PG MALL PLATFORM e-DAGANG TEMPATAN PERTAMA DI MALAYSIA

Bila sebut pasal membeli-belah dalam talian, pastinya pelbagai jenama keluar tercongak di minda tapi korang tau tak yang kita – rakyat Malaysia punyai satu platform e-dagang hak milik tempatan sepenuhnya ? Kalau tak tau, sekarang korang dah boleh explore PG Mall.

PG Mall Seller

Mula ditubuhkan seawal tahun 2017, PG Mall yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd yang bertujuan mencipta platform perniagaan yang boleh dipercayai oleh peniaga Malaysia khususnya untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka.


PG MALL ; SEMUA ADA !!



Berkonsepkan “ConsuMerchant” yang menggabungkan dua perkataan iaitu – “Consumer” dan “Merchant” yang menerapkan model perniagaan perkongsian keuntungan yang tulen, PG Mall memberi kuasa sepenuhnya kepada pengguna untuk menjadi usahawan sekaligus membina empayar perniagaan melaluinya.

Menurut purata trafik yang direkodkan oleh iPrice.my, platform peta e-dagang telah mencatatkan PG Mall menduduki tempat ketiga dalam senarai laporannya dengan mencatatkan purata jumlah kunjungan sebanyak 1, 688, 500 sebulan. Wah !! Bukan calang-calang ni !!


PG Mall
Dah lah hak milik tempatan, duduk pula pada carta Top 5 – memang awesome !!

Menawarkan pelbagai pilihan produk termasuklah elektronik, fesyen, buku, makanan dan minuman, sukan dan riadah, kesihatan dan kecantikan, otomotif, keperluan bayi dan kanak-kanak sehinggalah ke e-voucher, sudah tentunya keterbukaan pasaran dan permintaan dari pelanggan mampu memberi senyuman kepada penjual yang menyenaraikan barang jualan mereka dalam carta.


Public Gold Malaysia
Harga Emas Hari Ini
Best e-Commerce In Malaysia

Menyasarkan sekurang-kurangnya 10, 000 penjual dari pelbagai jenama dan produk pada tahun ini, PG Mall sangat komited memberi peluang kepada peniaga dengan menawarkan kumpulan sokongan pemasaran yang kuat untuk menjalankan promosi dari masa ke semasa di semua rangkaian media sosial disamping menjalankan pelbagai kempen dan integrasi kreatif supaya slogan “Win Win Situation”dapat diterapkan dengan baik dan menguntungkan semua pihak.


PG Mall

 Antara kelebihan lain yang ditawarkan oleh PG Mall kepada peniaga yang tersenarai :

  • Tiada kos pendaftaran untuk menjadi peniaga
  • Pilihan medium pembayaran dari pelanggan melalui e-wallet utama iaitu Maybank QRPay, TouchnGo e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay yang memudahkan peniaga merekod hasil jualan untung rugi dengan lebih baik dan teratur ( Hampir semua jenama e-wallet gais !! )
  • PG Mall merupakan rakan kongsi pengeposan dan penghantaran dengan POSLaju, Skynet, GDex, JnT Express, abx express, DHL, easy parcel, skynet dan pgeon
  • PG Mall turut menjalinkan kerjasama dengan SelluSeller, EasyStore, iStoreiSend, urStore, tresGo, Etailer Gateway dan Red Dino

PG Mall Malaysia
Dan paling menarik !!

Sebagai peniaga, korang cuma jalankan promosi bahagian korang je dan untuk kedai korang di PG Mall – team PG Mall yang akan uruskan. Bukan sahaja di website tapi di media social dorang juga. Bayangkan berapa ramai yang akan nampak iklan-iklan tersebut sepanjang promosi berjalan ? Tersenyum kan ?


PG Mall Seller
Platform Jual Beli Terbaik Di Malaysia

PG Mall menyambut baik kedatangan peniaga baharu yang mahu bersama-sama mencipta nama dan membuka peluang buat perniagaan sendiri di mata dunia. Kenapa tidak ? Mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang.



LAMAN WEB : https://pgmall.my



#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Sellnow #Goecommerce #joinusnow #Sellonline #sellonpgmall


LOVE ;
ATIE ADNAN



6 comments:

  1. Rebut peluang ni, jadi antara terawal yg, barulah best kan 😁

    ReplyDelete
  2. Bagi siapa yang nak mula bisness memang sesuai sangat meniaga di PGmall ni..banyak tawaran yang di sediakan, yuran pun free kann...kita ni plak soping aje kejenya di sini, siapa taknak ada cashback kann..

    ReplyDelete
  3. menarik, dah makin banyak cara untuk kita membeli secara online

    ReplyDelete
  4. Baguslah pg mall membuka peluang kepada mereka yang nak mula biz online. Time pkp ni lah kena rebut peluang depan mata

    ReplyDelete
  5. terbaik PG Mall
    murah
    ganjaran banyak
    nak jual barang sendiri pun boleh

    ReplyDelete
  6. Thank you for sharing about PG mall shopping and It very much useful to me.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.