CC : #01 : SUKAN BERKUDA MENGIKUT SUNNAH NABI ?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Harini kakak nak cerita pasal sukan berkuda. Kakak memang berkenan sangat dengan kuda lagi-agi part muscle kuda hat ketul-ketul gagah tu. Perrgghhhh-- meleleh air liur tengok. Tapi takat tengok jek la, nak dekat apatah lagik nak pegang memang tak berani.
Dah lama kakak suarakan hasrat hati nak masukkan #anakCEO kakak masuk kelas berkuda dan agaknye memang ade rezeki kakak, kakak jumpa iklan ni kat wall FB makcik kakak.
Maka, bermulalah sesi mem-whatsapp dan mintak segala detail. Dengan izin Dia dan suami kakak, maka salah satu hajat kakak tercapai dan in shaa Allah akan ada kesinambungan untuk kelas ni. Hee~ Sebenarnya kakak lebih excited nak shopping boots + jacket + halmet untuk #anakCEO kakak. Wee~~
Ni kakak sediakan sedikit info mengenai sukan berkuda :
Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.”
( Riwayat Ahmad )
“Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.”
( Riwayat Ahmad )
Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lain juga.
Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada para penunggang, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga haram.
( Riwayat Ahmad )
Dan Rasulullah SAW bersabda :
“Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.”
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
.
Kebaikan Dari Segi Kesihatan
- Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
- Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
- Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
- Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.
- Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
Dan sedikit kenangan :
lokasi
Sg. Ramal Stable
Sungai Ramal Dalam, Kajang
borang
frasa yang membuatkan kakak semakin dekat dengan sukan berkuda
dalam perjalanan
Kota Damansara - Sg. Ramal Dalam, Kajang
cas bateri.. hee~
nampak kambing macam nampak sepeti emas.. hahaha~
sesi briefing
#CEOaiman sangat rendang dan shommel !!! hahaha~
beratur
ikut giliran
muka cuak beliau.. hahaha~ hilang darah la tu..
#CEOaiman first ride..
halmet tu besar okay
coach kata..
"mana ade rider bawak kuda dengan satu tangan.. ni kira hebat ni.. ada bakat.." hahaha~
"mana ade rider bawak kuda dengan satu tangan.. ni kira hebat ni.. ada bakat.." hahaha~
red riding hood
1 Malaysia !!!
baru kakak tau yang kuda makan carrot !! hahaha~
anak-anak happy + suami happy..
boleh datang lagik !!
anak-anak happy + suami happy..
boleh datang lagik !!
terima kasih teacher-teacher yang sangat sporting..
gelak tawa senyum tak lekang dok melayan Tuan Muda dan Cik Puan Muda..
aiseh !!
gigih betul kalian..
kakak salute !!
gelak tawa senyum tak lekang dok melayan Tuan Muda dan Cik Puan Muda..
aiseh !!
gigih betul kalian..
kakak salute !!
" firdaus "
on the way balik..
nasib opah dah bekalkan roti canai..
dapatlah #anakCEO kakak alas perut sebelum tapau makan tengahari.. hee~
in shaa Allah..
akan ade sambungan mengena kelas berkuda #anakCEO kakak..
doa-doakan yang terbaik buat kami ye..
nasib opah dah bekalkan roti canai..
dapatlah #anakCEO kakak alas perut sebelum tapau makan tengahari.. hee~
in shaa Allah..
akan ade sambungan mengena kelas berkuda #anakCEO kakak..
doa-doakan yang terbaik buat kami ye..
No comments: