adalah yang terbaik dalam kelasnya.

Ayam yang digoreng garing diluar dan lembut di dalam menghasilkan aroma wangi ayam kemudian digabungkan dengan selera authentic Nyonya Penang menambahkan rasa lemak masin dengan haruman daun kari. Pehhhhhh—Masa kakak menaip ni pun kakak dapat bayangkan betapa sedapnya lemak lemak butter tu wey.

The Chicken Rice Shop

Resepi Nasi Ayam Mudah

Belum masuk mulut dan mengunyah pun korang dah dapat bau yang mengenyangkan. Hahahaha~ Kakak over kan ? Ha. Sebab kakak dah rasa dan dah tau rasa dia cemana. Kalau korang setakat baca je, korang takkan dapat rasa real – butter tu. Haish. Rugi !!

Chicken Rice

Set single bermula dari RM 21.90 yang termasuk nasi, sup, sayur Pak Choy dan juga ayam tadi tapi kakak add on Tropical Layer Tea yang juga boleh dibeli pada harga RM 4.90 – kalau korang beli dengan Set Grilled Butter Chicken lah. Kalau nak ala carte hanya berharga RM 9.90. Berbaloi sungguh ha. Dah la portion ngam untuk seorang dan confirm kenyang, makanan sedap pula confirm puas hati. 


Nak apa lagi ?

Lifestyle Blogger Malaysia

LIMA BINTANG lebih sikit untuk Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop ya anak-anak.  Tapi korang jangan percaya cakap kakak lah, korang pergi rasa sendiri lepas tu ceritakan kat kakak plak. Cuma tu lah tu. Wajib cuba dan untuk maklumat lanjut boleh klik link kat bawah ni !!





LOVE ;
ATIE ADNAN


3 comments:

  1. Dikala daku kelaparan, tengok pula kemain gambar kau menggoda2... Aku rasa dizalimi secara sengaja !!! Esokkkkkk nak pi serbu !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ampunnnnnnnn.. hahahahah~ akak tak sengaja !! dah try ke belom tu ?

      Delete
  2. Sedap tu grilled chicken butter rice. tapi biasa tak leh makan banyak sebab cepat muak menu jenis creamy ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.