TIPS MENGECILKAN PAHA

Bila tengok dram Korea, ce usha paha heroin dorang ( sebab dorang selalu pakai seluar pendek, skirt pendek ) sama besar dengan betis.. Kan ? Cantikkan ? Untuk tips kali ni, kakak sharekan tips cemana nak kecikkan paha yang sedia kembang dengan cepat.. Boleh komited tak ? Hee~

1 : AMALKAN JUS ANGGUR
  • anggur merah dapat membantu dalam proses membakar lemak yang berkumpul pada paha dan betis..
  • selain minum jus, kalau ada sabun atau pil kesihatan yang bahannya dari anggur merah pun boleh digunakan..

2 : TEH HIJAU
  • rahsia dari dulu lagi, teh hijau membantu membakar lemak wlaaupun tanpa senaman..
  • digalakkan minum teh hijau setiap kali lepas makan..

3 : MAKANAN KAYA SERAT DAN PROTEIN
  • makanan yang berserat mengandungi gizi seimbang dan sangat rendah lemak..

4 : KURANGKAN MAKANAN BERLEMAK DAN BERKALORI
  • jauhkan diri anda dari makanan berlemak seperti makanan bergoreng dan makanan segera kerana makanan tersebut menyebabkan lemak berketul dan menyebabkan masalah kesihatan lain..
  • makanan berkolesterol juga menjadi penyebab paha dan betis membesar..

5 : AIR MASAK
  • badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 2.5 liter air masak..
  • kekurangan air masak menyebabkan lemak dibadan sukar untuk diproses keluar dari badan..
  • jika dapat mengekalkan 2.5 liter sehari, lemak d paha juga dapat disingkirkan dan BONUS, wajauh juga nampak lebih muda dan bertenaga..

Nah !! Kalau nak mendapatkan hasil yang lebih memberansangkan, cuba juga cara tersebut :

1 : JOGGING
  • tidak memerlukan sebarang modal, cukup dengan bekalan kerajinan anda..
  • lemak dapat dibakar dengan lebih cepat kerana pergerakan otot sesama sendiri..
  • BONUS, secara tak lansung jogging juga dapat memlihara kesihatan sendi dan jantung..

    jom jogging !!

2 : SIT UP
  • tau kan cemana caranya ; baring terlentang kemudian letak tangan dibelakang kepala kemudian menggunakan tenaga, angkat badan ke hadapan..
  • selain mamapu mengecilkan paha ia juga dapat mengempiskan perut.. ya.. 2 dalam 1..

3 : BERBASIKAL
  • ketika kita mengayuh, lemak disekitar paha dan betis akan dibakar secara tak lansung..

4 : LOMPAT TALI
  • lompat tali atau skipping biasanya dilakukan untuk menambah ketinggian tapi ternyata senaman ini dapat membantu membakar lemak pada bahagian paha dan betis dengan lebih cepat..

Haa.. Cukup tak tips tu ? Kalau tak sempat buat kat luar, buat kat rumah pun bolehkan ? NAk hasil yang menarik dan cepat, gabungkan kedua-dua cara.. Takde alasan untuk tampil menarik dan cantik pada hari raya nanti.. Ye dok ?

No comments:

Powered by Blogger.